Cacar air (chicken pox) dan campak sering membuatkan ramai orang keliru. Adakah kedua-duanya merupakan penyakit yang sama? Jika tidak, apakah beza campak dan chicken pox?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim · Dokter Umum · Hello Health Group
Cacar air (chicken pox) dan campak sering membuatkan ramai orang keliru. Adakah kedua-duanya merupakan penyakit yang sama? Jika tidak, apakah beza campak dan chicken pox?
Ikuti artikel ini sehingga akhir untuk mendapatkan jawapannya.
Dapatkan lebih banyak info tentang Penyakit Berjangkit, dapatkan di sini.
Kedua-duanya adalah penyakit yang berbeza meskipun seakan-akan sama serta kerap berlaku dalam kalangan bayi dan kanak-kanak.
Virus yang berbeza menyebabkan penyakit ini iaitu virus paramyxo bagi demam campak dan virus varicella-zoster (VZV) bagi cacar air.
Namun, cara 2 virus ini tersebar adalah sama iaitu melalui sentuhan langsung atau menghirup udara yang mengandungi virus tersebut.
Ruam pada kulit adalah simptom utama bagi kedua-dua penyakit ini. Namun, terdapat sedikit perbezaan pada ruam tersebut.
Bagi kes chicken pox, ruam adalah dalam bentuk lepuh berisi cecair dan sangat gatal. Ia kebiasaannya bermula di dada, muka dan belakang tetapi boleh merebak ke seluruh badan.
Ia juga menyebabkan badan letih, demam, sakit kepala dan hilang selera makan.
Campak pula menyebabkan ruam yang selalunya rata dan tidak timbul bermula di dahi sebelum merebak ke bawah. Campak lebih kerap menyebabkan demam panas, sakit tekak, hidung serta mata berair.
Terdapat vaksin bagi 2 penyakit ini.
Vaksin untuk demam campak termasuk dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) dan diberiakan secara percuma di hospital dan klinik kerajaan seluruh Malaysia. Sebanyak 2 dos diberikan iaitu pada umur 9 dan 12 bulan.
Vaksin cacar atau varicella juga diberikan sebanyak 2 dos. Ia masih belum diletakkan dalam NIP. Namun, anda boleh mendapatkannya di klinik atau hospital dengan bayaran penuh.
Baca juga:
Memandangkan kedua-duanya disebabkan oleh virus dan memberikan simptom yang hampir sama, rawatannya juga adalah hampir sama.
Fokus diberikan dalam mengurangkan simptom termasuk ubat demam dan gatal terutamanya bagi chicken pox. Dalam sesetengah kes, ubat antiviral seperti acyclovir mungkin diberikan untuk mengurangkan risiko berlaku komplikasi.
Selepas semua simptom hilang, campak akan memberikan perlindungan seumur hidup.
Bagi cacar air, virus tersebut tidak mati serta kekal di dalam badan dalam keadaan tidak aktif dan mungkin menjadi aktif semula dalam keadaan tertentu. Inilah beza campak dan chicken pox.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen