home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Kenali Dermatographia, Penyakit Kulit Yang Alah Dengan Sentuhan & Tekanan

Kenali Dermatographia, Penyakit Kulit Yang Alah Dengan Sentuhan & Tekanan

Dermatographia, penulis agak yakin bahawa ramai dalam kalangan pembaca yang masih belum tahu akan nama penyakit kulit ini bukan?

Ya, ia juga adalah tidak mengejutkan kerana dipercayai bahawa hanya 5% daripada populasi penduduk menghidap kondisi kulit ini!

Persoalannya, apa itu jenis penyakit kulit dermatographia? Jom teruskan membaca untuk tahu.

Apa itu dermatographia?

Untuk pengetahuan anda, dermatographia adalah nama penyakit kulit yang turut dikenali dengan nama lain iaitu ‘skin writing‘.

Kondisi ini merujuk kepada keadaan di mana sebarang calar kecil pada kulit boleh berubah menjadi reaksi sementara tetapi ketara.

Bagi lebih mudah faham, kondisi ini akan mengakibatkan kulit menjadi timbul seakan bentuk garisan/tulisan apabila ia tercalar.

Mungkin ramai yang akan terkeliru sama ada kondisi ini sebenarnya adalah sejenis penyakit kulit ataupun alahan kulit semata-mata.

Sebenarnya, ia mungkin lebih tepat disebut sebagai alahan ekoran akan berlaku reaksi alergi pada kulit apabila bertemu dengan alergen.

Dan dalam kes ini, alergen yang terlibat adalah tekanan/sentuhan pada kulit.

alahan

Apa simptom bagi alahan kulit ini?

Seperti mana yang telah kami nyatakan di atas tadi, nama penyakit kulit Dermatographia ini ia akan menyebabkan timbulnya sesuatu pada kulit apabila terkena atau disentuh sesuatu.

Sesuatu yang dimaksudkan ini adalah akan timbul seakan bentuk garisan atau tulisan apabila kulit tercalar akibat sentuhan/tekanan.

Ini adalah simptom utama bahawa anda menghidap jenis penyakit kulit ini selain:

  • Kemerahan pada kulit
  • Kegatalan pada kulit
  • Kebengkakan pada kulit
  • Keradangan pada kulit
  • Luka yang dalam
  • Mula timbul ruam

Anda mungkin tidak perlu terlalu bimbang mengenainya kerana simptom ini biasa hanya bertahan selama sekitar 30 minit sahaja.

Namun dalam beberapa kes, simptom-simptom alahan kulit ini juga boleh bertahan berhari-hari, berbulan-bulan atau lebih lama.

Selain itu, anda juga perlu tahu bahawa suhu yang terlalu ekstrem yakni terlampau sejuk atau panas akan menyebabkan simptom menjadi lebih teruk.

Oleh itu, segera berjumpa doktor jika berlaku jenis penyakit kulit ini pada anda.

Apa punca alahan kulit ini terjadi?

Setiap reaksi alergi itu pasti berpunca daripada alergen dan dalam kes ini, ia didalangi oleh sentuhan atau tekanan terhadap kulit kita.

Namun, apakah punca sebenar alahan kulit ini terjadi adalah tidak jelas. Walau bagaimanapun, mungkin wujud beberapa faktor risiko lain.

Antara faktor risiko tersebut adalah seperti berikut:

nama penyakit kulit

Buat mereka yang ingin tahu bagaimana mekanisme penyakit ini berlaku, ia akan bermula dengan trauma pada kulit akibat sentuhan atau tekanan.

Trauma ini kemudiannya akan melepaskan antigen IgE yang memainkan peranannya untuk seterusnya merembeskan histamin.

Histamin inilah yang akan menyebabkan tindak balas kebocoran cecair daripada salur darah kecil yang menyebabkan kulit menjadi timbul.

Kesannya, sebarang sentuhan atau tekanan pada kulit akan menyebabkan timbulnya seakan tulisan atau garisan pada kulit.

Namun dalam beberapa kes, simptom-simptom kondisi kulit ini juga boleh bertahan berhari-hari, berbulan-bulan atau lebih lama.

Jadi, adalah sangat penting untuk mendapatkan diagnosis doktor setiap kali anda mengalaminya.

jenis penyakit kulit

Diagnosis ini akan dilakukan oleh doktor dengan cara meletakkan sesuatu pada kulit anda dan kemudian menggoreskannya perlahan.

Ia bertujuan untuk melihat sama ada terdapat reaksi kulit seperti timbulnya seakan tulisan atau garisan akibat alahan jenis ini.

Jika ada, maka doktor mungkin akan mencadangkan beberapa kaedah rawatan untuk merawat dermatographia, nama penyakit kulit ini.

Bagaimana merawat kondisi kulit ini?

Kebiasaannya, ia tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan kecuali jika ia sudah menjadi sangat kronik di mana ia berlanjutan atau berterusan.

Bagi merawat simptom-simptom kondisi ini, pengambilan ubatan daripada doktor seperti antihistamin mungkin dapat membantu.

Jika anda ingin mencuba sebarang ubat, herba atau suplemen secara tradisional, sila dapatkan pandangan doktor terlebih dahulu.

Apa yang paling penting, kalian tidak perlu terlalu risau sehingga mengelak semua sentuhan atau tekanan pada kulit anda.

Ketahuilah bahawa reaksi alergi kulit jenis ini tidak begitu berbahaya serta tidak mungkin akan berjangkit kepada orang lain.

Segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi tentangnya dengan lebih lanjut okay!

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
  1. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/17793-dermatographism-dermatographia
  2. https://rightasrain.uwmedicine.org/well/stories/if-you-have-condition-you-can-write-your-skin-no-pen-required
  3. https://www.nchmd.org/education/mayo-health-library/details/CON-20025360
  4. https://www.aocd.org/page/Dermatographism
  5. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/dermatographia/symptoms-causes
Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Ahmad Farid Disemak pada 4 hari lalu
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
x