home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Gabungan Keytruda dan Kemoterapi Bantu Pesakit Kanser Paru-Paru dengan Lebih Berkesan

Gabungan Keytruda dan Kemoterapi Bantu Pesakit Kanser Paru-Paru dengan Lebih Berkesan

Merck, Sharp & Dohme (Malaysia) Sdn Bhd (MSD) telah melancarkan Keytruda (pembrolizumab), salah satu komponen untuk rawatan gabungan diantara imunoterapi dan kemoterapi yang pertama di Malaysia bagi tujuan rawatan kanser paru-paru peringkat lanjut (Peringkat 3 dan 4). Rawatan gabungan ini telah terbukti untuk mengurangkan kadar kematian akibat kanser paru-paru dengan peratusan sebanyak 50% berbanding rawatan kemoterapi semata-mata. Keytruda telah diluluskan untuk 14 petunjuk bagi 11 jenis kanser di seluruh dunia dan diluluskan di Malaysia untuk 8 tanda-tanda bagi 5 jenis tumor, menjadikannya terapi rawatan immuno-onkologi yang paling luas di negara ini.

Bermula pada tahun 2016, Keytruda telah diluluskan untuk monoterapi dalam second-linetreatment untuk kanser paru-paru Peringkat 3. Kemudian dalam tahun yang sama, ianya diluluskan sebagai monoterapi untuk rawatan utama kanser paru-paru peringkat lanjut. Keberkesanan kaedah ini telah menjadikannya diluluskan sebagai monoterapi bagi rawatan first-line dan second-line bagi kanser pundi kencing pada tahun 2018.

Keytruda adalah terapi anti-PD-1 yang berfungsi dengan meningkatkan kebolehupayaan sistem imun tubuh badan untuk mengesan dan melawan sel tumor. Keytruda adalah antibodi monoklonal manusia yang menghalang interaksi diantara PD-1 dengan PD-L1 dan PD-L2 yang kemudiannya mengaktifkan T lymphocytes yang akan bertindak mengesan kehadiran sel tumor dan melawannya.

Rawatan ini telah tersedia untuk pesakit kanser paru-paru sel tidak kecil atau non-squamous non-small cell lung cancer (NSCLC), iaitu jenis kanser yang merangkumi 85% sehingga 90% kes kanser paru-paru. Gabungan Keytruda dan kemoterapi telah menjadi first-line treatment atau kaedah rawatan pilihan utama oleh ahli onkologi untuk pesakit yang didiagnosis dengan kanser paru-paru di tahap yang lewat setelah ianya diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah pada bulan Oktober 2018.

Kaedah rawatan gabungan yang baharu diantara Keytruda dan kemoterapi ini seiring dengan usaha untuk membantu pesakit kanser paru-paru untuk terus bertahan memandangkan kanser paru-paru adalah diantara kanser yang paling kerap di dunia dan merupakan jenis kanser yang mempunyai survival rate yang terendah dengan hanya 1 sehingga 5 tahun jangkaan hayat berbanding jenis kanser yang lain. Di Malaysia, kanser paru-paru adalah kanser ketiga paling kerap dimiliki oleh pesakit dengan anggaran 10 rakyat Malaysia meninggal dunia setiap hari akibat kanser paru-paru.

Kira-kira 10 sehingga 15 tahun yang lepas, hanya kaedah kemoterapi yang digunakan bagi merawat pesakit yang mempunyai kanser paru-paru. Namun apabila Keytruda ini telah dihasilkan dan digabungkan bersama kemoterapi sebagai kaedah rawatan utama, ianya membantu pesakit yang didiagnosis dengan kanser pada waktu yang lewat untuk memiliki tempoh survival rate yang agak tinggi berbanding dengan menggunakan kaedah kemoterapi sahaja.

Keytruda telah dilancarkan di Hilton Kuala Lumpur pada 18 Januari 2019 dengan dihadiri oleh beberapa pakar onkologi Malaysia iaitu Dr. Tho Lye Mun, Perunding Onkologi Klinikal yang berkhidmat di Sunway Medical Centre; Dr. Matin Mellor Abdullah, Perunding Onkologi Klinikal dan ahli radioterapi di Subang Jaya Medical Centre serta Dr. Murallitharan Munisamy, Pengarah Perubatan di National Cancer Society Malaysia.

Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak pada 20/01/2019
x