home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

1 Dari 10 Bayi Seluruh Dunia Tidak Menerima Sebarang Vaksin Pada Tahun 2016

1 Dari 10 Bayi Seluruh Dunia Tidak Menerima Sebarang Vaksin Pada Tahun 2016

Di peringkat global, 12.9 juta bayi, hampir 1 dari 10, tidak menerima sebarang vaksin pada tahun 2016 menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Tabung Kanak-Kanak PBB (UNICEF). Ini bermakna bayi ini tidak mengambil dos pertama vaksin diphtheria-tetanus-pertussis (DTP), meletakkan mereka dalam risiko penyakit yang boleh mengancam nyawa.

Tambahan pula, sekitar 6.6 juta bayi yang menerima dos pertama vaksin DTP tidak menyempurnakan baki 2 dos yang lain. Sejak 2010, peratusan bayi yang menerima perlindungan penuh vaksin terhenti pada 86% (116.5 juta bayi) tanpa perubahan signifikan pada tahun 2015. Angka ini di bawah sasaran liputan global iaitu 90%.

“Kebanyakan kanak-kanak yang tidak divaksin ialah mereka yang sama tidak mendapat penjagaan kesihatan termasuk khidmat kesihatan asas lain. Jika kita ingin meningkatkan liputan vaksin global, kidmat kesihatan harus sampai kepada golongan ini. Setiap interaksi dengan sistem kesihatan harus dilihat sebagai satu peluang untuk memberikan vaksin,” kata Pengarah Bahagian Imunisasi, Vaksin, dan Biologi di WHO, Dr Jean-Marie Okwo-Bele.

Imunisasi mencegah antara 2 hingga 3 juta kematian setiap tahun dari penyakit difteria, tetanus, batuk kokol, dan demam campak. Ia adalah salah satu daripada langkah pencegahan paling berkesan dan menjimatkan kos.

Liputan vaksin di peringkat global

Menurut laporan dari WHO dan UNICEF, 130 dari 194 negara anggota WHO telah mencapai dan mengekalkan sekurang-kurangnya 90% liputan vaksin DTP di peringkat nasional. Walau bagaimanapun, dianggarkan tambahan 10 juta bayi di 64 buah negara perlu diberikan vaksin untuk mencapai sekurang-kurangnya 90% liputan vaksin. Daripada jumlah tersebut, 7.3 juta hidup dalam negara yang menghadapi isu kemanusiaan termasuk yang terkesan dengan konflik. 4 juta daripada mereka sahaja hidup di 3 negara – Afghanistan, Nigeria, dan Pakistan – di mana akses imunisasi rutin adalah sangat penting untuk mencapai serta mengekalkan eradikasi penyakit polio.

Pada tahun 2016, 8 negara mempunyai liputan DTP kurang daripada 50% termasuk Republik Afrika Tengah, Chad, Guinea Khatulistiwa, Nigeria, Somalia, Sudan Selatan, Republik Arab Syria, dan Ukraine.

Di peringkat global, 85% kanak-kanak menerima dos pertama demam campak dalam tahun pertama melalui program imunisasi rutin dan 64% menerima dos kedua. Walau bagaimanapun, liputan masih rendah untuk mengelakkan berlaku wabak, kematian yang boleh dicegah, dan mencapai sasaran menghapus demam campak.

Selain itu, terdapat juga jurang liputan vaksin antara kawasan berbeza dalam satu negara. Kawasan bandar mendapat lipuan lebih tinggi berbanding luar bandar yang jauh dari kemudahan kesihatan. Usaha ke arah merapatkan jurang serta meningkatkan liputan vaksin di peringkat global harus diambil oleh semua negara bagi memastikan bayi dan kanak-kanak ini mempunyai peluang serta masa depan yang lebih cerah.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan
Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Hello Doktor Medical Panel
Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim
Disemak pada [date}
x