home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Apa Itu Sakit Kelamin Gonore

Apa Itu Sakit Kelamin Gonore

Apa itu gonore? Penyakit gonore atau gonorrhea adalah sakit kelamin yang disebabkan oleh bakteria yang dipanggil Neisseria gonorrhea.

Bakteria ini merebak dari seorang ke seorang yang lain melalui hubungan seks vagina, oral atau dubur. Juga, ia boleh merebak dari ibu kepada bayinya semasa kelahiran.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

Apa itu gonore? Ini simptom yang boleh kelihatan

Kebanyakan orang tidak mempunyai simptom apabila mereka mendapat gonorrhea. Apabila simptom berlaku, ia biasanya dalam 2 hingga 10 hari selepas pendedahan, tetapi ia boleh membawa kepada 30 hari untuk berkembang.

Bagi wanita, biasanya anda boleh melihat beberapa tanda-tanda di bawah:

  • Faraj mengeluarkan lelehan kuning atau putih kehijauan
  • Berasa sakit di bahagian bawah abdomen atau pelvik
  • Rasa terbakar ketika membuang air kecil
  • Berdarah antara haid
  • Mata merah dan gatal
  • Sakit ketika berhubungan intim
  • Vulva membengkak
  • Rasa terbakar dan kelenjar bengkak di tekak apabila melakukan seks oral

apa itu gonore

Keputihan boleh menjadi tanda masalah yang berbeza, bukan sahaja gonorea. Cara terbaik adalah lakukan pemeriksaan untuk memastikan bahawa anda didiagnosis dengan tepat dan dirawat.

Bagi lelaki, simptom yang mungkin dialami termasuk:

  • Zakar mengeluarkan lelehan kuning atau putih kehijauan
  • Rasa terbakar ketika membuang air kecil
  • Rasa terbakar dan bengkak kelenjar di tekak apabila melakukan seks oral
  • Buah zakar anda sakit atau bengkak

Simptom lelaki biasanya muncul 2-14 hari selepas jangkitan.

Apakah risiko penyakit gonore?

Penyakit gonore boleh menjadi berbahaya jika ia tidak dirawat. Bagi wanita, jangkitan boleh bergerak ke dalam rahim, tiub fallopian, dan ovari.

Semasa mengandung, ia boleh menyebabkan beberapa masalah untuk bayi anda, seperti sejenis keradangan pada membran sekeliling otak dan saraf tunjang, atau jangkitan mata yang boleh menyebabkan buta.

Dan untuk lelaki, gonorrhea boleh merebak ke epididimis, menyebabkan kesakitan dan bengkak di kawasan buah zakar.

Gonorrhea juga boleh merebak ke dalam darah atau sendi. Orang yang mengalami keadaan ini boleh mendapat HIV lebih mudah.

Sudah tahu apa itu gonore, jadi bagaimana merawatnya?

penyakit gonore

Untuk merawat keadaan ini, doktor anda akan memberikan anda antibiotik oral atau suntikan. Juga, pasangan anda perlu dirawat pada masa yang sama.

Selain itu, anda boleh ikuti beberapa tip di bawah:

  • Jangan melakukan hubungan seks sehingga anda mengambil ubat
  • Jangan lupa untuk menggunakan kondom ketika melakukan hubungan intim
  • Beritahu pasangan anda apabila anda dijangkiti. Ini penting kerana gonorrhea mungkin tidak mempunyai gejala

Untuk mencegah jangkitan gonorrhea, anda perlu mempunyai kehidupan seks yang selamat, mengehadkan hubungan seks pada seorang pasangan yang tidak dijangkiti, atau menggunakan kondom dengan kerap apabila anda melakukan hubungan seks.

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Sumber Rujukan

Gonorrhea. http://kidshealth.org/teen/sexual_health/stds/std_gonorrhea.html#cat20015. Accessed September 6, 2016

Gonorrhea. http://www.cdc.gov/std/gonorrhea/stdfact-gonorrhea.htm . Accessed September 6, 2016

https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/gonorrhea/symptoms-causes/syc-20351774#:~:text=Gonorrhea%20is%20an%20infection%20caused,vaginal%2C%20oral%20or%20anal%20sex.

https://www.plannedparenthood.org/learn/stds-hiv-safer-sex/gonorrhea

https://www.nhs.uk/conditions/gonorrhoea/

 

Gambar penulis
Ditulis oleh Farah Aziz pada 02/05/2018
x