Agak malu untuk dibicarakan, tetapi masalah vagina hitam boleh berlaku kepada mana-mana wanita. Jika anda salah seorang yang menghadapi masalah ini, jom ketahui cara untuk mengatasinya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Punca vagina hitam berlaku
Masalah miss V gelap atau vagina hitam adalah perkara biasa untuk terjadi. Namun ada kalanya disebabkan kurang pengetahuan, ia boleh menyebabkan panik.
Walaupun umumnya alat sulit berwarna agak gelap sedikit berbanding bahagian tubuh lain, tetapi jika anda baru perasan keadaan faraj semakin gelap, jangan memandang remeh situasi tersebut.
6 sebab miss V gelap
Berikut antara punca mengapa faraj boleh menjadi gelap:
Geseran
Sebab pertama dan paling biasa adalah kerana geseran yang disebabkan memakai seluar dalam ketat atau pakaian yang tidak bersesuaian serta kurang pengudaraan yang betul di bahagian tersebut.
Ia juga boleh berlaku kesan aktiviti harian seperti berjalan kaki, bersenam, hubungan seks dan lain-lain. Selain itu, menggosok bahagian faraj secara kerap juga boleh menyebabkan ia hitam.
Faktor hormon
Hormon juga memainkan peranan penting dalam situasi ini.
Menurut American College of Obstetricians and Gynaecologists, semasa akil baligh, mungkin terdapat peningkatan mendadak paras estrogen yang boleh mengakibatkan kawasan intim menjadi gelap.
Pada lewat 30-an dan 40-an, mungkin terdapat kesan yang sama disebabkan tahap estrogen yang rendah semasa menghampiri menopaus.
Miss V gelap kerana jangkitan faraj
Keadaan tertentu boleh menjejaskan kawasan sekitar vulva – yang mungkin mengakibatkan tompok gelap di sekitar bahagian tersebut.
Faraj hitam kerana penuaan
Apabila usia semakin meningkat, bukan sahaja perubahan daripada aspek keanjalan dan tekstur faraj akan berlaku, bahkan turut melibatkan perubahan warna.
Rintangan insulin
Apabila berat bertambah secara berlebihan, mungkin akan berlaku rintangan insulin yang boleh menyebabkan terjadinya keadaan dipanggil acanthosis nigricans – dalam keadaan ini sekitar vulva, terutamanya bahagian dalam paha menjadi gelap.
Sindrom ovari polisistik (PCOS) penyebab miss V gelap
PCOS adalah keadaan apabila sista kecil berkembang dalam ovari dan menyebabkan kemusnahan hormon dalam tubuh.
PCOS membawa kepada lebihan hormon lelaki – androgen, dalam tubuh dan mungkin mengakibatkan bahagian sulit menjadi gelap.
Berlaku pada bahagian tubuh lain
Masalah kulit gelap boleh berlaku pada bahagian tubuh lain.
Perubahan hormon semasa kehamilan boleh menggelapkan puting, areola dan tahi lalat anda. Ia juga menyebabkan wujudnya garis gelap atau linea nigra – pada bahagian tengah perut hingga pusat.
Hiperpigmentasi boleh berlaku pada muka, dada, belakang badan dan lengan kerana pendedahan kulit; biasanya muncul sebagai sunspot atau freckles.
Anda juga mungkin mengalami masalah kulit gelap pada bahagian kulit berlipat seperti siku, lutut, ketiak dan ibu jari.
Hiperpigmentasi selepas keradangan, seperti selepas jerawat atau ruam – boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh.
Mengatasi masalah vagina hitam
Bagi merawat masalah kehitaman pada bahagian intim, anda perlu mengetahui cara penjagaan terbaik.
1. Gunakan bahan semula jadi dan organik untuk putihkan miss V gelap
Pilih produk diperkaya dengan bahan semua jadi untuk membantu mencerahkan bahagian intim.
Penggunaan bahan semula jadi untuk membantu melunturkan kulit bahagian sulit adalah pilihan terbaik tanpa mendedahkannya kepada agen peluntur yang kuat, bahan kimia, logam dan bahan sintetik tambahan.
-
Minyak kelapa dan madu
Ambil mangkuk dan campurkan 1 sudu kecil minyak kelapa dan 1 sudu kecil madu. Panaskan adunan dalam ketuhar gelombang mikro selama 20 saat. Sapukan aduan pada faraj dan biarkan selama 15 minit. Basuh dengan menggunakan air mawar.
-
Timun dan aloe vera bantu atasi vagina hitam
Hancurkan timun dan buat pes timun dengan lidah buaya. Sapukan pada bahagian kawasan terjejas selama 15 minit, kemudian bilas dengan air sejuk.
2. Kekalkan keseimbangan pH sesuai untuk miss V gelap
Bahan semula jadi dipercayai dapat membantu mengekalkan tahap pH kawasan faraj di samping memberikan manfaat pencerahan dan antiseptik kulit sensitif.
Ia juga membantu menyingkirkan sel epitelium mati serta tompok gelap dan degil.
3. Pemilihan produk penjagaan faraj bantu atasi vagina hitam
Pastikan anda hanya memilih produk yang tidak mengandungi bahan pengawet atau bahan kimia.
Bantuan profesional
Keadaan faraj yang gelap ini umumnya tidak mendatangkan bahaya. Namun sekiranya ia berlaku disebabkan keradangan, pastikan bahagian alat sulit sentiasa bersih dan kering.
Sekiranya perubahan vagina hitam ini agak melampau dan disertai dengan gejala kemerahan faraj, gatal, pendarahan, sakit semasa hubungan seks dan benjolan, berjumpalah doktor untuk mendapatkan penyelesaian terbaik.
[embed-health-tool-ovulation]