Ia selalunya berbentuk bujur atau bulat dan saiz diameternya lebih kecil daripada ¼ inci, kira-kira 6 mm.
Sebilangan besar tahi lalat akan muncul pada zaman kanak-kanak sehingga berusia 40 tahun.
Seiring peningkatan usia, secara puratanya seorang individu akan mempunyai antara 10 hingga 40 mole.
Sesetengah daripada bintik kecil itu mungkin berubah dari masa ke masa. Bahkan ada juga yang menghilang apabila bertambahnya usia.
Bintik kecil petanda melanoma
Untuk membantu anda mengenal pasti ciri mole yang luar biasa dan mungkin petanda melanoma atau barah kulit lain, ingat ABCDE:
- A untuk bentuk Asymmetrical (tidak simetri). Cari bintik yang bentuknya tidak teratur
- B untuk Border(sempadan) yang berbeza. Cari mole yang tampak agak berlekuk dan mungkin berjeriji seperti kerang
- C untuk Changes (perubahan) pada warnanya. Lihat pertumbuhan baru yang mempunyai banyak warna atau sebaran warna tidak sekata
- D bagi Diameter.Cuba lihat jika bintik baharu itu lebih besar daripada ¼ inci
- E adakah Evolving (berkembang). Sentiasa peka terhadap perubahan dari masa ke masa. Ia boleh melibatkan saiz ukuran, perubahan warna atau bentuk. Bintik hitam yang ada juga boleh berkembang dengan gejala lain seperti gatal atau pendarahan
Tahi lalat kanser (malignan) adalah berbeza daripada segi penampilannya. Sesetengahnya mungkin menunjukkan semua ciri yang dinyatakan di atas.
Pun begitu, ada juga mole yang hanya mempunyai 1 atau 2 ciri yang luar biasa.

Melanoma tersembunyi
Keadaan barah kulit jenis ini juga boleh berkembang pada bahagian badan yang tidak terdedah kepada cahaya matahari seperti kulit kepala mahupun bahagian alat kelamin.
Ia dikenali sebagai melanoma tersembunyi kerana berlaku di tempat yang tidak disangka oleh kebanyakan individu.
Jika melanoma dialami oleh mereka yang mempunyai kulit lebih gelap, ia sering kali wujud pada bahagian tersembunyi.
Ia termasuklah pada bahagian:
# Melanoma di bawah kuku
Melanoma acral-lentiginous adalah bentuk melanoma yang jarang berlaku. Ia boleh ditemui di bawah kuku kaki atau kuku jari. Ia juga boleh ditemui di telapak tangan atau tapak kaki.
Individu daripada keturunan Asia, berkulit hitam dan mempunyai pigmen kulit gelap, selalunya mengalami barah kulit jenis ini.
# Melanoma di dalam mulut, saluran pencernaan, saluran kencing atau faraj
Melanoma mukosa boleh berkembang pada selaput lendir yang melapisi hidung, mulut, tekak, dubur, saluran kencing dan faraj.
Ia sukar untuk dikesan kerana sering dianggap sebagai 1 keadaan lain yang tidak berbahaya.
# Melanoma pada mata
Dikenali sebagai melanoma ocular. Biasanya berlaku pada bahagian uvea – lapisan di bawah putih mata (sclera).
Jika berlaku pada mata, ia boleh menyebabkan perubahan pada penglihatan.
Kesimpulan
Walaupun pertumbuhan bintik kecil itu tidak boleh dikawal, namun sekurang-kurangnya anda boleh mencegahnya.
Hadkan pendedahan terhadap sinaran UV bagi mengurangkan risiko mendapat barah kulit melanoma.
Dengan mengetahui tanda dan simptom melanoma boleh memastikan ia dapat dikesan dan dirawat sebelum merebak menjadi lebih kronik.
Melanoma dapat dirawat dengan jayanya jika dikesan lebih awal.