backup og meta

Nak Rancang Keluarga? Ketahui Tanda Ovulasi Sedang Terjadi

Nak Rancang Keluarga? Ketahui Tanda Ovulasi Sedang Terjadi

Pernahkah anda mengalami sakit pada abdomen ketika waktu subur? Itu mungkin tanda ovulasi sedang terjadi. Namun adakah ia perkara normal atau sesuatu yang berbahaya?

Teruskan membaca artikel ini sehingga tamat untuk mengetahuinya dengan lebih lanjut.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Bagaimana nak tahu tanda ovulasi sedang terjadi? 

Dipercayai hampir 50% wanita akan mengalami sakit ovulasi sekurang-kurangnya sekali dalam hidup mereka.

Manakala lebih kurang 20% wanita pula akan mengalami rasa sakit kekejangan yang dianggap petanda ovulasi sedang terjadi pada setiap bulan.

Bila ovulasi berlaku?

Secara umumnya, kesakitan pada waktu subur wanita ini, adalah 1 perkara yang normal.

Walau bagaimanapun, jika anda mengalami kesakitan yang agak teruk, ia bukan sekadar sakit disebabkan ovulasi.

Kesakitan pelvis yang kuat atau berpanjangan mungkin merupakan simptom endometriosis atau penyakit radang pelvis.

Jika rasa sakit yang dialami menghalang anda daripada bersetubuh atau menjejaskan aktiviti harian, ia adalah keadaan yang tidak normal.

Memahami keadaan normal tanda ovulasi sedang terjadi

kalkulator ovulasi
Tanda ovulasi wanita.

Kesakitan semasa waktu subur wanita ini dirujuk sebagai mittelschmerz. Dalam bahasa Jerman bermaksud ‘sakit tengah’ (middle pain).

Dalam kebanyakan kes yang dialami, keadaan ini tidak berbahaya dan hanya mengakibatkan ketidakselesaan untuk tempoh yang sekejap.

Anda mungkin berasakan kesakitan pada sebelah sisi perut selama beberapa minit atau beberapa jam pada jangkaan tarikh waktu subur.

Sakit disebabkan ovulasi mungkin berlaku beberapa hari sebelum atau selepas ovulasi. Ia tidak semestinya berlaku pada saat tepat telur dilepaskan daripada ovari. 

Kesakitan tersebut biasanya ringan. 

Namun dalam beberapa keadaan yang jarang berlaku, terdapat sesetengah wanita mungkin terpaksa dimasukkan ke dalam bilik kecemasan kerana disyaki masalah apendiks.

Kebanyakan wanita yang mengalami tanda ovulasi sedang terjadi ini mengatakan rasa sakit ringan dialami untuk beberapa jam bahkan beberapa hari.

Di samping itu, ada wanita mengalami sakit pinggang tanda ovulasi untuk tempoh sementara sahaja.

Beza sakit ovulasi wanita vs kekejangan implantasi

Ada wanita yang akan mengalami kekejangan semasa proses implantasi embrio berlaku. Kebiasaannya tempoh tersebut akan berlanjutan beberapa hari hingga seminggu setelah ovulasi.

Ini bermakna keadaannya tidak sama dengan sakit ovulasi wanita yang maksimumnya memakan masa beberapa hari.

Secara mudahnya, rasa sakit atau kekejangan yang dialami oleh wanita adalah 1 keadaan nyata.

Tetapi untuk membezakan sama ada ia berlaku disebabkan implantasi embrio, waktu subur atau berpunca oleh keadaan lain, sukar untuk ditentukan. 

tanda nak period
Tanda-tanda seminggu sebelum period.

Kenal pasti sakit ovulasi wanita

Kesakitan ovulasi boleh berlaku daripada 2-3 minit dan berlanjutan hingga beberapa jam. Tetapi biasanya tidak akan melebihi 1 atau 2 hari. 

Ia cenderung berlaku sebelum ovulasi dan rasa sakit tersebut akan terjadi pada 1 bahagian sisi bawah perut. Kesakitan yang dirasai boleh menjadi sangat sengit bagi sesetengah wanita. 

Selalunya, ketika tanda ovulasi sedang terjadi, anda akan berasa sakit pada bahagian yang berbeza setiap bulan atau mungkin bahagian yang sama untuk tempoh beberapa bulan.

Keadaan tersebut adalah bergantung kepada bahagian ovari yang melepaskan telur.

Jika rasa sakit yang dialami adalah pada bahagian pelvis atau perut berbeza mungkin ia tidak mempunyai kaitan dengan kitaran haid anda. 

Anda mungkin rasa mengalami masalah berkaitan pelvis atau abdomen.

Sekiranya keadaan semakin teruk, anda sangat disarankan untuk mendapatkan rawatan perubatan dengan doktor.

Simptom sakit tanda ovulasi sedang terjadi

Antara gejala yang berpunca daripada sakit pada waktu subur mungkin melibatkan keadaan seperti:

  • Sakit pada 1 bahagian perut bawah atau pelvis
  • Pendarahan atau keputihan ringan
  • Kes yang jarang berlaku, sakit ovulasi agak teruk
  • Berasa mual, jika sakit yang dialami kuat

Apakah punca rasa sakit itu?

Umumnya, pakar masih tidak dapat memastikan dengan tepat punca kesakitan ovulasi. Tetapi terdapat beberapa keadaan yang mungkin menjadi faktor:

  • Pertumbuhan folikel normal sebelum ovulasi meregangkan bahagian luar ovari, mengakibatkan ketidakselesaan
  • Apabila folikel pecah secara semula jadi dan melepaskan telur semasa ovulasi, ia juga akan mengeluarkan darah serta cairan yang mungkin merengsakan tisu perut sekitarnya

Lakukan pemeriksaan doktor 

tanda ovulasi sedang terjadi
Waktu subur wanita.

Untuk mengenalpasti sama ada ia adalah masalah apendiks atau kehamilan ektopik, pemeriksaan doktor perlu dilakukan. 

Ini terutamanya jika kesakitan pada bahagian bawah perut itu berpanjangan sehingga tempoh lebih beberapa hari.

Pemeriksaan juga perlu dilakukan jika anda mengalami sakit perut disertai dengan:

Langkah berjaga-jaga

Rasa sakit disebabkan waktu ovulasi wanita adalah 1 perkara biasa dan bukanlah petanda masalah kesihatan tertentu. 

Kebanyakan wanita tidak pasti tempoh waktu subur menjadikan mereka mudah terkeliru antara mittelschmerz atau masalah kesihatan yang lain.

Mengalami kekejangan perut semasa kitaran haid, mungkin tidak memerlukan sebarang rawatan perubatan. Apatah lagi jika kesakitan tersebut tidak lama.


Tetapi jika ada keraguan tentang tanda ovulasi sedang terjadi, segera dapatkan pemeriksaan doktor bagi mendiagnosis keadaan sebenar anda.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Mittelschmerz. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mittelschmerz/symptoms-causes/syc-20375122/ Accessed on June 1, 2020.

Ovulation Pain (Mittelschmerz). https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9134-mittelschmerz / Accessed on June 1, 2020.

Use of nonsteroidal antiinflammatory drugs during pregnancy and the risk of miscarriage. https://www.ajog.org/article/S0002-9378(18)30489-7/pdf/ Accessed on June 1, 2020.

Mittelschmerz mimicking appendicitis. https://doi.org/10.12968/hmed.2009.70.7.43133 / Accessed on June 1, 2020.

Ovulation pain. https://www.betterhealth.vic.gov.au/health/conditionsandtreatments/ovulation-pain. Accessed on June 1, 2020.

Versi Terbaru

20/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kitaran Haid Anda Normal Ke Tidak? Ini Cara Kira Yang Betul, Kaum Hawa Patut Tahu!

'Timing' Penting Jika Ingin Hamil Cepat! Ini Cara Kesan Waktu Subur


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Gabriel Tang Pei Yung

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 20/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan