Sakit pinggang belakang pada wanita boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Dalam beberapa kes, sakit pinggang belakang wanita sebelah kiri atau kanan mungkin berpunca daripada kehamilan atau haid.
Sakit pinggang belakang pada wanita boleh berlaku disebabkan banyak faktor. Dalam beberapa kes, sakit pinggang belakang wanita sebelah kiri atau kanan mungkin berpunca daripada kehamilan atau haid.
Sebenarnya, sakit belakang adalah satu kondisi lazim. Ia boleh berlaku kepada sesiapa sahaja, tidak kiralah wanita atau lelaki. Bagaimanapun, wanita lebih kerap alami sakit belakang kronik disebabkan perbezaan secara anatomi.
Sebagai contoh, wanita mempunyai pelvis yang lebih lebar berbanding lelaki. Oleh itu, kaum Hawa mungkin mengalami sakit belakang disebabkan tekanan berlebihan pada kawasan tulang belakang.
Dalam artikel kali ini, kami akan senaraikan beberapa punca dan cara mengatasi sakit pinggang pada wanita.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.
Sakit belakang merupakan antara penyebab utama kebanyakan pekerja terpaksa mengambil cuti sakit.
Ia juga merupakan satu kondisi yang boleh menyebabkan kesakitan yang amat sangat, terutamanya jika seseorang itu menghabiskan masa yang terlalu lama di hadapan skrin komputer.
Bagaimanapun, bagi wanita, ada beberapa faktor yang menyebabkan mereka lebih kerap mengalami sakit belakang berbanding lelaki.
Antara punca sakit pinggang belakang pada wanita ialah:
PMS merupakan satu sindrom yang sering berlaku kepada wanita sebelum mereka datang haid.
Antara simptom-simptom PMS ialah:
Sakit belakang ketika PMS selalunya akan beransur hilang beberapa hari selepas kedatangan haid.
Sakit pinggang dalam kalangan wanita hamil bukanlah satu perkara di luar kebiasaan.
Ketika mengandung, pusat graviti wanita akan berubah. Malah, kebanyakan wanita juga akan mengalami penambahan berat badan selepas hamil.
Semua ini boleh menyebabkan tekanan pada belakang badan dan menyebabkan sakit pinggang belakang pada wanita.
Bukan itu sahaja, wanita yang sering sakit belakang sebelum hamil juga berisiko untuk mengalami masalah sama ketika mengandung.
Selalunya, sakit pinggang belakang wanita hamil akan tertumpu pada kawasan tengah dan bawah pinggang. Kadangkala, kesakitan itu juga mungkin menjalar ke kawasan kaki.
Selain sakit pinggang belakang wanita hamil, kaum Hawa juga boleh alami sakit yang sama disebabkan senggugut yang teruk.
Kesakitan yang berlaku disebabkan senggugut dapat dirasai pada bahagian bawah perut, belakang badan, pinggul dan kaki.
Selalunya, senggugut atau dysmenorrhea berlaku selama satu hingga tiga hari. Ia disertai rasa nyeri pada perut atau lenguh-lenguh badan.
Sakit pinggang belakang wanita sebelah kiri, bawah atau kanan abdomen mungkin berlaku disebabkan endometriosis. Endometriosis merupakan satu kondisi yang menyebabkan tisu yang menyelaputi kawasan uterus tumbuh di luar rahim.
Kesakitan yang luar biasa merupakan antara simptom lazim endometriosis. Selain itu, antara simptom lain endometriosis adalah sakit belakang, senggugut yang teruk dan rasa sakit ketika atau selepas melakukan seks.
Jika anda alami masalah ini, berjumpa doktor dengan segera. Penghidap endometriosis selalunya sukar untuk mengandung.
Selain haid, kehamilan dan endometriosis, wanita juga boleh alami sakit belakang disebabkan ketegangan otot.
Ia mungkin berpunca daripada:
Jika ini yang berlaku, ketegangan otot mungkin punca sakit pinggang yang anda alami. Selalunya, kesakitan akan hilang dengan sendirinya dalam masa beberapa hari.
Anda juga boleh ambil ubat sebagai cara mengatasi sakit pinggang pada wanita yang berlaku disebabkan ketegangan otot.
Selain itu, anda juga boleh berjumpa doktor untuk sesi konsultasi sekiranya anda ingin ketahui lebih lanjut mengenai kondisi yang dialami.
Langkah yang terbaik untuk mengurangkan sakit belakang adalah dengan menjaga postur badan masing-masing.
Antara cara mengatasi sakit pinggang pada wanita ialah:
Kebanyakan sakit belakang akan pulih dengan sendirinya dalam masa beberapa minggu.
Bagaimanapun, jumpa doktor secepat mungkin jika:
Sekiranya ini yang berlaku, kesakitan yang dihadapi tersebut mungkin menandakan penyakit yang serius.
Jangan pandang rendah atau abaikan sakit pinggang belakang pada wanita. Jumpalah doktor untuk sesi kaunseling dan dapatkan rawatan secepat mungkin.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
30/09/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor