Farid terbaring keletihan setelah seharian bekerja hari ini. Dia sedar, kadangkala belakang badannya kerap berasa lenguh-lenguh selain betis kakinya yang berdenyut-denyut. Adakah ini dipanggil kesakitan kronik?
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung · Dokter Umum · Hello Health Group
Farid terbaring keletihan setelah seharian bekerja hari ini. Dia sedar, kadangkala belakang badannya kerap berasa lenguh-lenguh selain betis kakinya yang berdenyut-denyut. Adakah ini dipanggil kesakitan kronik?
Kerap juga dia mengalami keadaan seperti itu, terutamanya jika dia tidak mendapat rehat yang mencukupi. Sebagai pembaca, adakah anda terfikir apakah yang sedang dialami oleh Farid?
Simptomnya kelihatan seperti sakit-sakit biasa sahaja tetapi kelihatan seperti sakit kronik. Tetapi tahukah anda, kekerapan kesakitan kronik (chronic pain) seperti yang dialami oleh Farid sebenarnya telah menjejaskan ramai individu di seluruh dunia?
Baca lebih lanjut tentang Tulang/Otot di sini.
Berpandukan data yang dikeluarkan oleh Persatuan Kajian Kesakitan Sedunia, sebanyak 10% daripada populasi dunia iaitu kira-kira 60 juta orang, mengalami sakit kronik. Manakala anggaran bagi setiap negara dan benua menunjukkan kelaziman bagi kesakitan kronik menghampiri 20 hingga 25%.
Manakala di Malaysia, berdasarkan data yang dikeluarkan daripada Institut Kesihatan Umum, Kementerian Kesihatan Malaysia, dianggarkan sebanyak 7% daripada penduduk Malaysia mengalami sakit kronik yang bukan disebabkan oleh kanser.
Angka tersebut mungkin kelihatan sedikit, tetapi ia adalah signifikan dan berkemungkinan akan meningkat dari masa ke masa. Jadi, apakah sebenarnya kesakitan kronik ini?
Kesakitan kronik diertikan sebagai kesakitan yang berlaku secara berterusan dalam satu tempoh jangka masa yang agak lama, sekurang-kurangnya 2 minggu. Ia mungkin berlaku secara berterusan atau kadang-kadang, dan kehadiran kesakitan tersebut berlaku tanpa sebab yang jelas.
Berikut merupakan antara jenis sakit kronik yang biasa berlaku:
Terdapat lima jenis simptom kesakitan kronik yang boleh berlaku terhadap seseorang individu.
Pada kebiasaannya, sakit kronik disebabkan oleh kecederaan awal seperti koyakan pada bahagian otot yang disebabkan oleh pelbagai faktor seperti keletihan, penggunaan otot secara berlebihan, atau penggunaan otot secara tidak wajar atau tidak betul.
Kesakitan kronik dipercayai berkembang selepas saraf menjadi rosak dan kerosakan saraf yang berlaku telah menyebabkan kesakitan menjadi lebih kuat dan bertahan lebih lama. Dalam kes seperti ini, rawatan yang dilakukan terhadap kecederaan yang berlaku tidak akan menyembuhkan sakit kronik tersebut.
Walau bagaimanapun, terdapat beberapa kes di mana sesetengah individu mengalami kesakitan kronik tanpa sebarang kecederaan yang berlaku. Penyebab sebenar bagi kes seperti ini tidak begitu diketahui dan kesakitan kronik yang berlaku mungkin berpunca daripada keadaan kesihatan yang lain.
Sekiranya anda mempunyai simptom atau kesakitan seperti yang dialami oleh Farid dalam tempoh yang agak lama, cuba dapatkan nasihat kesihatan daripada doktor perubatan bertauliah bagi memastikan jenis kesakitan yang anda alami.
Anda mungkin berasa bahawa kesakitan yang anda alami itu hanya sekadar sakit biasa, namun ia tidaklah seperti itu. Itulah sebabnya penyakit ini disebut sebagai sakit kronik
Jika tidak, anda akan kekal mengalaminya seumur hidup dan kami pasti, anda tidak mahukannya “menemani” perjalanan hidup anda.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen