backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

1

Tanya Doktor
Simpan

5 Cara Hilangkan Sakit Pinggang Ketika Period Yang Ajaib! Tipnya Makan Coklat?

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/03/2022

    5 Cara Hilangkan Sakit Pinggang Ketika Period Yang Ajaib! Tipnya Makan Coklat?

    Tiap kali datang bulan, senggugut pasti muncul! Apabila kondisi ini hadir, wanita sudah tentu akan pening untuk fikir dan cari cara hilangkan sakit pinggang ketika period.

    Kenapa pula dengan sakit pinggang? Jika anda masih belum tahu, sakit pinggang ketika haid itu juga adalah salah satu daripada gejala senggugut yang paling umum.

    Persoalannya, apa wanita kena buat jika alami sakit pinggang semasa period? Jom terus baca artikel!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Sakit pinggang ketika haid, normalkah?

    Seperti mana yang kami kata di atas tadi, sakit pinggang semasa period adalah salah satu daripada gejala senggugut (dysmenorrhea) yang paling umum untuk wanita.

    The American College of Obstetricians and Gynecologists menyatakan bahawa lebih daripada separuh wanita akan mengalami senggugut sekitar 1-2 hari dalam sebulan.

    Kesakitan pada pinggang ini pula mungkin akan berlaku pada masa sama dengan senggugut. Ia berpunca akibat kadar prostaglandin yang meningkat pada lapisan rahim.

    Ini kerana peningkatan kadar prostaglandin akan membawa kepada kontraksi rahim agar ia dapat menurun secara semula jadi. Kesannya, ia akan jadi punca rasa sakit.

    cara hilangkan sakit pinggang ketika period

    Sekiranya anda hanya abai dan tidak tahu cara hilangkan sakit pinggang ketika period, maka ia mungkin tetap kekal lantas menjejaskan tahap kualiti kehidupan wanita.

    Cara hilangkan sakit pinggang ketika period!

    Setiap kali tiba rasa sakit pinggang ketika haid itu, anda mungkin boleh cuba cara di bawah ini:

    #1. Teknik regangan dan urutan

    Perkara paling penting buat wanita yang sedang senggugut adalah jangan layan rasa sakit itu! Sebaliknya, cuba lawan untuk bangun dan lakukan regangan dengan betul.

    Caranya, anda hanya perlu duduk, berdiri atau berbaring tegak dan putar badan secara bersilih ganti ke kiri dan kanan. Ulang teknik ini sehingga mula berasa lega.

    Dalam pada itu, tidak salah juga jika anda urut bahagian pinggang yang terjejas dengan teruk. Sekiranya tidak larat, boleh minta bantuan daripada pasangan atau rakan anda.

    cara hilangkan sakit pinggang ketika period

    #2. Senaman atau aktiviti fizikal ringan

    Sebenarnya, anda mungkin perlu melakukan lebih daripada regangan dan urutan yakni dengan senaman atau aktiviti fizikal ringan. Ia penting untuk penghasilan hormon endorfin.

    Menurut kajian, tubuh badan yang cergas serta aktif itu akan lebih banyak menghasilkan hormon endorfin sekali gus mengurangkan rasa sakit pinggang semasa period.

    Namun, ia tidak perlu terlalu berat seperti sukan lasak. Sebaliknya, anda mungkin hanya perlu berjalan, berjoging, berenang, berbasikal atau pilihan terbaik iaitu yoga.

    #3. Tuaman atau mandi air panas

    Wanita juga boleh cuba amalkan tuaman air panas dengan guna tuala atau kain yang telah dicelup. Kemudian, tuamkan ia dengan lembut, cermat dan perlahan pada pinggang.

    Dalam masa yang sama, anda turut boleh mandi air panas dengan cara mandi di bawah pancuran atau di dalam tab mandi. Pastikan suhu air itu tidak pula terlalu panas.

    Ini kerana air pada suhu agak tinggi mampu melebarkan pembuluh darah sehingga membolehkan sirkulasi darah dan oksigen lebih mudah sampai ke tempat sakit itu.

    Cara hilangkan sakit pinggang ketika period #4. Ubatan

    Sekiranya ketiga-tiga cara di atas tadi masih tidak dapat membuahkan hasil, maka ini mungkin cara hilangkan sakit pinggang ketika period yang terakhir boleh anda cuba.

    Ubatan naproxen atau ibuprofen adalah jenis terbaik yang boleh anda temui di farmasi. Kedua-duanya mampu membantu meregang otot dan mengurangkan rasa sakit.

    Pun begitu, ia tidak boleh diambil pada dos yang banyak atau akan berlaku kesan sampingan lain. Oleh itu, sila berjumpa dan berbincang dengan doktor terlebih dahulu.

    #5. Makan coklat juga boleh bantu?

    cara hilangkan sakit pinggang ketika period

    Siapa sangka bahawa coklat boleh jadi salah satu daripada cara hilangkan sakit pinggang ketika period bukan? Hakikatnya, ia mungkin satu ikhtiar yang agak efektif.

    Pun begitu, tidak semua jenis coklat ada kelebihan ini ya. Hanya coklat hitam yang tinggi dengan kandungan antiradang dan antioksidan yang perlu dipertimbangkan.

    Dengan ini, anda bukan sahaja mampu untuk melegakan sakit pinggang ketika haid malah juga memuaskan selera makan. Ia perkara 2 dalam 1 yang menguntungkan.

    Konklusinya, sakit pinggang semasa period itu adalah normal bagi wanita. Namun, sila rujuk doktor jika ia berpanjangan, berlarutan atau berlaku dengan sangat teruk.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 28/03/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan