backup og meta

8 Makanan Ini Boleh 'Potong' Nafsu Wanita, Jangan Makan Sebelum Seks!

8 Makanan Ini Boleh 'Potong' Nafsu Wanita, Jangan Makan Sebelum Seks!

Sebenarnya, ada banyak jenis makanan menaikkan nafsu wanita yang para isteri boleh cuba untuk menyemarakkan aktiviti seks di kamar tidur. Barulah ia tidak bosan, bukan?

Namun, kita semua mungkin cenderung fokus kepada makanan peningkat afrosidiak dan bukannya melihat kepada makanan penurun afrosidiak. Sedangkan sebenarnya ia juga sama penting!

Dalam artikel kali ini, kami akan menyenaraikan beberapa jenis makanan menaikkan nafsu wanita serta yang sebaliknya. Jom baca dengan lebih lanjut untuk tahu.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa contoh makanan menaikkan nafsu wanita?

Dalam tidak sedar, sebenarnya ada banyak makanan untuk menaikkan nafsu wanita dan kebanyakan daripada senarai itu merupakan makanan biasa yang kita ambil seharian.

Kajian Southwestern University menyatakan bahawa kafein di dalam kopi dan teh adalah salah satu yang utama kerana ia mampu meningkatkan motivasi dan mobiliti.

Meskipun ia kurang terbukti secara saintifik, namun tidak salah jika anda cuba senarai makanan berikut:

  • Coklat
  • Madu
  • Kacang badam
  • Bawang putih
  • Timun
  • Strawberi
  • Pisang
  • Betik
  • Delima
  • Kentang
  • Tiram, makanan menaikkan nafsu wanita paling popular

makanan menaikkan nafsu wanita

Alasannya, makanan-makanan di atas ini mungkin mampu mempengaruhi hormon di dalam tubuh badan wanita ekoran sifat afrosidiak yang dimiliki oleh setiap satunya.

Pun begitu, ia tidak wajar dijadikan sebagai sandaran atau pedoman utama dalam usaha untuk meningkatkan nafsu syahwat. Justeru, adalah lebih baik jika anda berpandukan pada doktor sebelum mengambil makanan yang dicadangkan di atas.

Bagaimana pula dengan makanan yang boleh memotong nafsu wanita?

Anda mungkin tidak boleh peduli tentang makanan untuk menaikkan nafsu wanita sahaja. Ini kerana ada juga makanan dengan kesan sebaliknya yang sama penting.

Berikut adalah antara jenis makanan yang mungkin wanita perlu elak bagi mendapatkan seks lebih sihat:

#1. Alkohol

Mesti ramai yang ingat alkohol boleh jadi makanan menaikkan nafsu wanita, kan?

Ya, mungkin benar bahawa alkohol itu akan buat anda jadi lebih berani, khayal dan hanyut di alam fantasi seksual. Namun, kesannya, ia akan buat prestasi di ranjang itu kurang hebat.

Ini kerana ia berisiko menurunkan kadar hormon testosteron bagi lelaki serta estrogen dan progesteron buat wanita. Jadi, sistem dan fungsi seksual anda bakal terjejas.

#2. Soda

Minuman ini sangat popular namun tinggi dengan gula. Tidak kira gula semula jadi atau artifisial, ia tetap akan beri kesan sampingan buruk pada tahap kesihatan diri anda.

Gula artifisial aspartame khususnya, ia memang biasa digunakan dalam soda dan akan memberi dampak negatif kepada serotonin, hormon penting yang mengawal ‘mood’.

Makanan penurun nafsu syahwat wanita #3. Keju

makanan menaikkan nafsu wanita

Seiring dengan kemajuan dan kemodenan industri makanan, keju telah semakin banyak digunakan dalam masakan ekoran ia akan beri rasa unik kepada sajian sedia ada.

Berita buruk buat wanita, kandungan hormon sintetik di dalam keju hasil susu lembu yang tinggi ini mungkin akan beri kesan buruk kepada penghasilan hormon seks wanita.

#4. Air dalam botol

Terkejut? Ya, memang wujud banyak sebab individu perlu elak daripada mengambil air botol angkara bahan bernama Bisphenol A (BPA) yang wujud di dalam botol jenis plastik ini.

Menurut kajian terbitan jurnal Fertility & Sterility, BPA bukan sahaja akan beri kesan buruk kepada aktiviti seksual wanita malah turut akan menurunkan tahap kesuburan.

#5. Sup dalam tin

Setiap makanan dalam tin seperti sardin, laici atau sup khususnya, mungkin tinggi dengan kadar sodium – sejenis bahan yang boleh meningkatkan tahap tekanan darah.

Kesannya, ia mungkin akan menjejaskan sirkulasi darah di dalam tubuh badan serta alat sulit. Akibatnya, aktiviti seksual di kamar tidur juga boleh terjejas dengan teruk.

#6. Buah beri

Jika dilihat dari sudut nutrisi, pengambilan buah beri yang segar ini memang sangat bagus. Pun begitu, ada risiko di mana kulitnya telah dicemari dengan racun serangga.

Keracunan ini seterusnya mungkin akan beri kesan terhadap keseimbangan hormon seks wanita. Jika masih ingin ambil, pastikan ia terpelihara daripada sebarang anasir luar.

#7. Ubi bit

Sama seperti yang di atas tadi, pengambilan ubi bit juga bagus untuk tubuh badan terutama aspek otot. Pun begitu, ia tidak banyak beri kesan positif kepada aspek seksual.

Bahkan, pengambilannya juga boleh menjejaskan keseimbangan hormon seks wanita iaitu estrogen dan progesteron. Jadi, ia mungkin tiada manfaat terhadap nafsu syahwat.

makanan menaikkan nafsu wanita

Makanan penurun nafsu syahwat wanita #8. Tepung

Akhir sekali, makanan berasaskan tepung bukan salah satu daripada makanan menaikkan nafsu wanita meskipun ia mungkin kaya dengan zat besi, protein dan lemak.

Ini kerana protein dan lemak itu boleh jadi punca rintang insulin yang boleh bawa masalah diabetes. Efek jangka masa panjang pula, ia akan menjejaskan aktiviti seksual.

Konklusinya, senarai makanan di dalam artikel ini mungkin bukan salah satu daripada makanan menaikkan nafsu wanita bahkan sebaliknya. Dapatkan informasi dan nasihat daripada doktor untuk kepastian.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Food for Your Libido: A Valentine’s Diet to Boost Your Sex Drive, https://www.pennmedicine.org/updates/blogs/health-and-wellness/2017/february/food-for-libido, Accessed Mar 16 2022.
  2. Foods that put you in the mood: Fact or fiction?, https://www.allinahealth.org/healthysetgo/nourish/foods-that-put-you-in-the-mood-fact-or-fiction, Accessed Mar 16 2022.
  3. 6 Foods That Can Lower Your Sex Drive, https://www.medanta.org/patient-education-blog/6-foods-that-can-lower-your-sex-drive-2/, Accessed Mar 16 2022.
  4. Turns-Ons vs Turn-Offs: The Foods That Affect Your Sex Drive, https://www.peta.org.uk/living/turns-ons-vs-turn-offs-the-foods-that-affect-your-sex-drive/, Accessed Mar 16 2022.
  5. Is your diet destroying your libido?, https://www.bbc.co.uk/food/articles/libido_food, Accessed Mar 16 2022.

Versi Terbaru

17/03/2022

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Lemah Syahwat? Usah Khuatir, Ini 7 Makanan Boleh Bantu Tingkatkan Libido!

Wanita Yang Menopaus Makin Kurang Bernafsu Semuanya Kerana Suami? Ia Kini Disahkan Kajian!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 17/03/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan