backup og meta

Benarkah Menopaus Boleh Matikan Keinginan Seksual Wanita? Ini 5 Kesannya!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/02/2022

    Benarkah Menopaus Boleh Matikan Keinginan Seksual Wanita? Ini 5 Kesannya!

    Keinginan dan kepuasan seksual adalah berbeza bagi setiap wanita. Tidak dinafikan, kesihatan seksual dan reproduktif kaum Hawa akan berubah ketika wanita menopause

    Tetapi, adakah menopaus yang berlaku boleh memberikan kesan sampingan dalam hubungan seksual? Jom ketahui lebih lanjut mengenainya.

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Apa itu menopause wanita?

    kesihatan seksual dan reproduktif

    Menopaus adalah satu keadaan melibatkan kitaran menstrual wanita yang hampir berakhir dan badan akan beransur-ansur berhenti menghasilkan estrogen dan progesteron. Ini sekali gus menyebabkan wanita sudah tidak boleh lagi hamil. Nama lain bagi menopaus adalah putus haid. 

    Sebelum sampai ke fasa menopaus, wanita akan melalui tempoh yang dipanggil perimenopause, satu proses yang memakan masa dan biasanya mengambil masa beberapa bulan hingga bertahun-tahun, bergantung kepada sifat badan seseorang wanita.

    Dalam sesetengah kes yang luar biasa, perimenopause boleh berlangsung sehingga 10 tahun sebelum wanita mencapai menopaus.

    Kebanyakkan wanita akan alami menopaus di sekitar usia 45 hingga 55 tahun. Ada wanita yang akan mengalami menopaus yang lebih lambat, lebih-lebih lagi jika ahli keluarga juga lambat mengalami menopaus.

    Persoalannya, adakah menopaus boleh memberikan kesan kepada keinginan seksual wanita?

    Kesan terhadap kesihatan seksual dan reproduktif wanita

    Kajian pada tahun 2015 yang diterbitkan dalam Journal of Sexual Medicine mendapati, secara purata, wanita yang mengalami menopaus akan mengalami kadar disfungsi seksual yang lebih tinggi berbanding wanita yang dalam fasa perimenopause. 

    Berikut adalah antara kesan sampingan menopaus yang melibatkan hubungan intim:

    1. Mengurangkan nafsu seksual

    kesihatan seksual dan reproduktif

    Menurut North American Menopause Society (NAMS), sama ada wanita atau lelaki, kedua-duanya akan mengalami kemerosotan dalam keinginan seksual selaras dengan peningkatan usia. 

    Walau bagaimanapun, kesihatan seksual dan reproduktif wanita akan menyebabkan mereka kehilangan keinginan ini sebanyak dua hingga tiga kali ganda berbanding lelaki. Ia disebabkan oleh perubahan tahap hormon estrogen dalam badan wanita. 

    1. Faraj kering ketika menopaus

    Perubahan tahap estrogen juga memainkan peranan dalam penurunan pelincir semula jadi menopaus faraj. Dan kekeringan ini boleh menyebabkan hubungan seks menjadi sesuatu yang menyakitkan atau paling tidak pun, bakal menyebabkan rasa tidak selesa. 

    1. Keseronokan berkurangan

    Pada sesetengah wanita, kekeringan faraj boleh mempunyai kaitan dengan pengurangan aliran darah kepada klitoris dan bahagian bawah faraj.

    Keadaan ini sekali gus menyebabkan sukar untuk mencapai orgasma. Sudah tentu ia boleh menyebabkan keinginan seksual berkurangan.

    1. Menopaus menyebabkan penetrasi menyakitkan

    Keadaan ini biasanya disebabkan oleh faraj yang kering serta penipisan tisu di sekitar faraj. Situasi ini sudah tentu menyebabkan ketidakselesaan semasa hubungan intim. 

  • Emosi terganggu

  • kesihatan seksual dan reproduktif

    Sesungguhnya mental merupakan bahagian yang memainkan peranan penting dalam keinginan seksual dan keghairahan. Mengalami menopaus boleh menyebabkan mental akan mengalami tekanan dan menjejaskan emosi. 

    Akhir kata

    kesihatan seksual dan reproduktif

    Mengalami menopaus bukan bermakna anda tidak boleh melakukan hubungan seks atau kesihatan seksual dan reproduktif anda terhenti di situ.

    Anda dan pasangan boleh berbincang untuk mengatasi masalah ini. Mungkin anda boleh mencuba posisi seks yang berbeza yang boleh memberikan keselesaan ketika hubungan intim dilakukan. 

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 24/02/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan