backup og meta

Ada 7 Cabaran Kesihatan Untuk Wanita Bekerjaya! Bagaimana Cara Mengatasinya?

Ada 7 Cabaran Kesihatan Untuk Wanita Bekerjaya! Bagaimana Cara Mengatasinya?

Pada zaman ini, semakin ramai wanita mempunyai kerjaya sendiri. Bagaimanapun, bukan mudah untuk menjadi wanita berjaya. Ada banyak cabaran wanita bekerjaya, salah satunya adalah dari segi kesihatan wanita di tempat kerja. 

Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan tentang wanita bekerja dan kesihatan diri. Ketahui apa cabaran utama wanita bekerjaya dan cara untuk atasinya!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

7 cabaran wanita bekerjaya dari segi kesihatan

Tidak dinafikan, wanita yang sibuk bekerja terpaksa menghadapi pelbagai cabaran terutamanya yang mengancam kesihatan fizikal dan emosi. 

Ada banyak perkara yang perlu dititikberatkan oleh wanita ketika bekerja, antaranya: 

1. Pantau tekanan yang dialami 

Jangan sesekali abaikan tekanan di tempat kerja.
Jangan sesekali abaikan tekanan di tempat kerja.

Antara cabaran wanita bekerjaya ialah tekanan atau stres kronik. Beban kerja yang tinggi dan stres untuk mengimbang antara keluarga dan kerjaya boleh menyebabkan stres berpanjangan

Stres bukan sahaja mempengaruhi mental wanita, ia juga boleh mengakibatkan masalah fizikal seperti sakit kepala, tekanan darah tinggi, dan keletihan yang berpanjangan.

Antara tanda tekanan berpanjangan dari segi fizikal ialah:

  • Sering sakit kepala atau migrain
  • Sakit badan
  • Rasa lemah dan tidak bertenaga
  • Selalu sakit perut atau alami masalah penghadaman
  • Selalu berdebar-debar

2. Lebih cenderung alami kegelisahan

Selain tekanan perasaan, antara cabaran wanita di tempat kerja ialah masalah mental, misalnya keresahan, kebimbangan atau kemurungan disebabkan beban kerja yang melampau. 

Malah, ada juga wanita bekerjaya yang terlalu sibuk mengejar cita-cita sehingga mengganggu kesejahteraan mental mereka.

Cabaran wanita bekerjaya 3: Sukar tidur malam

 Caption: Elakkan tabiat ini supaya anda dapat memperoleh tidur yang cukup dan berkualiti.

Caption: Elakkan tabiat ini supaya anda dapat memperoleh tidur yang cukup dan berkualiti.

Tekanan perasaan dan juga kegelisahan boleh menyebabkan wanita sukar tidur malam. 

Manakan tidak, wanita yang bekerja sehingga lewat malam atau sering membawa pulang kerja ke rumah berpotensi untuk mengalami kesukaran untuk tidur malam

Tidak cukup tidur boleh menyebabkan wanita rasa penat dan letih. Akibatnya, ia boleh mempengaruhi produktiviti dan fokus mereka di tempat kerja.

Bekerja itu penting. Tetapi, jangan lupa juga pantau kesihatan wanita di tempat kerja!

4. Jarang ambil masa untuk diri sendiri

Kesihatan wanita di tempat kerja terjejas jika mereka jarang ambil masa untuk diri sendiri. Perkara ini boleh membuatkan wanita rasa tertekan kerana tidak sempat berehat. 

Malah, masa untuk melakukan ‘self care’ juga sering diabaikan. Lama-kelamaan, wanita bukan sahaja letih, mereka juga boleh kehilangan berat badan kerana tidak makan tepat pada waktu. 

Kurang rehat boleh memberi kesan kepada kesihatan mental dan fizikal wanita, menjadikan mereka lebih cepat letih dan mudah tertekan.

Cabaran wanita bekerjaya 5: Alami masalah ketidakseimbangan hormon

Tekanan perasaan boleh membuatkan wanita alami masalah ketidakseimbangan hormon.
Tekanan perasaan boleh membuatkan wanita alami masalah ketidakseimbangan hormon.

Tekanan di tempat kerja boleh menyebabkan perubahan pada hormon dalam badan.

Ini boleh menyebabkan wanita alami masalah seperti tidak datang haid, banyak tumbuh jerawat atau peningkatan berat badan yang tidak diingini.

6. Risiko penyakit jantung meningkat

Tekanan dan gaya hidup yang sibuk boleh meningkatkan risiko penyakit jantung di kalangan wanita. 

Wanita yang kerap stres dan kurang bersenam berisiko lebih tinggi untuk mengalami tekanan darah tinggi atau tahap kolesterol yang tidak sihat.

Semua ini boleh menyebabkan risiko wanita untuk menghidap penyakit jantung meningkat. 

7. Jarang bersenam kerana terlalu sibuk

Kesibukan kerja boleh menjadi punca wanita tidak mempunyai masa untuk bersenam. 

Gaya hidup yang tidak aktif boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti obesiti, otot lemah dan meningkatkan risiko penyakit kronik.

Mengapa wanita perlu bersenam?


  • Senaman dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes dan tekanan darah tinggi. 
  • Dari segi kesihatan mental, senaman dapat mengurangkan simptom kegelisahan dan depresi. 
  • Ia juga boleh meningkatkan kualiti tidur dan membuatkan wanita lebih fokus ketika bekerja.
 

Belajar kata ‘tidak’!

Belajar kata tidak sekiranya anda menerima kerja yang boleh mendatangkan tekanan melampau di tempat kerja.
Belajar kata tidak sekiranya anda menerima kerja yang boleh mendatangkan tekanan melampau di tempat kerja.

Benar, ada banyak cabaran wanita bekerjaya, terutamanya dari segi mental dan fizikal. 

Namun, wanita perlu belajar untuk berkata ‘tidak’ pada sebarang tugasan tambahan yang boleh memudaratkan kesihatan diri. 

Penting untuk wanita bekerjaya agar tidak memaksa diri melampaui kemampuan. Dengan langkah ini, wanita boleh kekal sihat dan produktif di tempat kerja. 

Selain itu, jangan lupa amalkan gaya hidup sihat. Pastikan makanan yang diambil seimbang. Dapatkan rehat yang mencukupi dan bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu. 

Dalam pada itu, uruskan masa dengan bijak. Pembahagian masa yang teratur untuk kerja, keluarga dan diri sendiri dapat mengelakkan rasa stres dan terbeban. 

Jangan lupa, ambil cuti bila perlu untuk tenangkan fikiran dan kurangkan tekanan yang dialami. Kerja, kerja juga. Namun, jangan sesekali abaikan kesihatan wanita di tempat kerja!

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Women’s Health and Working Life: A Scoping Review. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC9859470/. Diakses pada November 1, 2024.
  2. Women’s Health at Work. https://blogs.cdc.gov/niosh-science-blog/2013/05/13/womens-health-at-work/. Diakses pada November 1, 2024.
  3. Women’s Health in the Workplace. https://www.unfpa.org/strategic-partnerships/businesses/womens-health-in-the-workplace. Diakses pada November 1, 2024.
  4. Promoting Women’s Health and Safety in the Workplace. https://www.generation.org/news/promoting-womens-health-and-safety-in-the-workplace/. Diakses pada November 1, 2024.
  5. Women’s health: How employers can prioritize wellbeing in the workplace. https://www.wtwco.com/en-us/insights/2024/09/womens-health-how-employers-can-prioritize-wellbeing-in-the-workplace. Diakses pada November 1, 2024.-

Versi Terbaru

08/11/2024

Ditulis oleh Fatin Zahra

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Ahmad Farid


Artikel Berkaitan

Awas, 5 Simptom Ini Tanda Serangan Jantung Ringan Pada Wanita, Jangan Abaikan!

10 Pekerjaan Yang Membahayakan Paru-paru, Cuba Periksa Adakah Kerja Anda Tersenarai?


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 08/11/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan