Apakah cara merawat anxiety yang terbaik? Bagi mereka yang sering alami kegelisahan, pasti anda ingin mencari jalan keluar untuk atasi anxiety.
Apakah cara merawat anxiety yang terbaik? Bagi mereka yang sering alami kegelisahan, pasti anda ingin mencari jalan keluar untuk atasi anxiety.

Sebenarnya, rasa resah atau gelisah merupakan satu perkara yang normal dalam hidup. Lagipun, semua orang ada masalah sendiri, sama ada berkaitan hubungan, kewangan atau pekerjaan masing-masing.
Bagaimanapun, berbeza pula dengan mereka yang menghidap gangguan keresahan. Individu yang mempunyai anxiety selalunya akan dihantui rasa resah yang berpanjangan.
Namun, semua perkara ada penyelesaiannya. Dalam artikel kali ini, kami akan terangkan tujuh cara menghilangkan kegelisahan dan merawat anxiety.
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Menurut pakar psikologi Dr.David H. Rosmarin, mereka yang dibelenggu rasa resah sudah tentu akan mencari cara mengatasi kegelisahan supaya mereka boleh hidup tenang, sama seperti orang lain.
Bagaimanapun, merawat anxiety bukanlah satu perkara yang mudah.
Kadangkala, hanya berfikir mengenai keresahan yang kita alami boleh menyebabkan pesakit menjadi semakin resah.
Ketahuilah, anda boleh mengalami anxiety namun masih berupaya untuk melakukan kerja atau belajar seperti biasa.
Namun, penghidap anxiety berupaya mengalami simptom fizikal disebabkan kegelisahan yang dialami. Sebab itulah, kegelisahan ini perlu diatasi.
Antara langkah yang boleh anda lakukan sebagai cara mengatasi kegelisahan ialah:

Jangan sesekali abaikan apa yang anda rasa. Tidak salah sekiranya anda ingin meluahkan apa yang terbuku dalam hati kepada ahli keluarga, rakan-rakan atau pasangan.
Selain itu, anda juga boleh menyertai kumpulan sokongan khas untuk penghidap anxiety.
Jika anda rasa malu untuk bercakap dengan orang yang tidak dikenali, menyertai kumpulan sokongan mungkin dapat membantu.
Di sini, anda boleh bercakap dengan orang lain yang mempunyai masalah sama. Malah, mereka juga boleh kongsikan cara mengatasi kegelisahan yang mungkin berkesan untuk anda.
Benar, bukan mudah untuk menangani kerisauan sendiri apabila anda menghidap anxiety.
Namun, ada cara untuk merawat anxiety, salah satunya adalah dengan menguruskan fikiran sendiri dengan teknik-teknik tertentu.
Sebagai contoh, anda boleh:

Utamakan kesihatan sekiranya anda sering berasa gelisah. Pada waktu ini, mudah untuk anda abaikan kesihatan diri kerana terlalu runsing dengan masalah yang melanda.
Jangan begitu. Kalau boleh, cuba dapatkan tidur yang cukup.
Selain itu, pastikan anda makan makanan yang sihat. Banyakkan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk memastikan kadar gula dalam darah stabil.
Anda juga boleh bersenam untuk kesihatan mental. Senaman terbukti dapat membuatkan mood kita jadi lebih baik.
Cukuplah sekadar berjalan kaki selama beberapa minit di luar rumah atau di taman rekreasi. Selepas berjalan, anda pasti dapat rasakan perbezaannya!
Emosi dan juga motivasi saling berkait rapat. Jika emosi kita tidak stabil, sudah tentulah kita akan rasa sedih, gelisah atau sunyi.
Namun, anda boleh tingkatkan mood dengan beberapa langkah mudah. Atasi anxiety dengan cara:
Banyak lagi perkara lain yang nampak mudah tetapi sangat berkesan untuk tingkatkan motivasi diri.
Anda juga boleh lakukan perkara yang anda sukai, misalnya berkebun, memancing atau membaca untuk tenangkan diri.
Apa yang penting, jangan sesekali mengalah. Pastikan anda sentiasa bersemangat untuk teruskan kehidupan dan atasi kegelisahan yang dialami.
Latihan pernafasan dapat membantu anda untuk fokus pada perkara yang penting. Ada beberapa bentuk latihan pernafasan yang boleh anda lakukan untuk mengurangkan stres.
Salah satu latihan pernafasan yang boleh anda lakukan adalah resonance breathing atau coherent breathing untuk lebih tenang.
Diari boleh menjadi tempat selamat untuk anda luahkan segalanya tanpa sebarang komen negatif daripada orang lain.
Dalam pada itu, diari atau catatan harian juga boleh menjadi salah satu cara untuk anda tulis sebarang masalah yang boleh mencetuskan kegelisahan.
Selepas ini, anda lebih cakna mengenai diri sendiri dan tahu cara yang terbaik untuk atasi anxiety sekiranya ia berlaku lagi pada masa hadapan.
Jangan lupa, tuliskan juga perkara-perkara yang membuatkan anda rasa seronok dan gembira.
Diari tidak semestinya menjadi tempat kita tulis mengenai perkara-perkara yang tidak menyeronokkan semata-mata.
Ia juga boleh menjadi tempat kita luahkan mengenai kejayaan-kejayaan kecil yang berjaya dicapai setiap hari.

Akhir sekali, jika semua cara mengatasi kegelisahan yang anda cuba praktikkan tidak menjadi, mungkin sudah tiba masanya untuk anda berjumpa dengan pakar untuk sesi kaunseling atau terapi.
Pakar dapat membekalkan anda dengan kaedah terbaik untuk menangani kegelisahan. Mereka juga dapat membantu anda mengenal diri supaya anda tahu apakah pencetus kegelisahan yang dialami.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Versi Terbaru
30/09/2024
Ditulis oleh Fatin Zahra
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Diperbaharui oleh: Ahmad Farid
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor