Apabila terdapat gumpalan lemak pada kawasan kulit tertentu, masalah selulit mungkin akan berlaku. Persoalannya, bagaimana pula cara menghilangkan selulit merah yang ada di tubuh badan? Jom baca artikel!
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Apabila terdapat gumpalan lemak pada kawasan kulit tertentu, masalah selulit mungkin akan berlaku. Persoalannya, bagaimana pula cara menghilangkan selulit merah yang ada di tubuh badan? Jom baca artikel!
Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Kulit, anda boleh klik di sini.
Buat anda yang belum tahu, selulit merupakan kondisi di mana kulit berpermukaan tidak rata, bergaris, bergelombang dan biasa muncul pada bahagian kulit penuh lemak lantas menjejaskan imej individu.
Antara kawasan kulit yang biasa terjadinya masalah ini adalah pada punggung, paha, perut, pinggang, lengan dan lain-lain bahagian kulit dengan gumpalan lemak berlebihan terutama bagi mereka yang gemuk.
Kebiasaannya, selulit berwarna putih atau mungkin lebih cerah daripada kulit tetapi ada juga yang berwarna merah di mana selulit tersebut masih baru. Jadi, jangan rasa terkejut kalau ia muncul dengan warna ini!
Perkara lain yang anda perlu tahu, selulit itu tetap sama tanpa kira di mana tempat dan apa warna ia akan muncul pada tubuh badan anda. Sama juga dengan gejala, simptom, kesan dan punca selulit merah.
Jadi, bagaimana cara menghilangkan selulit merah pada tubuh badan? Adakah ia benar boleh pudar?
Kesan selulit merah akan menjejaskan penampilan sekali gus mengurangkan tahap kecantikan dan keyakinan anda. Ia harus dirawat dan diberi perhatian dengan mengamalkan terapi-terapi yang berikut:
Terapi yang paling umum dan utama untuk segala jenis masalah kulit adalah dengan menggunakan laser. Terapi yang dikenali dengan nama Cellulaze ini akan menggunakan radiasi cahaya laser ke dalam selulit.
Tujuannya adalah bagi memecahkan jaringan ikatan di bawah kulit yang menyebabkan selulit, di samping membantu menebalkan kulit dalam usaha bagi mengelakkan munculnya masalah ini pada masa akan datang.
Sebagai alternatif efektif lain, turut wujud terapi yang menggunakan suhu dingin untuk memecahkan sel lemak punca selulit, yakni terapi suhu dingin (Cryolipolysis) untuk membekukan serta memecahkan selulit.
Apabila sel-sel lemak penyebab selulit ini beku dan pecah, maka struktur lain pada kulit juga mungkin bakal terhindar daripada kecederaan sekali gus meratakan permukaan kulit anda, namun kesannya tidak kekal.
Selain daripada terapi tersebut, wujud satu lagi jenis terapi yang dipercayai mampu untuk mengurangkan selulit iaitu gelombang akustik (Acoustic Wave Therapy), dengan menghasilkan getaran di kawasan selulit.
Getaran tadi mampu berfungsi memecahkan jaringan ikatan selulit di bawah kulit tetapi mungkin masih harus dibuat beberapa kali serta sesi untuk dilihat kesan selulit merah ini boleh pudar atau hilang sepenuhnya.
Selain itu, ada juga cara menghilangkan selulit merah dalam bentuk terapi dengan menggunakan jarum!
Cara terapi ini dijalankan adalah dengan menggunakan jarum untuk dimasukkan tepat ke dalam selulit pada kulit bagi memutuskan jaringan ikatan selulit. Namun, prosedur ini tidak menyakitkan kerana ada ubat bius.
Di samping anda mengamalkan terapi-terapi di atas tadi, terdapat beberapa lagi amalan yang kalian kena buat untuk memudarkan sekali gus menghilangkan selulit merah di tubuh badan, seperti berikut:
Konklusinya, ada banyak cara menghilangkan selulit merah yang anda boleh cuba namun, bukan semuanya akan berjaya atau berkesan. Dapatkan maklumat dan nasihat lebih lanjut daripada pakar dermatologi tentangnya!
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Disemak secara perubatan oleh
Panel Perubatan Hello Doktor
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen