Miss V gatal memang sangat mengganggu! Bahkan, sebilangan besar kaum wanita pernah dan berterusan mengalaminya sehingga menimbulkan ketidakselesaan serta mengganggu kehidupan harian mereka.
Apa yang memburukkan lagi keadaan, anda sendiri tidak tahu penyebab kemaluan gatal pada malam hari mahupun sewaktu siang, termasuk pagi atau petang.
Miss V gatal boleh terjadi atas pelbagai sebab. Ia mungkin berkait rapat dengan kebersihan alat sulit, cara mencuci bahagian intim wanita, alahan atau yang lebih ditakuti lagi akibat jangkitan kelamin!
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Jadi… apa punca miss V gatal?
Antara penyebab utama ramai kaum wanita mengalami masalah kegatalan pada faraj mereka adalah:
Punca miss V gatal #1. Jangkitan yis
Salah satu masalah yang paling biasa dialami wanita ketika mereka mengalami gatal-gatal pada faraj adalah disebabkan jangkitan yis.
Sekitar 75% wanita akan mengalami sekurang-kurangnya 1 kali jangkitan yis sepanjang hayat mereka.1
Jangkitan yis sama seperti namanya, membawa maksud pertumbuhan kulat jenis Candida secara berlebihan di bahagian faraj, yang tidak sepatutnya berlaku dan boleh menyebabkan ketidakselesaan.2
Selain gatal di bibir kemaluan pada wanita, simptom jangkitan yis yang lain termasuk lelehan (discharge) yang tebal dan putih seakan yogurt dan mengalami sensasi terbakar ketika anda kencing atau ketika bersetubuh.2
Sekiranya gejala masih tidak hilang setelah rawatan awal, pastikan anda berjumpa dengan doktor ya!
#2. Vaginosis bakteria
Berbeza dengan jangkitan yis, vaginosis bakteria sebenarnya bukan jangkitan.
Ia berlaku apabila keseimbangan semula jadi bakteria di dalam faraj terjejas, maka pertumbuhan berlebihan bakteria tertentu akan menyebabkan beberapa gejala, termasuk miss V gatal.3
Selain faraj gatal dan pedih, vaginosis bakteria sering menunjukkan simptom lain seperti lelehan keputihan yang berbau hanyir.3
Sekiranya anda mengalami gejala-gejala ini, temui doktor segera untuk mendapatkan preskripsi antibiotik yang akan membantu mengembalikan keseimbangan bakteria baik di dalam faraj.
#3. Miss V gatal sebab tukar sabun atau membeli seluar dalam baru
Bibir faraj gatal, tetapi anda tidak mengalami sebarang gejala berkaitan jangkitan yis atau vaginosis bakteria.
Cuba fikir: “Apa perubahan yang saya lakukan dalam rutin kebersihan atau pakaian dalam sejak akhir-akhir ini?”
Ini kerana perubahan produk tertentu boleh menyebabkan kondisi yang disebut sebagai dermatitis kontak, di mana kulit anda bertindak balas terhadap alergen atau perengsa seperti:4
- Sabun
- Seluar dalam
- Losen
- Pewarna
- Detergen
- Tuala wanita
Setelah berjaya mengenal pasti perubahan baru yang menjadi punca gatal di bibir kemaluan pada wanita, hentikan penggunaannya segera dan biasanya, masalah kegatalan anda akan mulai reda.
Bagi penggunaan seluar dalam pula, panties yang diperbuat daripada material 100% kapas amat disarankan untuk membolehkan faraj ‘bernafas’ dengan lebih baik.5
#4. Melalui fasa menopaus
Bagi kaum Hawa yang sedang menghampiri atau berada pada usia di mana menopaus mula berlaku, menurut North American Menopause Society, miss V gatal mungkin terjadi akibat perubahan hormon semasa dan selepas putus haid.6
Selepas menopaus, perubahan hormon para wanita boleh menyebabkan kekeringan faraj dan penipisan kulit, yang disebut atrofi faraj (vaginal atrophy).6
#5. Anda mungkin mengalami… jangkitan kelamin!
Walaupun jarang berlaku, masalah jangkitan kelamin (STI) merupakan antara penyebab yang difikirkan oleh pakar sakit puan apabila anda mengalami masalah miss V gatal.4
Trichomoniasis adalah jangkitan pada alat kelamin yang disebabkan oleh bakteria Trichomonas vaginalis (T.V).
Trichomoniasis kebiasaannya menyebabkan wanita mengalami keputihan yang tidak normal seperti berwarna hijau atau kuning dan berbau busuk.7
Simptom infeksi ini selalunya menjadi lebih teruk ketika haid atau selepas haid anda berakhir.8
Rawatan trich terdiri daripada ubat oral. Penghidap jangkitan boleh sembuh setelah mengambil rawatan dalam masa yang singkat, namun berisiko untuk dijangkiti semula.
- Jangkitan yis
- Vaginosis bakteria
- Alahan terhadap produk
- Menopaus
- Jangkitan kelamin
Bagaimana cara hilangkan gatal di faraj?
Cara paling mudah untuk mengatasi masalah gatal di bibir kemaluan pada wanita adalah dengan mengutamakan kebersihan.
Wanita perlu mengutamakan kebersihan diri terutamanya di kawasan intim kerana ia dianggap sebagai mahkota peribadi wanita.
Sekiranya anda menjaga kebersihan faraj dengan baik, vagina akan menjadi lebih sihat dan anda tidak lagi rasa gatal-gatal.
Salah satu cara hilangkan gatal di faraj dan untuk memastikan kebersihan miss V anda adalah dengan menggunakan pembersih wanita.
Terdapat pelbagai jenis pencuci faraj wanita di pasaran Malaysia. Namun, untuk memastikan kesihatan faraj anda terpelihara, pilihlah produk yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
Produk pembersih wanita, Sumber Ayu diformulasi dengan ekstrak Daun Sirih yang bertindak sebagai antiseptik semula jadi.
Selain diperbuat daripada bahan semula jadi, faktor pH sesebuah produk pencuci bahagian intim juga penting untuk dipertimbangkan.
Penggunaan sabun biasa dengan nilai pH yang tidak sesuai dengan vagina boleh memudaratkan kesihatan miss V wanita.9
Pembersih wanita Sumber Ayu telah diuji oleh pakar wanita dan mempunyai kadar pH 3.5 sesuai dengan pH semula jadi faraj wanita. Justeru, produk pembersih wanita ini diyakini selamat untuk melindungi bahagian intim wanita yang sensitif.
Lebih menarik lagi, salah satu keluaran pembersih wanita BAHARU dari Sumber Ayu diformulasi dengan ekstrak Kacip Fatimah! Herba traditional ini dikenali ramai memberi banyak manfaat kepada wanita. Dengan itu,ia dapat membantu menjaga kesihatan faraj, mengawal kitaran haid dan melindungi faraj daripada jangkitan bakteria.
Bukan itu sahaja, Sumber Ayu juga dapat membantu mengurangkan masalah keputihan selain mengekalkan kebersihan, kesegaran, keselesaan dan meredakan kerengsaan faraj wanita.
Jadi, tunggu apa lagi? Dapatkan produk pembersih faraj anda di sini sekarang!
Kesimpulan
Masalah gatal di bibir kemaluan pada wanita merupakan suatu kondisi normal dan bukanlah suatu perkara yang memalukan.
Akan tetapi, jika keadaan miss V gatal masih berlarutan, segera lakukan konsultasi bersama doktor kerana dikhuatiri terdapat masalah yang lebih serius yang perlu dikenal pasti.
[embed-health-tool-ovulation]