1. Rendam panties dalam air sejuk selepas guna
Selepas memakai seluar dalam, pastikan anda basuh atau rendam seluar dalam secepat mungkin. Dengan cara ini, keputihan dapat ditanggalkan sebelum ia melekat pada permukaan seluar dalam.
Anda juga boleh rendam panties dalam baldi bersama-sama pencuci baju. Kemudian, basuh seperti biasa menggunakan mesin basuh atau dengan cucian tangan.
2. Gunakan pencuci yang mempunyai enzim

Pencuci baju yang mempunyai enzim boleh menghilangkan kesan keputihan dan darah dengan mudah. Sebelum basuh, sapukan pencuci pada kawasan yang terjejas. Kemudian, basuh seperti biasa.
Selain itu, anda juga boleh gunakan hidrogen peroksida. Ia merupakan bahan yang boleh menanggalkan kesan degil pada baju. Pertama sekali, basuh seluar dalam dengan air sejuk. Kemudian, sapukan hidrogen peroksida pada kesan keputihan.
Jika anda ingin menggunakan sesuatu yang lebih lembut pada baju, campuran soda penaik dan lemon mungkin dapat membantu. Walau bagaimanapun, ia tidaklah sekuat pencuci yang mengandungi enzim atau hidrogen peroksida.
Oleh sebab itu, anda mungkin perlu mengaplikasikannya beberapa kali. Tetapi, pastikan anda bilas dahulu seluar dalam sebelum memasukkannya ke dalam mesin basuh.
Tip: Untuk elakkan penyahwarnaan, hindari penggunaan mesin pengering. Sidai baju di bawah cahaya matahari sekejap bagi mencegah warna pakaian mudah luntur.
3. Gunakan pantyliner untuk elak seluar dalam koyak
Penggunaan pantyliner dapat membantu menghasilkan satu ‘pemisah’ antara keputihan dan juga seluar dalam. Tidak dinafikan, penggunaan pantyliner merupakan satu solusi yang mudah untuk elak seluar dalam terkoyak disebabkan keputihan.
Walau bagaimanapun, bukan semua wanita sesuai memakai pantyliner. Ada yang akan alami kegatalan malahan jangkitan.
Keburukan memakai <em>pantyliner</em>:
- Pantyliner boleh dipakai sebelum atau selepas haid. Walau bagaimanapun, ia tidak sesuai untuk pendarahan berat.
- Permukaan pantyliner boleh bergesel dengan vagina dan menyebabkan kegatalan.
- Pantyliner yang mengandungi pewangi boleh menyebabkan iritiasi pada permukaan faraj yang sensitif.
Jika anda tidak mempunyai sebarang masalah ketika memakai pantyliner, anda boleh teruskan penggunaannya seperti biasa.
Namun, jika anda alami kegatalan, berhenti serta-merta. Pantyliner boleh menghalang peluh daripada kering. Jika tidak ditukar dengan kerap, ia boleh menyebabkan jangkitan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen