backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan
Tanya Doktor
Simpan
Senarai kandungan

Ujian Saringan Wanita, Penting Ke? Apakah Tanda & Gejala Yang Memerlukan Pemeriksaan?

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/10/2021

Ujian Saringan Wanita, Penting Ke? Apakah Tanda & Gejala Yang Memerlukan Pemeriksaan?

Menjaga kesihatan bukanlah perkara sukar untuk dilakukan, namun ia memerlukan sedikit usaha dan keazaman. Selain mengamalkan gaya hidup dan diet sihat, ujian kesihatan wanita juga perlu dilakukan secara berkala!

Kalian mungkin sering meluangkan masa dan tenaga untuk menjalani gaya hidup sihat seperti bersenam, menguruskan tekanan diri, dan memilih makanan yang berkhasiat.

Pun begitu, menjalani pemeriksaan kesihatan secara rutin juga perlu diutamakan agar sebarang kelainan dapat dikesan lebih awal!

Keperluan ujian kesihatan wanita pula sering kali berubah seiring dengan pertambahan usia.

Walaupun kedengaran agak renyah, melakukan ujian saringan dan pemeriksaan kesihatan secara berkala dapat menyelamatkan nyawa anda!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkan di sini.   

Ujian saringan

Anda pasti biasa mendengar pepatah yang mengatakan, mencegah lebih baik daripada mengubati bukan?

Mendapatkan pemeriksaan kesihatan lebih awal dapat bantu mengenal pasti sebarang penyakit kronik seperti kanser, kencing manis dan osteoporosis.

Tambah lagi, ujian kesihatan wanita berupaya mengesan penyakit bahkan sebelum anda mula mengalami sebarang simptom.

Jenis pemeriksaan yang diperlukan pula akan bergantung pada usia, sejarah keluarga, sejarah kesihatan anda sendiri, dan faktor risiko lain.

Tanda & gejala

#1 Panas badan (hot flashes)

perimenopause

Hot flashes adalah sensasi panas badan yang dirasai secara tiba-tiba di sekitar bahagian atas tubuh seperti di muka, leher dan dada.

Kulit mungkin akan memerah, dan hot flashes juga membuatkan anda berpeluh.

Berpeluh malam (night sweats) juga adalah panas badan yang berlaku pada waktu malam, dan berupaya mengganggu tidur anda.

Walaupun kondisi perubatan lain turut boleh memicunya, hot flashes biasanya diakibatkan oleh menopaus.

Selain merasai kepanasan di bahagian atas badan dan pada waktu malam, penghidap juga mungkin alami:

  • Degupan jantung yang cepat
  • Sejuk menggigil akibat kehilangan haba badan
  • Berasa cemas

#2 Kemurungan

Depresi, kondisi mental yang mampu mempengaruhi setiap aspek kehidupan wanita, termasuk kesihatan fizikal, kehidupan sosial, hubungan, kerjaya, dan harga diri.

Ia juga dirumitkan lagi oleh faktor-faktor seperti hormon reproduktif, tekanan sosial, dan tindak balas unik wanita terhadap tekanan.

Walau bagaimanapun, ketahuilah bahawa anda tidak keseorangan! Wanita juga punyai risiko 2 kali lebih besar berbanding lelaki untuk menderita kemurungan.

Antara gejala depresi yang boleh dikenal pasti, merangkumi:

  • Perasaan tidak berdaya dan putus asa
  • Tidak lagi suka lakukan perkara yang diminati seperti hobi
  • Perubahan selera makan, hingga berlakunya penurunan atau kenaikan berat badan yang ketara
  • Perubahan pada corak tidur
  • Rasa marah, cemas, atau gelisah
  • Selalu berasa letih, lesu, dan kehabisan tenaga
  • Sukar menumpukan perhatian, membuat keputusan, atau mengingati sesuatu
  • Sering alami kesakitan; sakit kepala, kekejangan, sakit payudara, atau kekembungan
  • Punyai pemikiran untuk membunuh diri

#3 Haid tidak teratur

Tempoh masa yang normal bagi kitaran haid wanita adalah selama 28 hari, tetapi ia juga berbeza buat setiap individu.

Haid tidak teratur berlaku apabila kitaran anda berlangsung lebih dari 35 hari, atau alami durasi yang berbeza-beza.

Contoh masalah haid yang lain turut merangkumi:

  • Tidak datang haid selama 3 kali atau lebih secara berturut-turut
  • Aliran haid yang lebih berat atau lebih ringan berbanding biasa
  • Haid yang berlangsung lebih dari 7 hari
  • Haid dengan rasa sakit, kekejangan, loya atau muntah
  • Pendarahan atau tompokan yang berlaku antara haid, selepas menopaus atau hubungan seks
  • Haid yang tidak teratur, juga disebut sebagai oligomenorea, juga boleh dipicu oleh pengambilan kontrasepsi, faktor ketidakseimbangan hormon, perubahan hormon sekitar waktu menopaus, dan aktiviti senaman berlebihan.

    #4 Insomnia

    Insomnia merupakan salah satu gangguan tidur yang sering dilaporkan.

    Satu perempat wanita mengalami beberapa gejala insomnia, seperti kesukaran tidur, masalah untuk kekal lelap, atau kedua-duanya.

    Tambahan itu, kira-kira 1 dari 7 orang dewasa mengalami insomnia yang kronik (berjangka panjang).

    Insomnia kronik berupaya mempengaruhi kemampuan anda melakukan tugas harian seperti bekerja, pergi ke sekolah, atau menjaga diri sendiri.

    Insomnia juga lebih kerap menimpa golongan wanita, terutamanya yang lebih tua, berbanding kaum lelaki.

    #5 Perubahan mood

    Perubahan mood, istilah ini boleh merujuk kepada perubahan mood harian, sama ada yang kecil atau signifikan seperti yang dilihat dengan gangguan mood; major depression atau bipolar depression.

    Perubahan mood turut berlaku dalam kalangan wanita yang menderita sindrom pramenstruasi (PMS) atau premenstrual dysphoric disorder.

    Selain itu, dalam fasa peralihan menopaus, khususnya pada waktu permulaan menopaus (perimenopause), perubahan mood turut dikaitkan pada sesetengah wanita.

    Tidak terhenti di situ, ia juga dapat dilihat dengan kondisi lain termasuklah schizophrenia, attention deficit hyperactivity disorder, dementia, dan tiroid.

    #6 Kenaikan berat badan

    mempunyai obesiti

    Apabila pengambilan kalori bertambah atau aktiviti senaman dikurangkan, kenaikan berat badan pastinya tidak mustahil untuk berlaku, kan?

    Tetapi bagaimana pula jika anda masih mengekalkan rutin senaman dan diet yang sama, namun berat badan masih naik?

    Perlu anda tahu, selain faktor pemakanan atau senaman, kenaikan berat badan juga boleh disebabkan:

    • Tidak cukup tidur
    • Stres
    • Hipotiroidisme
    • Sindrom Cushing
    • Pengambilan ubat antidepresi
    • Pengambilan steroid
    • Pengambilan ubat-ubatan yang akibatkan pertambahan berat
    • Sindrom ovari polisistik (PCOS)

    Pemeriksaan & ujian kesihatan wanita 

    Antara jenis ujian pemeriksaan yang perlu dijalani (mengikut keperluan dan pengesyoran doktor) oleh kaum Hawa secara berkala meliputi:

    1. Pemeriksaan faraj, dijalankan untuk memeriksa sebarang kelainan atau pertumbuhan abnormal di dalam faraj.
    2. Pap smear, juga dikenali sebagai ujian Pap, adalah prosedur untuk menguji kehadiran kanser serviks. Pap smear melibatkan pengambilan dan pengujian sel dari serviks wanita.
    3. Ultrabunyi transvaginal, juga dikenali sebagai ultrabunyi endovaginal merupakan sejenis ultrabunyi pelvis yang digunakan oleh doktor untuk memeriksa organ pembiakan wanita. Organ ini merangkumi rahim, ovari, tiub fallopio, serviks, dan faraj.

    Jumpa doktor

    Secara umumnya, para wanita harus menjalani ujian kesihatan setiap tahun, bermula pada usia 21 tahun.

    Ya, kalian mungkin berasa sihat dan tidak merasakan keperluan untuk melakukannya. Pun begitu, bukankah mencegah itu lebih baik daripada merawat?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 27/10/2021

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan