Cara menyeimbangkan hormon: Diet Ayurveda
Kebiasaannya, amalan pola pemakanan yang disyorkan oleh pengamal Ayurveda kepada pesakit PCOS adalah serupa dengan diet yang mungkin dicadangkan oleh doktor sebagai cara menyeimbangkan hormon, termasuk:
Terapi Ayurveda
Kajian yang diadakan pada tahun 2012 telah menunjukkan bahawa program yoga berdurasi selama 12 minggu bantu mengurangkan simptom kegelisahan dalam kalangan gadis remaja yang memiliki masalah PCOS.
Justeru, pengamal Ayurveda mengesyorkan gaya yoga, juga digelar sebagai ‘asanas’, seperti:
- Putaran Bharadvaja (Bharadvajasana)
- Gaya Mill Churning (Chakki Chalanasana)
- Gaya Corpse (Shavasana)
- Gaya Reclining Butterfly (Supta Baddha Konasana)
Tambahan itu, pengamal juga mengesyorkan latihan meditasi dan pernafasan, yang dikenali sebagai ‘pranayamas’ untuk bantu menghilangkan tekanan.
Perubatan Ayurveda untuk masalah kesuburan PCOS

Subfertility adalah berbeza dengan infertility (kemandulan).
Untuk pengetahuan pembaca, subfertility didefinisikan ‘kelewatan’ dalam menimang cahaya mata walaupun telah berusaha untuk hamil dan ia boleh menjadi antara gejala PCOS!
Oleh itu, beberapa penyelidikan klinikal telah fokus pada perubatan Ayurveda terhadap subfertility.
Misalnya, kajian pada tahun 2017 terhadap 15 orang pesakit PCOS telah memerhatikan Vamana Karma (muntah terapeutik), bersama dengan pemberian Yoga-Ikshwaaku seed powder, diikuti oleh Shatapushpadi Ghanavati (formulasi gabungan).
Para penyelidik menentukan bahawa proses ini mungkin berkesan dalam meningkatkan peluang persenyawaan dalam kalangan pesakit PCOS.
Menurut kajian tahun 2010 terhadap 40 peserta yang mengalami subfertility pula, masalah kesuburan yang disebabkan PCOS dapat diselesaikan dengan program 6 bulan:
- Shodhana (prosedur detoksifikasi dan penyucian)
- Shamana (rawatan paliatif untuk mengurangkan ketidakselesaan dan melegakan simptom)
- Tarpana (tawaran yang dibuat untuk entiti yang ‘berkuasa’)
Dapatkan khidmat nasihat doktor sebelum mencuba!

Sekiranya anda sedang mempertimbangkan Ayurveda atau opsyen rawatan alternatif lain untuk PCOS, rujuk doktor atau pakar sakit puan terlebih dahulu ya!
Mereka mengetahui perincian kesihatan anda dan sebarang risiko interaksi yang mungkin berlaku dengan ubat-ubatan yang sedang diambil.
Doktor juga boleh menyesuaikan rancangan perubatan PCOS dengan kemungkinan untuk menggabungkan Ayurveda, menghasilkan rawatan yang bersesuaian untuk anda.
Di sini, dapat kita lihat rawatan Ayurveda untuk wanita PCOS biasanya fokus kepada:
- Terapi, seperti yoga dan senaman pernafasan
- Ramuan herba, seperti ashwagandha dan kunyit
- Gaya hidup, meningkatkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran, dan biji-bijian di samping mengurangkan pengambilan lemak tepu, garam, dan gula halus
Ayurveda boleh menjadi rawatan yang dapat bantu melegakan simptom PCOS, yang melibatkan penggunaan herba untuk meningkatkan kesuburan dan sebagai cara menyeimbangkan hormon.
Jika dilihat, pengamalan rawatan alternatif ini tidak kurang bezanya dengan saranan para doktor berkaitan gaya hidup dan pola pemakanan yang sihat.
Jadi, tiada salahnya mencuba, kan? Namun sebelum itu, dapatkan keizinan daripada doktor bertauliah dahulu okey!
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen