Selain pengambilan ubat, mengamalkan makanan untuk kesuburan wanita juga boleh membantu. Teruskan pembacaan anda untuk mengetahui lebih lanjut mengenainya.
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Makanan untuk kesuburan wanita
Menurut kajian yang dilakukan oleh Harvard Medical School, terdapat satu kaitan yang sangat jelas di antara diet dan kesuburan.
Dalam erti kata yang lain, anda boleh meningkatkan fungsi ovulasi anda tanpa bantuan ubat-ubatan jika anda tahu makanan apa yang perlu atau tidak perlu dimakan.
Berikut merupakan perubahan diet yang perlu anda ikuti untuk meningkatkan kesuburan anda.
Karbohidrat kompleks
Anda perlu makan lebih banyak karbohidrat kompleks tetapi elakkan daripada karbohidrat yang diproses.
Ini kerana badan anda sangat cepat dalam menghadam karbohidrat yang tidak bagus seperti yang terdapat dalam makanan seperti biskut, roti, kek lalu menukarkannya kepada gula dalam darah.
Ini mungkin akan menjejaskan fungsi pankreas yang menghasilkan insulin ke dalam saluran darah agar kandungan gula dalam darah akan menurun.
Sementara itu, badan anda tidak akan menghadam terlalu cepat karbohidrat yang bagus seperti yang terdapat dalam buah-buahan, sayur-sayuran, gandum atau dalam makanan yang mempunyai serat serta mempunyai kesan yang sedikit terhadap kandungan gula dalam badan dan insulin.
Kajian juga menunjukkan bahawa ovulasi akan terjejas sekiranya terdapat kehadiran insulin yang tinggi.
Lemak yang tidak tersaturasi
Antara jenis makanan yang perlu dielakkan untuk hamil adalah kesemua lemak trans dan mengambil lebih banyak lemak yang tidak tersaturasi kerana ia lebih menyihatkan.
Makanan seperti snek yang diproses, kentang goreng atau apa-apa makanan hasil pemprosesan daging haiwan adalah kaya dengan lemak trans yang boleh meningkatkan kadar penghasilan insulin.
Insulin akan membantu glukosa berpindah daripada saluran darah ke sel. Peningkatan insulin bermakna glukosa akan mengalami kesukaran untuk berpindah ke dalam sel.
Ini menyebabkan pankreas akan menghasilkan lebih banyak insulin lalu mengakibatkan kadar insulin menjadi tinggi dalam saluran darah. Ini akan mengakibatkan gangguan metabolik yang akan menjejaskan ovulasi.
Baca juga: