Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/05/2021

    Alami Kegelisahan Setiap Kali Nak Period? Usah Bimbang, Ada Cara Untuk Atasinya

    Betul ke rasa gelisah boleh menjadi salah satu tanda nak period atau lebih dikenali sebagai sindrom pramenstruasi, PMS? Ikuti penjelasan lanjut dalam perkongsian artikel ini.

    Rasa gelisah: Tanda nak period?

    Perasaan kegelisahan sebelum haid boleh menjadi gejala PMS atau gangguan dysphoric pramenstruasi (PMDD).

    Masalah berkaitan kesihatan mental sedia ada juga boleh bertambah buruk semasa kitaran haid.

    Sejujurnya, kita jarang mendengar rasa gelisah dikaitkan sebagai simptom utama PMS, kan?

    Ia berbeza sekali dengan masalah kekejangan mahupun kembung perut yang sering dialami sebagai tanda nak period.

    Hakikatnya, kegelisahan yang terjadi boleh wujud dalam pelbagai bentuk. Namun antara keadaan yang paling kerap terjadi adalah seperti:

    • Kerisauan yang berlebihan
    • Rasa gementar
    • Wujud tekanan atau ketegangan

    Secara umum, PMS ditakrifkan sebagai gabungan kedua-dua gejala fizikal dan psikiatri yang berlaku semasa fasa luteal dalam kitaran haid anda.

    Fasa luteal akan bermula selepas ovulasi dan berakhir pada hari pertama darah haid keluar – biasanya berlangsung sekitar 2 minggu.

    Dalam tempoh tersebut, banyak perubahan emosi daripada ringan hingga sederhana akan terjadi.

    Sekiranya gejala dialami teruk, ia menunjukkan gangguan yang lebih serius, seperti PMDD.

    Punca kegelisahan sebelum haid

    Rasa gelisah adalah tanda PMS yang menjejaskan hampir 30-80% individu yang mengalami haid.

    Sehingga ke saat ini, para pengkaji masih tidak dapat memahami sepenuhnya mengapa kegelisahan mempunyai kaitan dengan tanda nak period.

    Walau bagaimanapun, ia dipercayai terjadi disebabkan perubahan tahap hormon dalam tubuh.

    Pada asasnya, tubuh anda akan bersiap sedia untuk kehamilan dengan meningkatkan pengeluaran hormon selepas ovulasi.

    Pun begitu, apabila telur yang tidak disenyawakan, tahap hormon tersebut menurun dan anda akan mengalami pendarahan haid.

    tanda nak period

    Perubahan hormon yang naik turun ini boleh menjejaskan neurotransmitter di otak anda, seperti serotonin dan dopamin – yang berkaitan dengan pengawalan emosi.

    Ia mungkin sebahagian penjelasan berhubungan perubahan gejala psikologi yang melibatkan kemurungan, rasa gelisah dan perubahan emosi yang berlaku sebagai tanda nak period.

    Masih sukar untuk dijelaskan mengapa sesetengah individu mengalami gejala PMS lebih teruk berbanding yang lain.

    Tetapi keadaan tersebut mungkin terjadi kerana mereka lebih sensitif terhadap naik turun hormon, yang disebabkan faktor genetik.

    Ada faktor lain?

    Rasa gelisah pramenstruasi yang teruk kadang-kadang boleh menjadi petunjuk premenstrual dysphoric disorder (PMDD) atau premenstrual exacerbation (PME).

    PMDD

    PMDD adalah gangguan emosi yang mempengaruhi sehingga 5% individu yang haid.

    Simptom yang dialami biasanya amat teruk sehingga mengganggu kehidupan seharian anda. Ia boleh merangkumi keadaan seperti:

    • Perasaan mudah marah dan kejengkelan yang boleh menjejaskan hubungan anda
    • Rasa sedih/ berputus asa
    • Berasa tertekan/ kegelisahan
    • Rasa dipinggirkan/ terikat
    • Perubahan emosi/ kerap menangis
    • Kurang berminat dalam sebarang aktiviti/ perhubungan
    • Sukar untuk berfikir/ memberikan tumpuan
    • Keletihan/ tenaga yang lemah
    • Keinginan untuk makan/ binge eating
    • Kesukaran untuk tidur
    • Rasa tidak terkawal
    • Simptom fizikal seperti kekejangan, kembung perut, payudara sensitif, sakit kepala atau sakit sendi mahupun otot

    PMDD berkait rapat dengan gangguan kesihatan mental yang sudah ada sebelumnya.

    Sekiranya anda mempunyai sejarah peribadi atau keluarga berkaitan kegelisahan atau kemurungan, risiko untuk mengalami PMDD adalah lebih tinggi.

    PME

    PME pula mempunyai kaitan rapat dengan PMDD.

    Ia terjadi apabila keadaan sedia ada seperti gangguan kegelisahan umum, meningkat semasa fasa luteal dalam kitaran haid anda.

    Keadaan lain yang boleh menyebabkan peningkatkan rasa gelisah sebelum haid termasuklah:

    sebelum haid

    Secara mudahnya, perbezaan antara PMDD dan PME adalah individu dengan PME mengalami gejala sepanjang bulan.

    Keadaan tersebut akan bertambah buruk menjelang minggu-minggu tanda nak period.

    Tip atasi rasa gelisah

    Terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk mengurangkan kegelisahan sebelum haid dan gejala PMS yang lain.

    Kebanyakannya akan melibatkan perubahan gaya hidup dan amalan diet pemakanan anda.

    Tetapi jangan panik! Setiap kaedah tidaklah drastik.

    Bahkan sebenarnya, anda sudah pun melakukan langkah pertama – iaitu kesedaran diri.

    Dengan mengenal pasti bahawa rasa gelisah terjadi berkaitan kitaran haid, pastinya membantu anda untuk mempersiapkan diri dengan lebih baik bagi menangani gejala yang muncul.

    Antara perkara yang boleh membantu mengatasi kegelisahan tersebut adalah:

    1. Senaman aerobik

    Berdasarkan kajian menunjukkan, individu yang bersenam secara berkala sepanjang bulan akan mempunyai gejala PMS yang lebih baik.

    Mereka yang kerap bersenam adalah kurang cenderung untuk mengalami perubahan mood dan tingkah laku seperti rasa gelisah, kemurungan dan masalah untuk menumpukan perhatian.

    Senaman juga dapat mengurangkan gejala fizikal yang menyakitkan.

    2. Teknik relaksasi

    Menggunakan teknik ini untuk mengurangkan tekanan dapat membantu mengawal kegelisahan pramenstruasi anda.

    Teknik ini biasanya termasuk yoga, meditasi dan terapi urutan.

    3. Tidur

    Sekiranya kesibukan tugasan harian menjejaskan tabiat tidur, sudah tiba masanya untuk anda mengutamakan konsistensi.

    Selain daripada tempoh tidur yang mencukupi, anda juga disarankan untuk mencipta jadual bangun dan tidur pada waktu yang sama setiap hari, termasuklah pada hujung minggu.

    kegelisahan

    4. Diet pemakanan

    Perbanyakkan pengambilan makanan tinggi karbohidrat kompleks – seperti gandum penuh dan sayuran berkanji.

    Ia dapat mengurangkan gangguan emosi dan keinginan makan ketika wujud rasa gelisah semasa PMS.

    Anda juga mungkin ingin mengambil makanan kaya kalsium seperti yogurt dan susu.

    5. Vitamin

    Kajian mendapati kalsium dan vitamin B6 dapat mengurangkan gejala fizikal dan psikologi sebelum haid.

    Perkara yang perlu dihadkan

    Terdapat juga beberapa perkara tertentu yang boleh mencetuskan gejala tanda nak period.

    Dalam tempoh 1 atau 2 minggu sebelum haid, anda dinasihatkan untuk mengehadkan pengambilan:

    • Alkohol
    • Kafein
    • Makanan berlemak dan menggemukkan
    • Garam
    • Gula

    Mulakan dengan membuat beberapa perubahan gaya hidup. Jika gejala tidak berkurangan, dapatkan rundingan doktor untuk mengenal pasti masalah anda.

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 28/05/2021

    Iklan
    Iklan
    Iklan
    Iklan