Aduh! Plan Terganggu Sebab Datang Bulan? Jangan Risau, Ada Cara Mudah Hentikan Haid!

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 2 minggu lalu

    Aduh! Plan Terganggu Sebab Datang Bulan? Jangan Risau, Ada Cara Mudah Hentikan Haid!

    Kadangkala, kedatangan haid boleh mengganggu ‘plan’ yang telah dirancang sekian lama bersama kawan atau pasangan. Apabila period, bermulalah episod PMS; perubahan mood, kembung perut, pening kepala dan sebagainya. Tidak pasal-pasal, anda pula merosakkan rancangan yang ditunggu-tunggu, kan? Jadi, wujudkah cara menghentikan haid?

    Ha… Jangan terkejut ya! Sebenarnya ada cara menghentikan haid yang boleh dicuba!

    Kedengaran macam mustahil bukan? Tunggu dulu.. Sebelum anda terus jatuh hukum, baca artikel ini hingga ke penghujung ya!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

    Bolehkah wanita menghentikan haid mereka?

    1 kajian kecil yang dijalankan pada kira-kira 450 wanita muda yang aktif secara fizikal melaporkan, sebanyak 74% peserta telah ‘memanipulasi’ kitaran haid mereka, dan 29% peserta pula melakukan sekurang-kurangnya 4 kali dalam setahun!

    Antara sebab yang membuatkan mereka ingin menghentikan/mengurangkan haid adalah kerana sudah rancang untuk percutian atau menyertai acara sukan.

    Jika wanita ingin menangguhkan atau melangkau haid sama sekali, mereka boleh berbincang dengan doktor mengenai penggunaan beberapa bentuk kontraseptif hormon.

    Selain itu, jika seseorang mengambil pil pencegah kehamilan lebih awal, ia boleh digunakan untuk menunda haid dengan melangkau inactive pills (pil perancang minggu terakhir yang tidak mengandungi hormon) dan mengambil pil aktif daripada paket baru.

    Peranti intrauterin (IUD) juga dapat mengurangkan atau menghentikan haid pada sesetengah wanita.

    Sila dapatkan pandangan doktor untuk menentukan pilihan kontraseptif yang paling sesuai buat anda.

    Sekarang, ayuh kita lanjut ke cara-cara menghentikan haid!

    Ini cara-cara menghentikan haid di rumah!

    Setelah datang bulan, sebenarnya adalah mustahil untuk haid dihentikan.

    Namun, terdapat beberapa kaedah yang boleh anda buat untuk memperlahankan aliran atau mengurangkan kesan haid, dengan cara-cara berikut:

    #1 Cawan haid

    cara menghentikan haid

    Cawan haid adalah pilihan yang kurang dikenali dalam menguruskan pendarahan haid.

    Menurut sumber kajian 2019, cawan haid sebenarnya sama efektif dengan tampon dan produk kebersihan lain dalam mencegah kebocoran.

    Kajian ini dijalankan untuk mengatasi stigma berkaitan penggunaan produk haid, lebih-lebih lagi jenis yang perlu dimasukkan ke dalam faraj.

    Perlu anda tahu, cawan haid tidak akan menjejaskan jumlah darah period sama sekali.

    Bahkan, ia bantu menghentikan kebocoran yang tidak diingini dan membuatkan proses pembuangan darah lebih terkawal!

    #2 Tuam panas

    Cara menghentikan haid ini boleh menjadi kaedah yang berkesan untuk mengurangkan kesakitan berkaitan haid, seperti senggugut!

    Menurut tinjauan tahun 2018, penggunaan haba secara efektif dapat mengatasi kesakitan datang bulan.

    Pun begitu, tinjauan menyatakan kebanyakan kajian mengenai topik ini adalah kecil, dan penyelidik perlu menjalankan kajian lanjut mengenai kesan penggunaan haba.

    Cuba gunakan pek panas, mandi air suam, botol air panas, atau pembungkus panas untuk dituam.

    Tiada kajian yang menunjukkan haba dapat melambatkan pendarahan. Namun, pengurangan kesakitan mungkin menjadikan haid lebih terurus!

    #3 Ambil ubat tahan sakit

    Ubat tahan sakit seperti ibuprofen dapat mengatasi kesakitan dan kekejangan yang terjadi akibat period.

    Menurut Centers for Disease Control and Prevention (CDC), ibuprofen juga bantu mengurangkan jumlah pendarahan berkaitan haid.

    Tetapi anda juga perlu tahu bahawa ibuprofen turut berupaya meningkatkan jumlah pendarahan.

    Kajian lain menunjukkan, anda mungkin memerlukan sekitar 800 miligram (mg) atau 4 biji pil ibuprofen, 3 kali sehari untuk melihat penurunan darah haid sebanyak 30%.

    Amaran bagi yang berhasrat mengambilnya, ibuprofen berisiko merengsakan lapisan perut jika diambil dengan perut kosong. Pastikan anda melapik perut dengan makanan ya!

    Apa-apa pun, jika anda sedang mempertimbangkan ibuprofen untuk mengawal aliran haid, dapatkan khidmat nasihat doktor terlebih dahulu.

    #4 Senaman berintensiti ringan hingga sederhana

    Senaman yang berintensiti ringan hingga sederhana dapat bantu mengurangkan kekejangan haid. Bagaimana?

    Aktiviti fizikal ini membuatkan badan melepaskan bahan kimia penahan sakit semula jadi, yang dikenali sebagai endorfin.

    Pakar turut mengatakan bahawa bersenam ketika period berkemungkinan memberikan banyak faedah, termasuk mengurangkan senggugut!

    Tambah pakar, senaman ringan seperti berjalan kaki, berpotensi melegakan rasa sakit serta membuatkan anda berasa lebih baik.

    Namun, kalian juga perlu beringat bahawa senaman berlebihan dapat menyebabkan haid berhenti!

    Sekiranya hal ini berlaku, berbincanglah dengan doktor atau pakar sakit puan kerana ia berisiko memicu masalah kesihatan yang lain.

    Menghentikan haid buat jangka masa panjang, selamat ke?

    cara menghentikan haid

    Sesetengah bentuk kontraseptif berupaya menyebabkan haid wanita terhenti berbulan-bulan lamanya, pada 1 masa.

    Majoriti doktor juga menganggap adalah selamat untuk haid wanita terhenti selama 1 bulan atau lebih, menggunakan alat pencegah kehamilan.

    1 kajian yang lebih lama mendapati, penggunaan kontraseptif oral secara berterusan tidak memberikan sebarang kesan jangka panjang yang buruk.

    Satu-satunya kesan sampingan daripada kajian ini adalah pendarahan atau tompokan (spotting) di pertengahan kitaran, yang akan berkurang dengan sendirinya dari masa ke masa.

    Selain itu, wanita mempunyai pilihan untuk menggunakan kontraseptif oral secara berterusan untuk mengelakkan haid selama berbulan-bulan.

    1 kajian tahun 2014 turut mendapat hasil yang sama! Peserta kajian mengalami pendarahan atau spotting di pertengahan kitaran menstruasi sebagai kesan sampingan cara menghentikan haid.

    Disebabkan itu, wanita perlu maklumkan kepada doktor sebab-sebab mereka ingin menghentikan period, supaya cara menghentikan haid yang terbaik dapat ditentukan.

    Pokok pangkalnya, sila berbincang dengan doktor anda terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan, okey?

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Panel Perubatan Hello Doktor


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 2 minggu lalu

    Iklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    Iklan
    Iklan
    Iklan