backup og meta

Stresnya Sekatil Dengan Pendengkur, Nak Tidur Pun Susah! Apa Kata Anda Cuba 5 Tip Ini

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/05/2022

    Stresnya Sekatil Dengan Pendengkur, Nak Tidur Pun Susah! Apa Kata Anda Cuba 5 Tip Ini

    Haaaa…tengah cari tip cara tidur elak dengkur…? Anda ada masalah berdengkur atau pasangan yang mengalaminya?

    Amnya, beristirahat dan tidur di sisi pasangan tercinta menjadi momen terbaik untuk mengecas kembali tubuh badan yang keletihan.

    Tidur yang lena bukan sahaja bermanfaat buat kesihatan, bahkan berupaya mengembalikan kecergasan saat diri terjaga pada keesokan hari.

    Pun begitu, nikmat ini mampu terjejas jika teman tidur anda mula berdengkur sehingga mengganggu waktu tidur anda.

    Tambah lagi jika ia berlarutan setiap malam, bulan malah sehingga bertahun-bertahun. Pasti stres, bukan?

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Tidur Berkualiti, sila dapatkannya di sini.

    Cara tidur elak dengkur

    Ketika anda tidur, otot tekak anda akan berada dalam keadaan relaks.

    Lidah akan jatuh ke bawah dan tekak akan jadi sedikit sempit dan lembut.

    Apabila anda tarik nafas, tekak anda akan bergetar. Getaran inilah punca anda berdengkur!

    Semakin sempit salur nafas anda, semakit kuat getaran dan bunyi dengkuran yang terhasil.

    Dengkur, boleh dianggap satu perkara normal, namun, ada masanya ia boleh menunjukkan masalah kesihatan yang serius dan boleh menjadi semakin teruk seiring dengan pertambahan usia.

    Malahan, berdengkur juga boleh mengganggu pasangan anda.

    cara tidur elak dengkur

    Tidur dengan pendengkur, apakah kesannya?

    Menghadap pasangan yang berdengkur dengan kuat di sebelah anda, hari demi hari berisiko menimbulkan kebencian, yang boleh memberi kesan negatif pada hubungan kalian.

    Tetapi tahukah anda, tidur dengan pendengkur juga sebenarnya berisiko memberi kesan buruk terhadap kesihatan?

    Ya! Kekurangan tidur mampu menyebabkan masalah ingatan, mengganggu mood, dan bahkan meningkatkan risiko anda mengalami:

    Satu kajian tahun 2006 bahkan menyatakan orang yang tidur kurang dari 6 jam setiap malam lebih cenderung mengalami obesiti, yang juga meningkatkan risiko kepada masalah kesihatan kronik tertentu!

    cara tidur elak dengkur

    Susah lelap apabila pasangan berdengkur, cuba cara tidur elak dengkur ini!

    Usah memaksa diri lagi untuk melelapkan mata di samping pendengkur.

    Ternyata, anda mempunyai pilihan yang boleh membantu kalian untuk tidur malam yang lebih lena.

    Berikut adalah 5 cara tidur elak dengkur yang boleh dicuba:

    #1 Usah terlalu fokus pada suara berdengkur

    Ya, hal ini mungkin lebih senang dicakap berbanding dilakukan.

    Kadangkala, anda boleh menggunakan kekuatan akal untuk melatih diri mengabaikan bunyi dengkuran pasangan.

    Terdapat beberapa strategi yang boleh dicuba bagi mengalihkan perhatian anda:

    • Bertafakur
    • Mendengar podcast
    • Mendengar lagu yang menenangkan

    #2 Pakai penutup telinga

    Salah satu jalan penyelesaian yang paling mudah dan cepat adalah menggunakan penutup telinga bagi menyekat bunyi bising pasangan berdengkur.

    Terdapat banyak pilihan yang boleh didapati di pasaran, anda boleh memilih penutup berasaskan soft foam atau silikon yang sesuai dipakai di persekitaran yang bising.

    Cara tidur elak dengkur#3 Ubah kedudukan tidur pasangan anda

    cara tidur elak dengkur

    Bagi sebilangan individu, tidur dalam posisi terlentang berisiko membuat masalah berdengkur menjadi lebih teruk.

    Posisi terapi (PT) adalah pilihan rawatan yang direka khas untuk membantu pendengkur mengelak daripada tidur secara terlentang.

    Terdapat beberapa pilihan yang boleh dicuba:

    • Snore-reducing trainer: Alat pemegang pinggang (umpama tali pinggang) yang mengekang pasangan daripada tidur dalam posisi terlentang
    • A tennis ballSelitkan bola tenis atau objek yang bersesuaian di bawah badan pasangan. Ia bertujuan untuk mengelakkan mereka tidur terlentang dek ketidakselesaan disebabkan objek yang diletakkan
    • Head-positioning pillowJuga dikenali sebagai bantal antidengkur, membantu meluruskan leher pendengkur dengan betul lantas mengurangkan potensi tidur berdengkur

    #4 Ajak pasangan berjumpa pakar, antara cara elak tidur dengkur

    Jangan biarkan pasangan anda memberikan alasan atau berkeras dek tidak percaya bahawasanya mereka tidak berdengkur.

    Sebaliknya, jelaskan kebimbangan anda dan minta pasangan berjumpa doktor untuk dinilai.

    Kajian tidur dapat menentukan berapa banyak mereka berdengkur dan menilai kemungkinan penyebabnya.

    Sekiranya hasil penilaian menunjukkan mereka menderita apnea tidur obstruktif (OSA), sekurang-kurangnya ia boleh dirawat.

    Antara pilihan rawatan yang boleh dilakukan bagi pesakit OSA, merangkumi:

  • Terapi continuous positive airway pressure (CPAP)
  • Terapi bilevel positive airway pressure (BiPAP)
  • Alatan oral seakan mouthguard, yang bantu mengekalkan rahang atau lidah di posisinya
  • Selain pilihan di atas, pembedahan juga mungkin dilakukan sekiranya terapi lain tidak berkesan.

    Tambah lagi, pendengkur bukan hanya terhad kepada jantina lelaki ya! Kaum Hawa juga mempunyai risiko tidur berdengkur yang sama.

    Baca juga:

    #5 Tidur di bilik yang berbeza

    Walaupun cara tidur  ini tidak begitu disarankan terutamanya bagi pasangan suami isteri, tidur di bilik yang berbeza sebenarnya boleh membantu anda tidur tanpa gangguan.

    Usah berasa terlalu bersalah, pastikan anda berkomunikasi secara terbuka dan fahamkan pasangan akan kebimbangan dialami.

    Malah, satu kajian 2002 mendapati mereka yang tidur berasingan sebenarnya menyumbang kepada kepuasan perkahwinan yang lebih tinggi apabila mempunyai pasangan yang berdengkur.

    Apa pun pilihan anda sebagai cara tidur elak dengkur, pastikan ia tidak memberikan kesan yang negatif terhadap hubungan bersama pasangan ya!

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 20/05/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan