Kuat Beronani Punca Rambut Semakin Banyak Gugur, Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 25/11/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Aktiviti melancap boleh menyebabkan rambut gugur, kenyataan ini kedengaran kelakar sekali kan! Tetapi adakah kemungkinan ia adalah benar?

Melancap atau onani, sebenarnya mempunyai banyak sekali urban legends yang berlegaran.

Antara yang popular termasuklah ia berisiko sebabkan kebutaan dan boleh membuatkan bulu tumbuh di tapak tangan!

Kini, mitos berkenaan rambut gugur dek kerap beronani menjadi bualan, ia mungkin juga berpunca daripada teori kehilangan protein atau perubahan dalam testosteron.

Untuk merungkai sejauh mana kebenarannya, ikuti artikel ini sampai habis. Jom baca!

Melancap punca rambut gugur, fakta atau auta?

Bagi menjawab persoalan tersebut dalam kata mudah, jawapannya adalah tidak!

Tiada sebarang bukti saintifik yang dapat membuktikan beronani boleh akibatkan keguguran rambut.

Habis bagaimana mitos ini boleh timbul?

Ia mungkin dimulakan oleh idea bahawa air mani kaum Adam mengandungi kandungan protein yang tinggi, lantas badan kehilangan sumber tersebut hingga menyebabkan rambut gugur.

Ya benar, air mani memang mempunyai protein tinggi dengan anggaran 5.04gram per 100ml, tapi setiap ejakulasi mengandungi hanya 3.3 ke 3.7ml cecair tersebut.

Tambahan kepada mitos ini, melancap meningkatkan testosteron, yang turut menaikkan tahap hormon berkaitan dengan keguguran rambut, DHL (dihydrotestosterone).

Namun, kajian 2001 melaporkan, peningkatan testosteron ternyata berlaku apabila seseorang lelaki dewasa menahan diri daripada melancap selama 3 minggu!

Perkara ini jelas menolak mitos yang diperkatakan, bahkan sehingga kini tiada bukti mengatakan kesan melancap meningkatkan tahap DHT.

Mitos-mitos onani lain

melancap

Begitu banyak mitos berlegar-legar apabila bercakap mengenai tajuk melancap, tetapi sains moden tidak membuktikan satu pun antara mitos tersebut ternyata benar.

Selain daripada keguguran rambut, tiada bukti langsung mengatakan onani mampu:

  • Sebabkan bulu atau rambut tumbuh di telapak tangan
  • Akibatkan kebutaan
  • Menyebabkan kerosakan atau kecacatan kekal pada alat sulit
  • Faktor mati pucuk buat lelaki dan masalah kesuburan bagi kaum Hawa

Disebabkan ia merupakan antara topik taboo dalam masyarakat, mitos-mitos aktiviti ini masih dipercayai segelintir individu.

Melancap ada kebaikan ke?

Ada kajian yang mengatakan melancap boleh memberi manfaat kepada si pelaku. Antara kebaikannya ialah:

#1 Memahami tubuh dengan lebih baik

Beronani dikatakan dapat membantu anda menjadi selesa dan memahami badan dengan lebih baik.

Aktiviti ini juga menolong sesetengah individu menyelami sensasi seksual serta perkara yang memberikan ‘keseronokan’.

Penyelidikan dijalankan turut melaporkan para wanita yang mula melancap pada awal usia lebih cenderung mempunyai pengalaman seksual yang lebih positif!

#2 Terapi untuk mudah tidur

Sebenarnya, terdapat banyak lagi terapi yang boleh kita lakukan untuk mudah tidur, tetapi melancap adalah salah satu caranya!

Menurut kajian yang pernah dijalankan, kira-kira 32% wanita beronani setiap kali mereka berasa sukar untuk tidur.

Ini kerana mereka percaya kesan melancap sebagai satu bentuk terapi untuk mudah tidur.

Lebih mengejutkan, ramai orang yang percaya bahawa ia adalah sangat berkesan.

#3 Kesihatan fizikal

Orgasme, sama ada dikecapi bersama pasangan atau berseorangan dikatakan dapat menyokong dan menguatkan pengaliran darah, saraf, serta sistem otot alat kelamin kedua-dua jantina.

Bagi kaum Adam, orgasme dikatakan membantu mengekalkan sperma dan air mani pada tahap optimum.

#4 Membantu masalah seks pramenopaus

Menurut seorang pakar ginekologi, melancap boleh membantu seseorang wanita menyesuaikan diri ketika berada dalam fasa pramenopaus.

Persoalannya, bagaimana?

Sebagaimana yang kita tahu, tubuh badan wanita normal akan menjalani banyak perubahan.

Antaranya adalah faraj akan menjadi kering dan sempit sekali gus menyebabkan proses penetrasi zakar sukar dilakukan.

Oleh itu, melancap setiap kali sebelum melakukan hubungan seks mungkin boleh membantu mengelakkan masalah ini selain meningkatkan lagi libido seorang wanita itu.

Namun, jika perbuatan itu hanya akan mengakibatkan kesakitan atau ketidakselesaan kepada anda, segera hentikannya.

Sebaiknya, dapatkan nasihat daripada pakar terlebih dahulu okay!

#5 Tingkatkan kehidupan seks wanita

Menurut seorang pakar lagi, melancap boleh menjadikan seseorang wanita itu berasa yakin dan selesa dalam perihal kehidupan seks.

Ini kerana ia memberi peluang kepada kalian untuk belajar mengenali tubuh badan sendiri.

Ini adalah penting sebagai satu eksperimen terhadap diri untuk mengetahui dan memahami tentang kemahuan seksual anda.

Dalam pada itu, ia juga boleh jadi satu teknik memuaskan nafsu sendiri sekiranya gagal mencapainya bersama pasangan tercinta.

Ia dapat memberi mereka pengalaman dan pengetahuan yang diperlukan untuk mengetahui apa yang mereka suka atau tidak semasa melakukan seks.

#6 Dapat membantu kehidupan seks kelak

Kesan melancap dikatakan adalah sangat penting kepada para remaja agar mereka dapat meniti kehidupan seks yang indah apabila mendirikan rumah tangga kelak.

Ia membantu orang muda untuk memahami aktiviti seksual yang digemari dan sebaliknya.

Pun begitu, individu yang beragama Islam adalah ditegah daripada melakukannya sama sekali!

Kesimpulannya, melancap bukan punca rambut gugur. Namun, aktiviti melancap juga tidak dinafikan ada kebaikan dan keburukannya. Pendek kata, tepuk dada, tanya selera.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ada Masalah Kelemumur Di Kepala? Ini Pilihan Syampu Yang Betul Untuk Merawatnya!

Ramai yang mungkin mengalami masalah kelemumur namun tidak tahu cara menyelesaikannya. Rahsianya, hanya pada produk syampu yang sesuai!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Penjagaan Rambut & Kulit Kepala 11/02/2021 . 3 minit bacaan

Wahai Lelaki, Amalkan 7 Tip Ini Kalau Nak Anak, #3 Tu Wajib Ikut!

Terdapat banyak tips lelaki berkaitan dengan topik kehamilan di luar sana. Seperti yang anda sedia maklum, bukan wanita sahaja yang perlu membuat persiapan.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Kesihatan Lelaki Lain 10/02/2021 . 3 minit bacaan

Selalu Dengar Sifilis Dihidapi Oleh Lelaki, Adakah Wanita Boleh Terselamat?

Kebiasaannya, sifilis banyak dikaitkan dengan lelaki. Pun begitu, tahukah anda bahawa sifilis wanita juga wujud? Jom klik artikel untuk tahu tentangnya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Sifilis 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Bukan Mudah Bagi Mangsa Serangan Seksual, Pulihkan Semangat Dengan 6 Langkah Ini!

Tidak mudah untuk mangsa serangan seksual meneruskan kehidupan seperti biasa. Mungkin langkah-langkah ini boleh membantu? Jom klik untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Isu Kesihatan Mental Lain 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jerawat di kepala dan kulit

Rimas Dengan Jerawat Di Kepala? Nak Sikat Rambut Pun Pedih? Ini Cara Atasinya

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 23/02/2021 . 3 minit bacaan
sebab kencing tak lawas

Ibu Lepas Bersalin Lebih Berisiko Alami Kencing Tak Lawas! Apa Boleh Dibuat?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 22/02/2021 . 3 minit bacaan
pendarahan awal kehamilan

Hamil TAPI Kenapa Ada Pendarahan, Takkan ‘Period’? Ini 8 RISIKO Yang Mungkin Terjadi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 19/02/2021 . 3 minit bacaan
penyebab rambut gugur ubatan

Hairan Rambut Gugur Makin Menjadi-jadi? Jom Semak ‘List’ Ubatan Anda, Ini Mungkin Puncanya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 17/02/2021 . 3 minit bacaan