backup og meta

Kaum Hawa, Ini 5 Punca Tak Normal Jika Keluar Darah Haid Berketul!

Kaum Hawa, Ini 5 Punca Tak Normal Jika Keluar Darah Haid Berketul!

Darah haid berketul? Kondisi ini boleh terjadi kepada mana-mana wanita ketika datang bulan, dan kadangkala ia juga mampu menimbulkan kerisauan.

Haid ialah proses semula jadi dan normal yang dialami semua wanita bermula usia akil baligh.

Kaum Hawa mungkin berasa bimbang melihat darah berketul ketika menstruasi, tetapi perkara ini adalah normal dan jarang menimbulkan risiko komplikasi.

Untuk pengetahuan kalian, darah haid berketul adalah campuran sel darah, tisu dari lapisan rahim, dan protein dalam darah yang membantu mengatur aliran haid.

Sekiranya anda tertanya-tanya bagaimana gumpalan darah ini berlaku, jom ikuti artikel ini!

Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Wanita, anda boleh klik di sini.

Darah haid berketul, apakah puncanya?

Adakah normal period berketul?

Sebilangan besar wanita usia subur akan menyingkirkan lapisan rahim mereka setiap 28 ke 35 hari. Lapisan rahim ini juga disebut sebagai endometrium.

Endometrium tumbuh dan menebal sepanjang bulan sebagai tindak balas terhadap estrogen, hormon wanita. Tujuannya adalah untuk membantu menyokong telur yang disenyawakan.

Sekiranya kehamilan tidak berlaku, hormon akan memberi petanda agar lapisan itu gugur, menjadikan proses ini dikenali sebagai haid.

Apabila lapisan rahim digugurkan, ia bakal bercampur dengan:

  • Darah
  • Lendiran
  • Tisu

Campuran elemen ini kemudiannya dikeluarkan dari rahim melalui serviks (pembukaan rahim) lantas ke faraj.

Ketika lapisan rahim digugurkan, ia terkumpul di bahagian bawah rahim, sementara menunggu serviks berkontraksi dan mengeluarkan isinya.

Untuk membantu meleraikan penggumpalan ini, tubuh melepaskan anticoagulants untuk menipis dan membolehkannya melalui serviks dengan lebih mudah.

Namun, ketika aliran darah melebihi kemampuan tubuh untuk menghasilkan anticoagulants, gumpalan haid akan terbentuk.

Darah haid berketul adalah satu perkara normal yang boleh berlaku kepada mana-mana wanita ketika menstruasi.

Bagi kebanyakan kes, kondisi ini bukanlah menjadi satu kebimbangan, tetapi kadangkala ia mampu menjadi indikasi kepada masalah wanita lain.

Ingin tahu apakah masalah kesihatan lain dimaksudkan? Adakah normal period berketul? Baca di bawah ini.

Petunjuk masalah kesihatan lain

darah haid berketul
Sakit period yang tidak normal mungkin tanda ada masalah kesihatan.

Darah period berketul hitam?

Faktor fizikal dan hormon boleh mempengaruhi kitaran haid anda dan menghasilkan aliran berat.

Aliran menstruasi yang berat akan meningkatkan kemungkinan anda mengalami darah haid berketul atau darah berketul besar.

#1 Obstruksi rahim

Kondisi rahim membesar atau membengkak boleh memberi tekanan tambahan pada dinding rahim, lantas meningkatkan pendarahan dan penggumpalan haid.

Bukan itu sahaja, kondisi ini juga berisiko mengganggu keupayaan rahim untuk berkontraksi.

Apabila rahim tidak berkontraksi dengan betul, darah bakal menggumpal di dalam rongga rahim.

Di samping itu, obstruksi rahim turut boleh disebabkan oleh:

#2 Fibroid

Fibroid adalah ketumbuhan di dinding rahim yang bukan bersifat kanser. Selain pendarahan haid yang berat, ia juga berisiko menyebabkan:

  • Pendarahan haid yang tidak teratur
  • Sakit bahagian bawah belakang
  • Sakit semasa melakukan hubungan seks
  • Perut kelihatan besar
  • Masalah kesuburan

Apa yang membimbangkan, sehingga 80% daripada golongan wanita dipercayai akan memperolehi fibroid saat mencecah usia 50 tahun.

darah haid berketul
Ini sebab kenapa fibroid sangat menyakitkan.

Penyebabnya masih tidak diketahui, tetapi genetik dan hormon estrogen serta progesteron mungkin memainkan peranan dalam pembentukannya.

#3 Endometriosis

Endometriosis adalah kondisi di mana lapisan rahim tumbuh di luar rahim dan memasuki saluran pembiakan.

Sekitar tempoh haid pula, gejala-gejalanya mampu mengakibatkan:

  • Haid yang menyakitkan
  • Loya, muntah-muntah dan cirit-birit
  • Ketidakselesaan semasa melakukan hubungan intim
  • Risiko kemandulan
  • Sakit bahagian pelvis
  • Pendarahan yang tidak normal (masalah darah haid berketul atau darah berketul besar)

Sama seperti masalah fibroid, punca sebenar endometriosis masih menjadi tanda tanya bagi pakar.

#4 Adenomiosis

Bagi yang tidak mengenali kondisi ini, adenomiosis berlaku apabila lapisan rahim, untuk sebab yang tidak dapat dipastikan, tumbuh ke dinding rahim, lantas menyebabkan rahim membesar dan menebal.

Selain pendarahan yang berpanjangan dan berat, kondisi ini berpotensi menyebabkan ukuran rahim menjadi 2 hingga 3 kali ganda lebih besar!

#5 Ketidakseimbangan hormon

Untuk membesar dan menebal dengan betul, lapisan rahim bergantung pada keseimbangan hormon estrogen dan progesteron.

Sekiranya mana-mana hormon tersebut menjadi tidak seimbang, wanita berisiko untuk mengalami pendarahan haid yang berat.

Beberapa perkara yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon merangkumi:

  • Perimenopause
  • Menopaus
  • Stres
  • Pertambahan atau penurunan berat badan yang ketara

Diagnosis dan rawatan darah haid berketul

darah haid berketul
Minum banyak air untuk legakan masalah darah berketul.

Untuk mendiagnosis punca darah berketul besar yang tidak normal, doktor akan bertanya mengenai tanda dan gejala dialami, melakukan ujian darah atau pencitraan, pemeriksaan fizikal, atau kesemuanya sekali.

Doktor juga mungkin menyarankan mengambil suplemen zat besi jika pesakit didapati kehilangan terlalu banyak darah atau berisiko mengalami anemia (badan kekurangan sel darah merah).

Selain itu juga, ada beberapa tip yang boleh dilakukan pesakit di rumah, seperti:

  • Kekal hidrat dengan air
  • Mengelakkan pengambilan aspirin, yang boleh menyebabkan pendarahan bertambah teruk
  • Mengamalkan diet sihat yang merangkumi makanan kaya zat besi
  • Melakukan aktiviti fizikal secara berkala

Perhatian!

Bagi ubat-ubatan pula, doktor mungkin menetapkan ubat hormon untuk membantu menyeimbangkan hormon dan mengawal pendarahan berat.

Jika alami darah period berketul hitam, berjumpalah doktor dengan segera.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Blood clots during menstruation: A concern?. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/menorrhagia/expert-answers/blood-clots-during-menstruation/faq-20058401. Accessed on November 26, 2020.

Uterine fibroids. https://www.womenshealth.gov/a-z-topics/uterine-fibroids. Accessed on November 26, 2020.

Adenomyosis. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/14167-adenomyosis. Accessed on November 26, 2020.

Heavy Menstrual Bleeding. https://www.acog.org/womens-health/faqs/heavy-menstrual-bleeding. Accessed on November 26, 2020.

Heavy Menstrual Bleeding. https://www.cdc.gov/ncbddd/blooddisorders/women/menorrhagia.html. Accessed on November 26, 2020.

Versi Terbaru

05/07/2024

Ditulis oleh Nisreen Nadiah

Disemak secara perubatan oleh Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Kitaran Haid Anda Normal Ke Tidak? Ini Cara Kira Yang Betul, Kaum Hawa Patut Tahu!

Ada 6 Punca Kenapa Keputihan Berwarna Coklat, Ia Bukanlah Sebab Hamil Sahaja!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Muhamad Firdaus Rahim

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 05/07/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan