12 Tip Ini Boleh Trigger Pendarahan Haid, Sesuai Cuba Kalau Period Tak Teratur!
Tidak datang haid atau period tidak teratur adalah apabila pendarahan haid tidak dapat diramalkan, berlaku lebih atau kurang berbanding biasa. Jadi adakah cara merawat tidak datang haid ini?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.
Cara merawat tidak datang haid
Masalah haid tidak teratur dipercayai dapat diatasi dengan pengambilan remedi di rumah dan perubahan gaya hidup.
Berikut adalah beberapa petua untuk datang haid semula jadi yang paling berkesan boleh dicuba:
Teh halia
Halia bermanfaat untuk pelbagai penyakit dan gejala, termasuklah haid yang tidak teratur.
Tumbuhan herba ini mengandungi gingerol yang membantu mengurangkan keradangan dalam badan.
Pengambilan halia mentah secara tetap boleh membantu mengawal haid, sekali gus menyeragamkan kedatangan period bulanan anda. Ia juga berkesan dalam mengecutkan otot rahim dan memudahkan keseimbangan hormon.
Minum segelas teh halia panas dengan sedikit jus lemon dan madu – semasa perut kosong, sama ada waktu pagi atau petang – dapat menggalakkan metabolisme.
Betik muda, antara cara merawat tidak datang haid
Betik muda atau yang belum masak amat bagus untuk haid yang tidak teratur. Ia dapat meningkatkan pengecutan rahim yang membantu pendarahan haid.
Ambil jus betik muda dengan kerap selama beberapa bulan. Tetapi elakkan minum jus ini semasa sedang haid.
Nanas
Nanas adalah cara semula jadi yang popular. Ia mengandungi bromelain, enzim yang dipercayai dapat melembutkan lapisan rahim dan mengawal haid.
Walaupun tiada bukti saintifik, tetapi bromelain dikatakan mempunyai ciri antiradang dan dapat melegakan kesakitan kerana sengugut.
Lidah buaya
Lidah buaya atau aloe vera adalah ubat yang sangat baik untuk mengawal haid dan mengurangkan berat badan berlebihan. Ia juga meningkatkan metabolisme dan memastikan sistem usus anda sihat.
Aloe vera berfungsi membetulkan ketidakseimbangan hormon dan merawat masalah hadi. Tetapi jangan sekali-kali menggunakan tumbuhan ini semasa haid kerana ia boleh meningkatkan pengecutan rahim.
Cara merawat tidak datang haid #Kunyit
Pengambilan kunyit secara tetap boleh membantu mengawal haid tidak teratur. Tumbuhan ini dipercayai mempunyai ciri antiradang dan antispasmodik yang membantu mengurangkan kekejangan rahim.
Nak cuba petua tradisional melancarkan haid ini? Tambahkan kunyit ke dalam susu suam yang dicampur sedikit madu. Ambil setiap hari sehingga anda mengalami period.
Cuka epal sider
Cuka epal juga boleh membantu menormalkan kitaran haid dan hormon, terutamanya pada wanita dengan sindrom ovari polisistik (PCOS).
Anda juga mungkin akan mengalami penurunan berat badan dan paras gula serta insulin dalam darah apabila mengamalkan petua ini.
Oleh kerana cuka epal adalah pahit, anda boleh memakannya dengan mencampurkan sedikit madu bagi meneutralkan rasanya.
Kayu manis salah satu cara merawat tidak datang haid
Kayu manis membantu mengawal aliran darah ke rahim dan boleh merawat haid yang tidak teratur. Ia turut bertindak mengurangkan sakit perut, loya dan muntah semasa haid.
Untuk hasil terbaik, tambahkan satu sudu teh serbuk kayu manis ke dalam segelas susu.
Ubi bit
Pengambilan ubi bit boleh membantu menangani masalah haid tidak teratur dan gejalanya.

Tumbuhan ini mengandungi sejumlah besar asid folik dan zat besi yang membantu meningkatkan tahap hemoglobin dalam darah.
Ia juga berfungsi sebagai emenagog – bahan yang merangsang atau meningkatkan aliran haid.
Halia
Halia juga tersenarai sebagai salah satu remedi di rumah yang dapat merawat masalah haid tidak teratur. Ia juga dapat melegakan kesakitan.
Mengambil 750 hingga 2000 mg serbuk halia dalam tempoh 3 hingga 4 hari pertama haid dapat membantu mengurangkan rasa sakit senggugut.
Vitamin D
Vitamin ini membantu penyerapan kalsium dalam usus – penting untuk tulang yang sihat. Ia juga dipercayai membantu mengawal ovulasi.
Cahaya matahari membantu tubuh untuk menghasilkan vitamin D. Jadi anda boleh meluangkan sedikit masa di bawah sinaran matahari untuk menambah jumlah vitamin ini dalam badan.
Vitamin ini juga boleh diperolehi daripada ikan berlemak seperti salmon dan tuna. Terdapat juga makanan diperkaya vitamin D seperti susu tumbuhan dan bijirin. Pengambilan suplemen adalah cara lain untuk memastikan badan mendapat vitamin D mencukupi.
Cara merawat tidak datang haid #Diet sihat
Pengambilan makanan segera, makanan diproses dan alkohol boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon dalam badan, sekali gus menjadi punca haid tidak teratur.
Pastikan diet harian anda termasuk sayuran hijau, buah-buahan segar dan kering, daging merah, ikan dan makanan yang memberikan anda nutrien lengkap.
Senaman & yoga
Bersenam memberikan banyak manfaat kesihatan dan kitaran haid teratur adalah salah satu daripadanya. Ia juga membantu mengekalkan berat badan dan keseimbangan hormon.
Yoga juga amat baik untuk mengimbangi kesihatan minda dan badan dengan menjadikan diri anda lebih tenang.
Semoga perkongsian di atas mengenai cara merawat tidak datang haid dapat membantu mengatasi masalah yang anda alami.
