backup og meta

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Hai Wanita! Buang Rahim BUKAN Punca Berat Badan Turun, Tapi Ada KESAN Lain Pada Tubuh

Ada yang mengatakan kesan buang rahim atau histerektomi akan mengakibatkan penurunan berat badan. Namun adakah ia benar? Ikuti penjelasannya dalam artikel ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Wanita, sila dapatkannya di sini.

Apa itu histerektomi?

Histerektomi adalah prosedur pembedahan untuk membuang rahim. Ia dilakukan untuk merawat pelbagai keadaan kesihatan, dari barah hingga endometriosis.

Pembedahan tersebut boleh menyebabkan pelbagai kesan sampingan.

Ini kerana sebagai contoh, tanpa rahim anda tidak akan boleh hamil. Kitaran haid anda juga akan terhenti. 

Tetapi adakah benar prosedur buang rahim akan mempengaruhi berat badan anda?

Penurunan berat badan kesan buang rahim?

Umumnya, pembedahan histerektomi tidak menyebabkan penurunan berat badan secara langsung. Namun, ia bergantung kepada keadaan yang menmpengaruhinya.

Bagi sesetengah individu, mereka mungkin mengalami penurunan yang tidak semestinya berkaitan dengan prosedur membuang uterus itu sendiri. 

Ada individu yang akan mengalami mual untuk tempoh beberapa hari selepas menjalani pembedahan besar. Ia biasanya berlaku akibat kesakitan atau kesan sampingan daripada anestesia. 

Kesannya, sesetengah individu dengan keadaan ini mungkin mengalami kesukaran makan, sekali gus mengakibatkan penurunan berat sementara.

kesan buang rahim

Berat turun kesan kemoterapi

Salah faham bahawa histerektomi menyebabkan berat badan berkurangan boleh dikaitkan dengan pemilihan prosedur pembedahan ini bagi merawat beberapa jenis barah, termasuklah:

Dalam beberapa kes, pembedahan ini digunakan bersama prosedur kemoterapi

Individu yang menjalani kemoterapi mempunyai kemungkinan untuk mengalami beberapa kesan sampingan. Ini termasuklah mual, muntah, dan penurunan berat badan.

Disebabkan itu, mungkin ada yang menyangka bahawa penurunan berat yang dialami berkaitan dengan kemoterapi adalah kesan buang rahim.

Pembedahan histerektomi juga membantu mengurangkan kesakitan kronik dan pendarahan berat yang disebabkan oleh fibroid, endometriosis, dan keadaan lain.

Apabila simptom-simptom ini hilang selepas pembedahan, anda mungkin berasa lebih bertenaga untuk melakukan aktiviti fizikal, yang berpotensi menyebabkan penurunan berat badan.

Berat badan naik kesan buang rahim?

Walaupun prosedur buang uterus tidak mempunyai kaitan secara langsung dengan penurunan berat badan, tetapi ia mungkin ada hubung kait dengan kenaikan berat badan bagi sesetengah individu.

Dalam kajian yang dijalankan pada tahun 2009 menunjukkan wanita perimenopause yang menjalani histerektomi tanpa menyingkirkan kedua-dua belah ovari berisiko tinggi mengalami kenaikan berat. 

Keadaan itu jika dibandingkan dengan mereka yang belum menjalani pembedahan buang rahim. 

Walau bagaimanapun, masih banyak kajian yang diperlukan untuk memahami sepenuhnya kaitan antara histerektomi dengan kenaikan berat badan.

kesan buang rahim

Kurangkan risiko pertambahan berat badan

Untuk mengurangkan risiko kenaikan berat badan kesan buang rahim, dapatkan rundingan doktor mengenai keselamatan untuk anda melakukan aktiviti senaman ringan.

Bergantung pada prosedur dan tahap kesihatan, anda mungkin akan dapat melakukan latihan kecergasan berimpak rendah setelah beberapa minggu.

Contoh latihan berintensiti rendah adalah:

  • Berenang
  • Senamrobik air
  • Yoga
  • Tai chi
  • Berjalan

Selain itu, adalah penting untuk memberi tumpuan kepada diet anda selepas pembedahan. Ia adalah untuk mengelakkan kenaikan berat badan dan untuk menyokong badan ketika dalam proses penyembuhan.

Cuba hadkan makan makanan ringan sementara menunggu masa untuk anda pulih sepenuhnya. Sebaiknya, pilihlah makanan seperti:

  • Gandum atau bijirin penuh
  • Buah-buahan dan sayur-sayuran segar
  • Sumber protein tanpa lemak

Anda harus ingat bahawa pembedahan buang uterus ini adalah pembedahan utama, jadi penting untuk memberikan tumpuan kepada proses pemulihan. 

Selalunya, selepas tempoh beberapa minggu, anda akan berasa lebih baik walaupun mengalami kenaikan beberapa kilogram berat sepanjang tempoh tersebut. 

Baca juga:

Efek sampingan buang rahim

Terdapat beberapa kesan sampingan pembedahan histerektomi yang tidak langsung mempunyai kaitan dengan berat badan.

Sekiranya anda masih mengalami kitaran haid sebelum pembedahan, prosedur histerektomi akan menghentikannya.

Sudah pasti dengan ketiadaan uterus, anda tidak akan mempunyai peluang untuk hamil.

Kedua-dua keadaan ini; kehilangan kesuburan dan kitaran haid mungkin memberi manfaat bagi sesetengah individu wanita.

Pun begitu, ada juga wanita yang berasa kehilangan. Disebabkan itu, mereka mungkin mengalami rasa sedih setelah menjalani histerektomi. 

Sekiranya anda mengalami menopaus selepas prosedur, kesan lain yang cenderung terjadi adalah seperti:

  • Insomnia 
  • Rasa panas dan berpeluh (hot flashes)
  • Perubahan emosi
  • Kekeringan faraj
  • Penurunan nafsu seks

kesan buang rahim

Antara kesan buang rahim untuk jangka masa pendek termasuklah:

  • Rasa sakit pada bahagian pembedahan
  • Bengkak, kemerahan, atau lebam kawasan prosedur pembedahan
  • Sensasi terbakar atau gatal berhampiran tempat pembedahan
  • Rasa kebas pada bahagian histerektomi atau kaki

Keadaan yang dialami biasanya akan beransur-ansur berkurangan dan akhirnya hilang apabila anda pulih sepenuhnya.

Kesimpulannya 

Maka dapat disimpulkan di sini bahawasanya tidak ada kaitan antara penurunan berat badan dengan kesan buang rahim. 

Jika berat badan anda menurun selepas pembedahan histerektomi, ia mungkin disebabkan punca yang tidak berkaitan prosedur tersebut.

Sebaiknya, lakukan rundingan dan pemeriksaan doktor jika berat anda semakin berkurangan kerana dibimbangi ada masalah kesihatan lain yang mungkin menyebabkan keadaan itu.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

All been accessed on Oct 5, 2020 from

  1. Patricia G. Moorman, Ph.D.,corresponding author1 Joellen M. Schildkraut, Ph.D.,1 Edwin S. Iversen, Ph.D.,3 Evan R. Myers, M.D.,2 Margaret Gradison, M.D.,1 Nicolette Warren-White, M.S.,1 and Frances Wang, M.S.1. A Prospective Study of Weight Gain after Premenopausal Hysterectomy. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC2851125/, Accessed on Oct 7, 2020
  2. Hysterectomy. https://my.clevelandclinic.org/health/treatments/4852-hysterectomy, Accessed on Oct 7, 2020
  3. Weight Loss After a Hysterectomy and Other Side Effects of Hysterectomy to Be Aware Of. https://flo.health/menstrual-cycle/health/symptoms-and-diseases/weight-loss-after-hysterectomy, Accessed on Oct 7, 2020
  4. Partial Hysterectomy Weight Loss. https://www.healthywomen.org/content/ask-expert/1775/i-had-partial-hysterectomy-four-years-ago-due-fibroids-i-was-48-years-old, Accessed on Oct 7, 2020
  5. Laparoscopic hysterectomy Recovering.  https://www.rcog.org.uk/for-the-public/browse-all-patient-information-leaflets/laparoscopic-hysterectomy-recovering-well-leaflet/, Accessed on July 8, 2022

 

Versi Terbaru

08/07/2022

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Guna Jari Untuk Lihat Rahim Jatuh Atau Tidak, Berani Buat Sendiri?

Wanita Sudah Ada Telur Sejak Lahir? Ini Fakta Menarik Tentang Ovum, Dari Dalam Rahim Sampai Menopaus


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 08/07/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan