Wanita Ada Fibroid Tak Boleh Makan Makanan Bersoya: Fakta @ Auta?

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Diterbitkan pada 16/12/2020 . 3 minit bacaan
Share now

Apabila bercakap mengenai masalah fibroid rahim, pasti ada yang mengaitkannya dengan pemakanan, antaranya adalah makanan yang mengandungi soya.

Persoalannya, adakah pengambilan soya berbahaya, atau sebaliknya bermanfaat buat penghidap fibroid?

Soya, antara makanan tumbuhan yang cukup kontroversi dan menjadi perdebatan segelintir pihak yang menyatakan ia berbahaya dan berisiko menyebabkan masalah fibroid, endometriosis bahkan kanser payudara!

Malah terdapat beberapa kajian yang menyokong soya sebagai punca kepada penyakit-penyakit wanita tersebut, tetapi ada juga penyelidikan yang membuktikan sebaliknya.

Yang mana harus kita percaya? Jika anda berminat untuk ketahui jawapannya, teruskan membaca!

Apa itu fibroid?

Fibroid rahim, atau istilah perubatannya leiomyoma merupakan ketumbuhan jinak, dalam bentuk tunggal atau berganda yang boleh tumbuh di dinding atau otot rahim.

Fibroid merangkumi sel otot dan tisu penyambung berserat (fibrous connective tissue).

Penggabungan komposisi ini yang memberi pelbagai simptom seperti sakit di pangkal rahim, senggugut, masalah pendarahan tidak normal dan sakit ketika bersenggama.

Antara 70 sehingga 80% wanita menghidapi ketumbuhan fibroid rahim pada saat mereka mencecah usia 50 tahun.

Malahan, anda juga mungkin cenderung untuk mengalami lebih daripada satu jenis fibroid.

Soya berbahaya buat pesakit fibroid?

Menurut Dr. Andrew Weil, pengasas dan pengarah Pusat Perubatan Integratif Andrew Weil di University of Arizona, soya mengandungi campuran phytoestrogens yang mempunyai kesan estrogenik dan antiestrogenik.

Ini bermaksud, sementara beberapa phytoestrogens mempunyai kesan seperti-estrogen dan meningkatkan tahap estrogen di dalam badan, yang lain pula menyekat kesannya dan menurunkan kadar estrogen.

Tahap isoflavones yang tinggi, komponen phytoestrogens soya, secara teorinya mampu merangsang pertumbuhan kanser payudara dan kondisi yang berhubung kait kepada estrogen seperti fibroid dan endometriosis.

Namun menurut beliau, hanya kerana soya mengandungi phytoestrogen, ini tidak bermaksud bahawa soya bakal merangsang sel-sel sensitif estrogen.

kacang soya

Berdasarkan bukti epidemiologi, iaitu bukti kejadian penyakit pada populasi yang berlainan, menunjukkan soya melindungi wanita daripada masalah yang berkaitan dengan estrogen.

Sebenarnya, kesan estrogenik soya adalah lemah berbanding estrogen semula jadi dalam tubuh wanita, hanya 1/100 hingga 1/1000 dari estradiol.

Wanita Asia mengambil sekitar 20 hingga 80 mg isoflavones setiap hari berbanding wanita di Amerika yang hanya berjumlah kurang daripada 5mg.

Satu penyelidikan menarik di Jepun pula mengkaji sama ada diet tinggi makanan soya meningkatkan kadar histerektomi (prosedur pembedahan membuang rahim) akibat fibroid dalam kalangan wanita perimenopause.

Ternyata keputusannya tidak ada wanita yang mengalami masalah fibroid rahim mahupun endometriosis!

Para penyelidik mendapati, daripada 1,172 wanita yang menyertai kajian itu, kadar histerektomi paling rendah adalah pada individu yang dietnya mengandungi makanan berasaskan soya paling banyak.

Tambahan lagi, Dr. Weil percaya bahawa makanan berasaskan soya seperti edamame, tauhu, tempe atau susu soya lebih cenderung untuk ‘membantu’ anda berbanding menyakitkan.

Oleh itu, beliau mengesyorkan 1 hingga 2 hidangan berasaskan soya sehari, termasuk juga wanita yang menghidap kanser payudara.

Walau bagaimanapun, beliau tidak mengesyorkan suplemen soya dek kandungan isoflavones yang tinggi dan kekurangan bukti yang menjamin keselamatan jangka panjang.

Apa yang harus anda elak?

Senarai berikut adalah antara pemakanan yang harus dielakkan kerana dikhuatiri mampu memburukkan lagi kondisi pesakit, antaranya:

#1 Gula

gula

Makanan bergula dan karbohidrat ringkas boleh mencetuskan atau memburukkan lagi masalah ketumbuhan fibroid.

Mereka yang gemarkan makanan manis mempunyai kadar gula dalam darah yang tinggi, yang boleh mengakibatkan badan menghasilkan terlalu banyak insulin.

Perkara ini berbahaya, kerana insulin yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mempengaruhi pertumbuhan fibroid.

Elakkan karbohidrat halus dan gula tambahan seperti:

#2 Makanan yang berisiko mengganggu hormon

Beberapa makanan mengandungi bahan semula jadi yang dapat ‘meniru’ hormon estrogen di dalam badan, yang disebut sebagai fitoestrogen.

Sebilangan makanan lain pula mengandungi hormon tambahan atau mampu mencetuskan badan untuk menghasilkan lebih banyak estrogen.

Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, kesan negatif yang bakal berlaku terhadap badan juga bertambah tinggi.

Untuk peroleh hasil terbaik dalam menguruskan fibroid, cuba hadkan makanan dan minuman berikut dalam diet anda:

  • Daging tinggi lemak dan diproses: Daging merah terutamanya yang diproses mengandungi hormon tambahan, terutamanya estrogen
  • Makanan tinggi kandungan garam: Makanan masin menyulitkan hati anda untuk membuang toksin dan menyeimbangkan hormon badan
  • Karbohidrat ringkas: Makanan berwarna putih seperti pasta, roti putih, nasi putih, dan kek berisiko mengubah kadar estrogen dan boleh menyebabkan saiz fibroid membesar!
  • Kafein: Terlalu banyak kafein memberi ‘stres’ tambahan pada hati anda, menyukarkan organ untuk berfungsi dengan baik dan berisiko mengganggu keseimbangan hormon
  • Alkohol: Pengambilan alkohol yang berlebihan menyebabkan keradangan pada badan dan penurunan fungsi imun. Mengurangkan alkohol dapat bantu meningkatkan keseimbangan hormon yang sihat

Kesimpulannya, peengambilan makanan yang mengandungi soya bukan punca kepada masalah penyakit berkaitan wanita. Walau bagaimanapun, kami sarankan anda mendapatkan konsultasi doktor jika ada sebarang kebimbangan berkenaan diri anda.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ini Sebab Mengapa Wanita Perlu Lakukan Ujian PH Miss V, Boleh Buat Sendiri Di Rumah

Ramai wanita yang runsing mengenai pH vagina mereka. Namun, tahukah anda ada cara yang mudah untuk menguji pH di rumah? Mudah sahaja!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Fatin Zahra
Ujian & Pemeriksaan Untuk Wanita 08/02/2021 . 3 minit bacaan

Amalan Tradisi Bertangas, Betul Ke Wap Herba Ini Bagus Untuk Kesihatan Faraj?

Anda mungkin pernah mendengar tentang amalan nenek moyang kita yang masih lagi diamalkan dalam penjagaan kesihatan faraj, bertangas. Tapi, berkesan ke?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Kesihatan Wanita Lain 05/02/2021 . 3 minit bacaan

Guna Asid Borik Untuk Rawat Masalah Jangkitan Faraj, Biar Betul? Selamat Ke?

Asid borik digunakan untuk merawat jangkitan faraj? Biar betul? Jika kalian berminat untuk ketahui jawapannya, ikuti kupasan ini dengan lebih lanjut!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 29/01/2021 . 3 minit bacaan

Condong Ke Hadapan Atau Belakang, Mana Satu Posisi Rahim Normal?

Rahim adalah organ wanita berbentuk buah pear yang memainkan peranan penting dalam proses kitaran haid, kehamilan dan kelahiran bayi.

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Gaya Hidup Sihat, Kesihatan Perempuan 20/01/2021 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

hari wanita sedunia

4 Perkara Wajib Yang Perlu Setiap Wanita Lakukan, Jika Tidak, Nyawa Boleh Terancam!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
makanan tidak berkhasiat

Usia Sudah Mencecah 40, 50 Tahun? 5 Makanan Ini Boleh Tingkatkan Risiko Penyakit, Sila Elak!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Mohammad Nazri Zulkafli
Diterbitkan pada 05/03/2021 . 3 minit bacaan
pundi hempedu dibuang

Lepas Pembedahan Pundi Hempedu, Tak Boleh Minum Susu! Apa Lagi Makanan Kena Pantang?

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 17/02/2021 . 3 minit bacaan
kesan selepas pembedahan

Ini 10 Pro & Kontra Selepas Buang Rahim, Setiap Wanita PATUT Ambil Tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Asyikin Md Isa
Diterbitkan pada 10/02/2021 . 3 minit bacaan