backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

4

Tanya Doktor
Simpan

Risau Fibroid Membesar Di Dalam Rahim? Jaga Diet Anda, Ada Makanan Yang Boleh Kecutkan Fibroid!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

    Risau Fibroid Membesar Di Dalam Rahim? Jaga Diet Anda, Ada Makanan Yang Boleh Kecutkan Fibroid!

    Pelbagai cara dicuba oleh wanita dalam usaha mengubati ketumbuhan di dalam rahim, termasuk histerektomi. Namun, dakwaan baharu mengatakan pemilihan diet makanan tertentu dapat kecutkan fibroid!

    Sejauh manakah keberkesanannya?

    Apa itu fibroid?

    Fibroid rahim, atau istilah perubatannya leiomyoma merupakan ketumbuhan jinak, dalam bentuk tunggal atau berganda yang boleh tumbuh di dinding atau otot rahim.

    Selalunya, fibroid rahim akan dialami oleh wanita lingkungan umur 18 hingga 50 tahun, di mana sistem peranakan masih subur.

    Kajian mendedahkan secara puratanya 20% wanita dalam lingkungan umur tersebut mengalami fibroid rahim dan ketumbuhan ini selalunya mengecut selepas menopaus.

    Punca fibroid rahim masih belum ditemui namun pengkaji beranggapan, ia terjadi oleh beberapa faktor seperti perubahan genetik dan hormon.

    Fibroid merangkumi sel otot dan tisu penyambung berserat (fibrous connective tissue).

     Penggabungan komposisi ini yang memberi pelbagai simptom seperti sakit di pangkal rahim, senggugut, masalah pendarahan tidak normal dan sakit ketika bersenggama.

    Antara 70 sehingga 80% wanita menghidapi ketumbuhan fibroid rahim pada saat mereka mencecah usia 50 tahun.

    Malahan, anda juga mungkin cenderung untuk mengalami lebih daripada satu jenis fibroid.

    Walaupun makanan tidak dapat merawat atau mencegah fibroid, namun diet dan gaya hidup harian anda mungkin berperanan dalam mengurangkan risiko ketumbuhan ini.

    Perubahan diet dan gaya hidup

    Terdapat beberapa perubahan yang boleh dilakukan dalam usaha untuk mengurangkan risiko dan kecutkan fibroid, antaranya termasuk:

    kesan alkohol

    Kurangkan pengambilan alkohol

    Tahukah anda, pengambilan minuman beralkohol secara melampau boleh meningkatkan risiko fibroid?

    Alkohol meningkatkan tahap hormon yang diperlukan untuk pertumbuhan fibroid, di samping mencetuskan masalah keradangan.

    Satu kajian mendapati wanita yang minum satu atau lebih bir sehari berisiko lebih daripada 50% untuk mendapat penyakit ini.

    Mengimbangkan hormon estrogen

    Estrogen adalah hormon yang penting untuk kesuburan. Walau bagaimanapun, hormon estrogen yang terlalu banyak mampu meningkatkan risiko untuk mendapat fibroid.

    Kebanyakan rawatan fibroid berfungsi untuk menurunkan tahap hormon ini. Antara kaedah lain untuk menyeimbangkan tahap estrogen termasuk:

    • Menurunkan berat badan: Ternyata obesiti dan berat badan berlebihan meningkatkan risiko seseorang wanita mendapat fibroid. Sel-sel lemak menghasilkan estrogen dengan lebih banyak, justeru dengan menurunkan berat badan dapat membantu mencegah atau memperlambat pertumbuhannya.
    • Elak bahan kimia yang boleh mengganggu hormon: Bahan kimia semula jadi dan sintetik dapat mengganggu keseimbangan endokrin lalu meningkatkan tahap estrogen. Unsur kimia di dalam bahan ini boleh menyerap ke dalam badan melalui kulit dan makanan. Jadi, hadkan penggunaan bahan kimia yang dijumpai di dalam baja, racun perosak, plastik seperti BPA, pewarna, cat dan beberapa produk penjagaan diri

    Makanan apakah yang disarankan?

    Diet sahaja tidak dapat merawat fibroid. Walau bagaimanapun, diet seimbang dapat membantu mengurangkan beberapa gejala dan komplikasi fibroid.

    Makanan-makanan berikut dikatakan boleh membantu melambatkan dan kecutkan fibroid dalam beberapa kes, seperti:

    #1 Serat

    Makanan yang kaya dengan elemen serat membantu dalam menurunkan berat badan dan menyeimbangkan hormon.

    Selain mengekalkan tahap gula normal dalam darah, serat juga dapat mencegah dan memperlambat pertumbuhan fibroid.

    Di samping itu, pastikan anda menambahkan makanan ini ke dalam diet harian:

    • Sayur-sayuran
    • Buah-buahan
    • Roti gandum dan pasta
    • Sayur-sayuran cruciferous
    • Oat
    • Lentil
    • Barli
    • Kekacang

    #2 Potasium

    Potasium pula berfungsi untuk membantu mengatasi kesan garam dalam menyeimbangkan tekanan darah.

    Untuk mendapatkan manfaat potasium, pastikan anda memasukkan senarai makanan berikut ke dalam diet harian:

    • Avokado
    • Pisang
    • Buah sitrus
    • Tembikai
    • Kurma
    • Lentil
    • Oat
    • Kentang
    • Tomato

    #3 Produk tenusu

    keju

    Tambahkan produk tenusu seperti yogurt dan keju penuh lemak ke dalam diet kerana ia kaya dengan kalsium, fosforus, dan magnesium.

    Mineral ini membantu mencegah pertumbuhan fibroid dan memperlambatkan pertumbuhannya.

    #4 Teh hijau

    Satu kajian mendapati, epigallocatechin gallate (EGCG) yang terkandung di dalam teh ini dapat melambatkan pertumbuhan fibroid dengan menurunkan tahap keradangan dan estrogen yang tinggi.

    Selain itu, teh hijau yang mengandungi sumber antioksidan juga dapat memperbaiki gejala pendarahan berat diakibatkan oleh fibroid.

    Makanan apa yang harus dielakkan?

    Berbeza dengan makanan di atas, senarai berikut adalah antara pemakanan yang harus dielakkan kerana dikhuatiri mampu memburukkan lagi kondisi pesakit, antaranya:

    #1 Gula

    Makanan bergula dan karbohidrat mudah boleh mencetuskan atau memburukkan lagi masalah ketumbuhan fibroid.

    Mereka yang gemarkan makanan manis mempunyai kadar gula dalam darah yang tinggi, yang boleh mengakibatkan badan menghasilkan terlalu banyak insulin.

    Perkara ini berbahaya, kerana insulin yang berlebihan boleh menyebabkan kenaikan berat badan dan mempengaruhi pertumbuhan fibroid.

    Elakkan karbohidrat halus dan gula tambahan seperti:

    #2 Makanan yang berisiko meningkatkan estrogen

    Beberapa makanan mengandungi bahan semula jadi yang dapat ‘meniru’ hormon estrogen di dalam badan, yang disebut sebagai fitoestrogen.

    Sebilangan makanan lain pula mengandungi hormon tambahan atau mampu mencetuskan badan untuk menghasilkan lebih banyak estrogen.

    Jika diambil dalam kuantiti yang banyak, kesan negatif yang bakal berlaku terhadap badan juga bertambah tinggi.

    Oleh itu, sekiranya anda ingin menjaga dan mengurangkan risiko mendapat fibroid, had atau elakkan makanan seperti:

    • Daging merah daripada sumber yang merangkumi hormon tambahan
    • Kacang soya
    • Susu soya
    • Tauhu
    • Flaxseed

    Kesimpulannya, apapun usaha anda untuk merawat fibroid, dapatkan konsultasi daripada doktor dahulu.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Nisreen Nadiah · Disemak pada 12/07/2022

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan