backup og meta

Kalau Beli Ubat Kumur Pastikan Ada Label Ini Dulu, Ia Boleh Hilangkan Bau Mulut?

Kalau Beli Ubat Kumur Pastikan Ada Label Ini Dulu, Ia Boleh Hilangkan Bau Mulut?

Perlukah anda memakai ubat kumur mulut kalau sudah menggosok gigi sebelum tidur? Ini penjelasannya yang perlu kta semua ketahui!

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Mulut, anda boleh klik di sini.

Kelebihan menggunakan ubat kumur mulut

Semua orang inginkan nafas yang segar. Dalam menjaga kebersihan oral seharian, memberus gigi dan memflos gigi tidak perlu dipersoalkan lagi kepentingannya.

Meskipun begitu, kita mungkin tidak tahu bahawa berkumur juga merupakan amalan penjagaan oral yang penting.

Berkumur bukan sahaja menyegarkan nafas tetapi juga bagus untuk kesihatan oral secara umumnya,

ubat kumur mulut

  • Membuang penyakit kaviti. Sememangnya, penggunaan ubat kumur jenis fluorida membantu kita mencegah kaviti. Apabila permukaan gigi kita menjadi lemah oleh hakisan, fluorida di dalam ubat kumur boleh diserap ke dalam permukaan gigi untuk menguatkan enamel
  • Mencegah penyakit gusi. Gusi dan soket gigi boleh dirosakkan oleh plak yang tersangkut di celah gigi. Berkumur dengan ubat kumur yang mengandungi alkohol atau chlorohexidine akan membunuh bakteria dan mencegah penyakit periodontal
  • Menyegarkan nafas. Memang diketahui ramai, menggunakan ubat kumur mulut akan mengurangkan sementara nafas berbau. Terdapat pelbagai perasa ubat kumur yang dijual di pasaran. Perasa yang paling terkenal ialah ubat kumur perasa pudina, yang bertindak membunuh bakteria di dalam mulut anda yang menjadi punca utama nafas berbau

Patutkah saya berus gigi, kumur atau flos dahulu?

Tidak kira urutan yang mana satu dilakukan oleh anda, kesemuanya akan mempunyai kesan yang sama sekiranya anda lakukannya selalu.

Meskipun begitu, selalunya orang akan memberus gigi terlebih dahulu untuk mencuci permukaan gigi, kemudian flos untuk mengeluarkan plak dari kawasan yang tidak boleh dicuci oleh berus gigi dan akhirnya menggunakan ubat kumur untuk nafas yang segar.

Walau bagaimanapun, sila rujuk pada label ubat kumur anda yang lazimnya menyediakan arahan supaya anda tahu cara untuk menggunakannya.

Bolehkah anak saya guna cecair kumur mulut?

Kebiasaannya, ubat kumur tidak digalakkan kepada kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah. Terutamanya jenis ubat kumur fluorida kerana kanak-kanak berisiko untuk tertelan ubat kumur tersebut.

Orang dewasa haruslah selalu periksa label amaran dan juga usia yang disyorkan.

ubat kumur mulut

Apakah perlu lihat pada cecair kumur mulut?

Standard utama pada ubat kumur adalah penutup ADA. Penutup ADA menunjukkan bahawa ubat kumur anda adalah selamat dan berkesan untuk digunakan.

Kebanyakan doktor gigi mencadangkan ubat kumur tanpa alkohol berbanding yang selalu digunakan.

Ini adalah kerana alkohol di dalam ubat ini boleh menyebabkan mulut anda kering yang boleh menjadikan nafas berbau sekiranya anda tidak minum dengan secukupnya.

Berhati-hati sebelum membeli sebarang produk penjagaan gigi seperti ubat gigi dan ubat kumur serta mengambil kira masalah oral anda.

Ini kerana terdapat produk khas untuk golongan yang mempunyai nafas berbau dan juga kepada golongan yang mempunyai masalah gigi terhakis.

Memilih ubat kumur mulut yang betul membantu anda menjaga aspek kesihatan oral dengan lebih sempurna.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Mouthwash. https://www.mouthhealthy.org/en/all-topics-a-z/mouthwash, Accessed on Nov 25, 2021
  2. Is mouthwash safe to use every day? https://www.geisinger.org/health-and-wellness/wellness-articles/2018/01/29/20/46/is-mouthwash-safe-to-use-every-day, Accessed on Nov 25, 2021
  3. Do Dentists Recommend Mouthwash? https://woodlandhillsdentist.org/do-dentists-recommend-mouthwash/, Accessed on Nov 25, 2021

Versi Terbaru

28/08/2023

Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin

Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Awww! Sakitnya Bila Tergigit Bibir Dan Lidah, Ikut 4 Langkah Ini Untuk Rawat!

Tak Tahan Bila Sakit Gigi? Ini 7 Cara Hilangkan Sakit Gigi Dengan Mudah!


Disemak secara perubatan oleh

Panel Perubatan Hello Doktor


Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin · Disemak pada 28/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan