Memberus menggunakan ubat gigi yang mengandungi xylitol dapat membantu melindungi gigi daripada sebarang kerosakan manakala florida pula memperbaiki kerosakan yang berlaku pada permukaan gigi.
Menurut Dr. David Okano dari University of Utah School of Dentistry, jangan tertipu dengan ubat gigi semula jadi yang tidak mengandungi sebarang xylitol atau florida.
Ubat gigi yang tidak mengandungi kedua-dua bahan ini tidak dapat menghalang sebarang kerosakan gigi yang bakal berlaku.
Selain daripada nafas yang lebih segar, ubat gigi yang dijual di atas nama ‘semula jadi’ dan ‘tidak mempunyai sebarang bahan kimia’ ini tidak dapat memberikan apa-apa kebaikan terhadap kesihatan mulut anda.
Seperti yang telah dijelaskan sebentar tadi, xylitol berfungsi menghalang bakteria daripada merosakkan gigi.
Florida pula bertindak menguatkan enamel (lapisan perlindungan di sekeliling gigi anda). Sebab itulah kita memerlukan ubat gigi yang mengandungi kedua-dua xylitol dan florida.
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan selama bertahun-tahun, penggunaan ubat gigi yang mengandungi florida dan xylitol dapat melindungi gigi dan memperbaiki kesihatan mulut.
Walau bagaimanapun, pastikan anda memberus gigi sekurang-kurangnya dua kali sehari untuk mendapatkan senyuman yang paling sihat! Tapi, pastikan anda memberus gigi dengan betul! Ikut tip kami di bawah:

Halang pembentukan kaviti pada gigi, guna produk mengandungi xylitol
Xylitol bukan sahaja boleh didapati di dalam ubat gigi, ia juga boleh dijumpai di dalam gula-gula getah dan gula-gula berpudina.
Jika anda ingin membeli manisan yang mengandungi xylitol, anda perlulah membaca senarai bahan yang dicetak di bahagian belakang pembungkus makanan.
Secara amnya, jika xylitol yang terkandung di dalam makanan tersebut bertujuan untuk melindungi mulut anda, ia haruslah disenaraikan sebagai bahan yang pertama.
Penggemar gula-gula xylitol boleh mengambilnya sebanyak 3-5 kali sehari. Jumlah sebanyak 5 gram sudah memadai kerana pengambilan xylitol yang berlebihan boleh menyebabkan anda cirit-birit.
Selain itu, xylitol juga telah disahkan selamat oleh agensi-agensi besar di seluruh dunia seperti WHO dan FDA.
Oleh sebab itu, tidak ada alasan untuk anda tidak memilih ubat gigi yang mengandungi xylitol atas alasan ia tidak selamat untuk dimakan.
Kesimpulan
Jelaslah penggunaan ubat gigi xylitol amat penting untuk memastikan kesihatan mulut kekal terjaga.
Walau bagaimanapun, penjagaan gigi perlulah dilakukan seumur hidup. Oleh sebab itu, jangan sesekali lupa untuk memberus gigi sekurang-kurangnya 2 kali sehari. Kemudian, pastikan anda melakukan flos gigi!
Jika boleh, berjumpalah dengan doktor gigi sekurang-kurangnya 2 kali setahun untuk memastikan gigi anda sentiasa sihat. Lagipun, bukankah kita akan gunakannya sepanjang hayat?
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen