Oleh sebab itu, anda boleh mendapatkan ubat ini daripada doktor atau secara over-the-counter daripada farmasi berdekatan.
Selepas rawatan, pastikan anda berpantang sebentar daripada makan makanan yang masam atau masin. Semua makanan ini boleh menyebabkan luka jadi pedih dan lambat sembuh.
Selain itu, perhatikan juga tanda jangkitan seperti kemerahan, nanah, bengkak atau demam.
Jika kawasan luka pada mulut atau lidah anda dijangkiti, pastikan anda berjumpa doktor secepat mungkin.
Bagaimana pula dengan luka di bibir atau mulut yang serius?
Luka pada kawasan mulut dan bibir akibat tergigit selalunya tidak memerlukan sebarang rawatan kecemasan. Cukuplah sekadar membersihkannya dengan air dan kemudian berkumur dengan air garam.
Walau bagaimanapun, jika berlakunya sebarang koyakan, anda perlu berjumpa doktor secepat mungkin.
Bibir kita terdiri daripada 3 lapisan – kulit, otot dan juga membran mukus. Luka serius yang menyebabkan koyakan hingga ke bahagian membran mukus boleh menyebabkan kecacatan kekal pada kawasan mulut.
Malah, kecederaan ini juga boleh menyebabkan pesakit tidak dapat mengunyah dengan normal. Selain itu, pesakit juga lebih berisiko untuk mengalami jangkitan disebabkan luka yang dialami.
Jika anda selalu mengalami kecederaan mulut disebabkan aktiviti sukan, pastikan anda mempunyai mouth guard sendiri selepas ini.
Mouth guard dapat memberikan perlindungan pada kawasan mulut anda dan mengelakkan sebarang kecederaan daripada melukakan bahagian dalam mulut.
Bersabarlah dan tunggu hingga luka sembuh

Dengan memastikan luka sentiasa bersih, badan anda dapat fokus sepenuhnya terhadap proses penyembuhan.
Pastikan anda sentiasa berkumur menggunakan air garam dan elakkan menyentuh kawasan luka dengan tangan.
Selain itu, jika bengkak, luka atau sakit pada kawasan bibir, mulut dan lidah sukar untuk surut, rajin-rajinkanlah diri anda untuk meletakkan pek ais.
Jika anda risau mengenai keadaan luka anda, dapatkan khidmat nasihat daripada doktor.
Doktor akan memeriksa luka tersebut dan menentukan sama ada anda memerlukan rawatan lebih lanjut ataupun tidak.