Perlu Ke Buat Rawatan Pemutihan Gigi? Sebelum Itu, Ambil Tahu Risikonya Dahulu

Fakta Perubatan Disemak oleh | Oleh

Kemas kini Tarikh 15/01/2021 . 4 minit bacaan
Share now

Pernahkah anda terfikir untuk melakukan pemutihan gigi menggunakan produk untuk mendapatkan gigi yang sihat, cantik dan menawan? Walau bagaimanapun, penggunaan produk pemutihan gigi kadangkala akan membawa lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

Jarang ada orang yang kisah tentang gigi masing-masing. Malah kebiasaannya, kita tidak terlalu memikirkan mengenai gigi kita. Kita hanya terus makan dan minum tanpa menyedari bahawa kita membentuk tabiat yang boleh memberikan risiko kepada kesihatan gigi.

Bagaimana gigi boleh mengalami perubahan warna?

Secara umumnya, terdapat dua faktor utama perubahan warna gigi. Iaitu perubahan warna ekstrinsik dan intrinsik. 

Perubahan warna ekstrinsik

Perubahan warna ekstrinsik adalah apabila makanan, minuman, atau amalan merokok mengotorkan gigi anda. Kopi, teh, wain merah, makanan yang mempunyai pewarna, dan tembakau boleh menyumbang kepada jenis pewarnaan ini.

Noda ini menjejaskan bahagian luar gigi anda. Perubahan warna ekstrinsik boleh dirawat dengan menggunakan ubat gigi pemutih yang mensasarkan noda luar gigi.

Perubahan warna intrinsik

Perubahan warna intrinsik adalah disebabakan faktor dari dalam gigi.

Anda mungkin mengalami perubahan warna disebabkan oleh penggunaan ubat, penyakit ketika zaman kanak-kanak, jangkitan, trauma gigi, atau penuaan. Perubahan warna intrinsik mungkin perlu diputihkan secara profesional untuk mendapatkan tahap keputihan gigi yang sama, atau lebih baik.

Keinginan untuk mendapatkan gigi yang putih dan menawan mendorong sesetengah individu untuk melakukan pemutihan gigi. Walau bagaimanapun, adakah ia selamat dan perlu?

Jika ia selamat, bagaimanakan prosedur atau kaedah yang digunakan? Adakah pemutihan gigi mempunyai sebarang kesan jangka panjang terhadap prestasi gigi anda? Jika anda ingin menjadikannya lebih cerah dan lebih putih, anda sebenarnya boleh melakukannya dengan selamat.

Pilihan produk pemutihan gigi

pemutihan gigi

Terdapat banyak kaedah dan produk yang tersedia untuk memutihkan gigi. Anda mungkin keliru mengenai apa yang hendak digunakan dan jenis produk yang selamat. Terdapat tiga kategori umum kaedah pemutihan, iaitu:

  • dilakukan oleh doktor gigi
  • yang diberikan oleh doktor gigi untuk digunakan di rumah
  • yang diperolehi di kaunter farmasi atau dilakukan di rumah tanpa pengawasan doktor gigi

Anda boleh memilih kaedah tertentu untuk pemutihan gigi berdasarkan satu atau lebih faktor, termasuklah:

  • jenis perubahan warna yang anda miliki
  • kos yang terlibat dalam rawatan
  • kaedah rawatan
  • umur anda (ini berkaitan dengan kanak-kanak)
  • sejarah pergigian anda, termasuk tampalan dan crowning

Anda perlu berbincang mengenai kaedah pemutihan dengan doktor gigi sebelum anda mencuba. Doktor gigi boleh mengesyorkan pelan rawatan yang paling sesuai untuk keperluan anda.

Anda mungkin akan membincangkan beberapa pendekatan yang berbeza untuk memutihkan gigi.

Perlu diingat, masa yang diperlukan untuk memutihkan gigi anda bergantung kepada jenis perubahan warna yang anda miliki dan kaedah yang anda gunakan untuk memutihkan gigi anda.

Produk pemutihan gigi yang boleh didapati di farmasi

pemutihan gigi

Ubat gigi pemutih

Ubat gigi pemutih tidak menggunakan carbamide peroxide. Sebaliknya, ubat gigi ini mensasarkan permukaan gigi anda dengan pelbagai bahan, termasuk abrasive dan bahan kimia blue covarine.

Ia mungkin mengambil masa yang lebih lama untuk ubat gigi tersebut memberikan kesan, tetapi ubat gigi yang mengandungi blue covarine mungkin berkesan selepas dengan hanya satu kali berusan kerana bahan kimia tersebut menjadikan gigi anda kelihatan lebih putih.

Jalur pemutih

Anda juga boleh membeli jalur pemutih di farmasi untuk gigi anda. Jalur ini mengandungi jumlah hidrogen peroksida yang lebih kecil berbanding daripada produk profesional.

Anda boleh menggunakannya sebanyak satu atau dua kali sehari keatas gigi anda untuk tempoh masa yang ditetapkan seperti yang ditunjukkan oleh pengilang.

Terdapat pelbagai produk jalur pemutih yang boleh didapati, setiap satu dengan kepekatan agen pemutihan yang berbeza-beza.

Benarkah produk pemutihan gigi boleh merosakkan lapisan dentin gigi?

Walaupun produk-produk pemutih gigi (teeth whitening) boleh membuat senyuman lebih menarik, penyelidikan terbaharu menunjukkan bahawa produk-produk tersebut mungkin juga menyebabkan gigi menjadi tidak sihat.

Dalam tiga penyelidikan baharu yang dilaksanakan, penyelidik mendapati bahawa hidrogen peroksida, bahan aktif dalam jalur pemutih (whitening strips), iaitu salah satu produk pemutih gigi yang boleh diperoleh daripada kaunter, boleh merosakkan tisu dentin yang kaya dengan protein yang terdapat di bawah enamel pelindung gigi.

Penyelidikan yang dilaksanakan di makmal Kelly Keenan, profesor madya dalam bidang kimia di Stockton University di New Jersey, dibentangkan di mesyuarat tahunan the American Society for Biochemistry and Molecular Biology semasa mesyuarat 2019 Experimental Biology yang akan diadakan pada April 6 – 9 di Orlando, Florida.

Gigi diperbuat daripada tiga lapisan: enamel gigi luar, lapisan dentin yang mendasari dan tisu penghubung yang menghubungkan akar ke gusi. Kebanyakan kajian jalur pemutihan telah memberi tumpuan kepada enamel gigi, yang mengandungi sedikit protein. Pasukan penyelidikan Keenan memberi tumpuan kepada lapisan dentin, yang membentuk kebanyakan gigi dan mempunyai tahap protein yang tinggi, yang kebanyakannya adalah kolagen.

Hidrogen peroksida dan gigi

Ia terbukti bahawa hidrogen peroksida boleh menembusi enamel dan dentin. Penyelidikan sebelum ini oleh para penyelidik menunjukkan bahawa kolagen dalam lapisan dentin berkurangan apabila gigi dirawat dengan jalur pemutihan.

Pasukan penyelidik cuba mengenalpasti lagi apa yang dilakukan oleh hidrogen peroksida kepada kolagen dan mereka  menggunakan keseluruhan bahagian gigi untuk tujuan kajian dan menumpukan pada kesan hidrogen peroksida terhadap protein.

Dalam penyelidikan baharu yang dijalankan, pasukan penyelidik menunjukkan bahawa protein utama dalam dentin ditukarkan kepada serpihan yang lebih kecil apabila dirawat dengan menggunakan hidrogen peroksida.

Dalam eksperimen tambahan, mereka merawat kolagen tulen dengan menggunakan hidrogen peroksida dan kemudiannya menganalisis protein menggunakan teknik makmal elektroforesis gel yang membolehkan protein untuk divisualisasikan.

Berdasarkan eksperimen tersebut, keputusan penyelidikan mereka menunjukkan bahawa rawatan dengan kepekatan hidrogen peroksida sama seperti yang terdapat dalam jalur pemutihan cukup untuk menghilangkan protein kolagen yang asal, yang mungkin disebabkan oleh pembentukan banyak serpihan yang lebih kecil.

Para penyelidik turut menyatakan bahawa eksperimen mereka tidak menunjukkan sama ada kolagen dan protein lain dalam gigi boleh diperbaharui, oleh itu tidak diketahui jika kerosakan gigi tersebut bersifat kekal atau tidak kekal.

Anda mungkin berkeinginan untuk memiliki gigi yang cantik, putih dan sihat, tetapi anda juga perlu memikirkan kesan sampingan yang mungkin ingin anda hindari.

Walau bagaimanapun, kesemua rawatan pemutihan adalah selamat dan pastikan anda mendapatkan rawatan daripada doktor bertauliah dan menggunakan produk yang diakui keberkesanannya di kaunter farmasi.

Hello Health Group tidak memberikan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Adakah artikel ini membantu anda?
happy unhappy
Rujukan

Anda mungkin berminat dengan artikel berikut

Ibu Ayah, Buat 11 Perkara Penting Ini Untuk Elak Gigi Si Manja Cepat Rosak & Berlubang!

Gigi kanak-kanak perlu dijaga melalui pengambilan makanan yang berkhasiat. Berikut disenaraikan beberapa peraturan pemakanan untuk kesihatan gigi anak-anak

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 31/12/2020 . 3 minit bacaan

Ada 6 Masalah Gigi Kanak-kanak Yang Ibu Bapa Perlu Waspada! Awas Dengan #4 Ya?

Terdapat banyak masalah gigi kanak kanak yang ibu bapa perlu waspada untuk mereka senyum cantik dewasa kelak. Jom klik artikel untuk tahu!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 22/12/2020 . 3 minit bacaan

Gigi Anak Hitam & Rongak? Mak Ayah Usah Biarkan, Ini Bukan Hal Biasa Walaupun Gigi Susu

Perasankah anda bahawa kanak-kanak selalu mempunyai gigi rongak bukan? Jom klik artikel ini untuk tahu punca, tanda dan rawatannya!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Keibubapaan, Kesihatan Anak, Kesihatan Anak Lain 03/12/2020 . 3 minit bacaan

JANGAN Sesekali Kongsi Berus Gigi Walaupun Dengan Pasangan, Boleh Dapat Penyakit Kelamin!

Mungkin anda tidak pernah berkongsi berus gigi, tetapi bagaimana pula jika anda tersilap menggunakan berus gigi orang lain. Ada risiko yang bakal dialami

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Kesihatan Mulut, Masalah Kesihatan Mulut Lain 27/11/2020 . 3 minit bacaan

Artikel lain untuk anda

jenis masalah gigi

Jika Kesihatan Oral Tidak Dipantau, Orang Tua Anda Berisiko Untuk Dapat 5 Penyakit Gigi Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Diterbitkan pada 26/02/2021 . 3 minit bacaan
sakit gigi berdenyut waktu malam

Gigi Berdenyut Buat Tidur Malam Terganggu? Usah Gusar, Cuba PENAWAR Mudah Ini!

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 09/02/2021 . 3 minit bacaan
memberus lidah

Sebab Inilah Kita Kena Berus Lidah Sekali Masa Gosok Gigi! Kalau Tidak, Akan Jadi Begini…

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Ahmad Farid
Diterbitkan pada 26/01/2021 . 3 minit bacaan
masalah gigi bengkok

Malu Ada Gigi Bengkok Dan Senget? Jangan Risau! Ada Rawatan Luruskan Gigi

Fakta Perubatan Disemak oleh Panel Perubatan Hello Doktor
Ditulis oleh Nisreen Nadiah
Diterbitkan pada 21/01/2021 . 3 minit bacaan