backup og meta

Nak Putihkan Gigi? Ini Anggaran Harga Whitening Gigi Klinik Swasta Perlu Anda Tahu

Nak Putihkan Gigi? Ini Anggaran Harga Whitening Gigi Klinik Swasta Perlu Anda Tahu

Tak seronoknya bila tengok cermin nampak gigi kekuningan, betul tak? Usah bimbang, ada rawatan pemutihan gigi boleh anda lakukan. Tetapi berapa harga whitening gigi klinik swasta, ya?

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mulut, sila dapatkannya di sini.

Prosedur pemutihan gigi

Sebelum mengetahui harga whitening gigi di klinik swasta, ayuh kita fahami serba sedikit mengenai prosedur ini. Ia sesuai untuk dilakukan jika anda merasakan gigi kekuningan dan ingin memutihkannya.

Pemutihan gigi adalah satu proses yang melibatkan pelunturan gigi untuk menjadikannya lebih cerah,. 

Prosedur ini tidak boleh menjadikan gigi anda putih berkilau tetapi dapat mengubah keadaan gigi kepada warna yang lebih cerah daripada asal.

Rawatan pemutihan gigi ini sesuai untuk dilakukan oleh individu dengan gusi yang sihat dan tidak mempunyai gigi tampalan.

Siapa yang boleh melakukan prosedur pemutihan gigi?

Umumnya prosedur ini hanya boleh dijalankan oleh doktor gigi atau profesional pergigian berdaftar seperti pakar kebersihan pergigian atau ahli terapi pergigian atas preskripsi doktor gigi.

Melakukan prosedur ini di tempat tidak bertauliah boleh membahayakan kesihatan mulut anda

Bagaimana kalau ingin melakukan prosedur pemutihan ini di rumah menggunakan kit pemutihan gigi DIY yang dijual di pasaran?

harga whitening gigi

Sama seperti melakukan pemutihan gigi di tempat tidak bertauliah, anda boleh melakukannya sendiri tetapi ada risiko dan bahaya yang boleh terjadi.

Kenapa hanya harga whitening gigi klinik swasta sahaja?

Pasti ada yang bertanya, kenapa hanya kos pemutihan gigi di klinik swasta sahaja? Kenapa tidak membuat perbandingan harga antara klinik swasta dan kerajaan?

Sebenarnya di klinik pergigian kerajaan, tidak ditawarkan rawatan pemutihan gigi ini secara rutin dan ia merupakan rawatan khas untuk mereka yang amat memerlukan sahaja. 

Sebaliknya, hanya rawatan berikut yang terdapat di klinik gigi Kesihatan Kerajaan Malaysia (KKM):

  • Konsultasi
  • Cabutan gigi longgar
  • Tampalan gigi
  • Scaling gigi 
  • Pembaikan gigi palsu

Oleh sebab itulah hanya harga whitening gigi klinik swasta dapat disenaraikan.

Baca juga:

Harga whitening gigi

Bagi kos pemutihan di klinik pergigian swasta, harganya adalah bergantung kepada cara dan teknik yang digunakan. Bayaran untuk penggunaan laser atau power whitening adalah lebih mahal berbanding pelunturan biasa.

Penulis ada membuat carian di Google untuk mengetahui perbandingan harga, tetapi sayangnya apa yang boleh dikongsikan hanyalah anggaran purata kos sahaja.

Lokasi popular di Malaysia Anggaran harga secara purata
Kuala Lumpur RM1,500
Selangor RM950
Melaka RM900
Johor Bahru RM1,550

Sekali lagi, suka untuk penulis ingatkan bahawa harga yang dipaparkan di atas hanya anggaran kos agar anda boleh menyediakan bajet secukupnya sebelum melakukan sebarang rawatan pemutihan gigi. 

Untuk mendapatkan kos sebenarnya, berundinglah dengan doktor di klinik pergigian pilihan anda yang menawarkan rawatan ini.

Kenapa harga whitening gigi dan scaling berbeza?

Pasti ramai yang salah faham mengenai antara dua prosedur ini, iaitu scaling dan pemutihan gigi. 

Umumnya, prosedur scaling bukanlah untuk memutihkan gigi. Sebaliknya, scaling dilakukan untuk bersihkan permukaan gigi serta gusi daripada kotoran dan karang gigi.

Kotoran atau kekuningan (stain) pada gigi boleh berlaku atas pelbagai faktor seperti merokok dan pengambilan minuman tertentu seperti kopi dan teh. 

harga whitening gigi

Karang gigi pula terbentuk apabila plak (tahi gigi) melekat dan mengeras pada permukaan dan celah gigi.

Dengan memberus dan flos gigi boleh membantu untuk kurangkan pembentukan karang gigi namun ia masih boleh terhasil.

Dalam prosedur scaling, doktor akan menggunakan alat scaler khas untuk mencuci celah gigi, permukaan gigi serta bahagian gusi dengan teliti.

Sebab itu harga untuk scaling adalah jauh berganda lebih murah berbanding prosedur pemutihan gigi iaitu dalam anggaran RM80 hingga RM200. Harap selepas ini, tidak ada lagi yang tersalah anggap ya?

Harga whitening gigi #Prosedur pemutihan gigi

Doktor pergigian biasanya akan mengambil masa selama 1 jam sehingga beberapa kali lawatan bergantung kepada warna gigi dan teknik yang digunakan. Biasanya teknik pelunturan profesional adalah kaedah paling kerap digunakan.

Kebiasaannya proses pembersihan gigiscaling dan polishing – digalakkan untuk dilakukan sebelum memulakan rawatan pemutihan ini.

Rawatan bermula dengan mengambil warna gigi. Kemudiannya gusi akan dilindungi dengan pelindung getal atau gingival protection gel, sekali gus hanya sebahagian gigi sahaja akan kekal terdedah untuk sepanjang prosedur ini.

harga whitening gigi

Doktor gigi akan menyapu gel pemutih hydrogen peroxide pada permukaan gigi dan bahagian gigi tersebut akan didedahkan dengan whitening light.

Gel akan dibiarkan pada gigi selama tempoh 15 minit (1 sesi) bersama whitening light. Sebanyak 3 sesi akan dilakukan – bermakna tempoh keseluruhan proses memakan masa lebih kurang 45 minit.

Apabila proses tersebut selesai, permukaan gigi akan dibersihkan dan gel sensitivity-reducing fluoride akan disapu pada gigi. Tetapi untuk apa ya?

Ini kerana sesetengah individu mungkin akan mengalami rasa ngilu – sensitif – terhadap makanan atau minuman sejuk semasa/selepas rawatan. Penggunaan whitening light juga mungkin boleh mengakibatkan sedikit rasa tidak selesa.

Tempoh gigi kekal putih

Adakah rawatan dan harga whitening gigi ini akan membuatkan gigi kekal putih untuk tempoh yang lama? Tiada jawapan yang tepat dapat diberikan kerana kesan rawatan adalah bergantung kepada individu. 

Lazimnya selepas rawatan pemutihan, gigi boleh kekal cerah selama tempoh 3 tahun. Pun begitu, kesannya boleh menjadi lebih singkat kepada mereka yang merokok atau mengambil makanan mahupun minuman yang boleh meninggalkan kesan pada warna gigi seperti kopi.

[embed-health-tool-bmi]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Pemutihan Gigi (Gigi Vital / Hidup). http://www.myhealth.gov.my/pemutihan-gigi-gigi-vital-2/, Accessed on July 28, 2022
  2. Teeth Whitening – Rawatan Pemutihan Gigi. https://www.artisandental.my/en/teeth-whitening/, Accessed on July 28, 2022
  3. Teeth whitening. https://www.nhs.uk/conditions/teeth-whitening/, Accessed on July 28, 2022 
  4. Harga Scaling Gigi Di Klinik Kerajaan & Swasta 2022 Serta Kepentingannya. https://ecentral.my/harga-scaling-gigi/, Accessed on July 28, 2022 
  5. Tooth whitening. https://www.dentalhealth.org/tooth-whitening, Accessed on July 28, 2022 

 

Versi Terbaru

09/05/2024

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Nurul Nazrah Nazarudin


Artikel Berkaitan

Arang Gigi, Adakah Benar-benar Memutihkan?

Perlu Ke Buat Rawatan Pemutihan Gigi? Sebelum Itu, Ambil Tahu Risikonya Dahulu


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 09/05/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan