backup og meta

Ingin Berkahwin Lain? Ada 3 Perkara Berkaitan Anak Perlu Anda Fahami Terlebih Dahulu

Ingin Berkahwin Lain? Ada 3 Perkara Berkaitan Anak Perlu Anda Fahami Terlebih Dahulu

Selalunya penerimaan anak terhadap perkahwinan baharu ibu atau bapanya agak bercampur baur. Ada yang menerima dengan mudah dan terdapat juga yang sebaliknya. Ini 3 perkara yang perlu anda fahami.

Perkahwinan baharu vs penerimaan anak

Bagi kanak-kanak, penerimaan tentang perkahwinan baharu ibu bapa sering kali diterima dengan perasaan yang bercampur. Sama ada mereka menyokong atau tidak, pastinya ada halangan yang menanti.

Berikut adalah beberapa kesukaran dan cabaran yang paling biasa dihadapi kanak-kanak yang masih bersekolah.

#Kehilangan keluarga lama

Apabila ibu bapa mula mempunyai teman baru, membina hubungan serius dan akhirnya membuat keputusan untuk berkahwin lagi, kanak-kanak mungkin teringat kepada keluarga dan kehidupan dahulu bersama ibu bapa mereka.

Walau bagaimanapun, kini, bersama keluarga baru, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa ibu dan bapa mereka tidak mungkin kembali bersama dan ini sekali gus membuatkan mereka merasakan mereka tidak pernah memiliki keluarga dahulu semula.

Ini menjadi punca kesedihan yang teramat sangat.

Kanak-kanak ketika dalam proses pembesaran, akan membina jalinan hubungan erat dengan ibu atau bapa mereka sendiri.

perkahwinan semula

Namun, sekarang mereka perlu belajar bagaimana untuk berkongsi ibu bapa bukan sahaja dengan pasangan baru tetapi mungkin dengan adik-beradik  yang tidak mereka kenali.

Mujurlah, dengan berlalunya masa, kebanyakan kanak-kanak dapat menyesuaikan diri dengan keluarga baru mereka. Apabila kanak-kanak mula mengenali adik-beradik dan ibu atau bapa tiri mereka, mereka cenderung untuk menerima keluarga baru.

#Jangan beri tekanan dan memaksa

Ramai kanak-kanak berfikir seandainya mereka suka dan menunjukkan kasih sayang kepada ibu bapa tiri, ia dianggap sebagai tidak setia kepada ibu bapa kandung.

Malah mereka juga mungkin merasakan seandainya ibu atau bapa mereka melakukan perkahwinan baharu, mereka akan melupakan ibu bapa kandung. Anak anda mungkin berada dalam kekeliruan, menerima 2 bapa atau 2 ibu.

Pada permulaan, biasakan anak anda untuk bertemu dengan pasangan baru anda dalam dan dengan cara yang selesa untuk anak anda.

Sentiasa beritahu pada anak anda bahawa, “Bapa tiri kamu adalah seperti bapa kandung kamu. Ibu tidak berniat menggantikan tempat bapa kandung kamu dengan sesiapa kerana tiada siapa dapat menggantikannya.”

Anak anda mungkin akan membuat perbandingan ibu bapa kandung dengan ibu bapa tiri, sama ada secara positif atau negatif.

Mereka mungkin akan melepaskan kata-kata seperti, “Anda tidak seperti ibu saya.” Perbandingan adalah normal pada tempoh ini. Anak anda akan berhenti melakukannya pada akhirnya.

Jika perlu, kedua ibu bapa, kandung dan tiri, harus mempunyai hubungan baik antara satu sama lain, bekerjasama dan berbincang mengenai anak-anak. Ini boleh dimulakan dengan panggilan telefon untuk bertanya khabar dan pemerhatian tentang anak-anak.

Kedua belah pihak mungkin boleh membuat keputusan untuk makan tengahari bersama atau sebarang pertemuan tidak formal lain.

Jangan meletakkan bebanan pada anak-anak untuk memberi kesetiaan pada pihak yang mana. Selesaikan masalah bersama bekas pasangan anda secara matang.

#Adaptasi peraturan baharu

Apabila anak anda berubah tempat tinggal, dari duduk serumah dengan ibu atau bapa tunggal, ke rumah yang turut diduduki oleh ibu atau bapa tiri bersama adik-beradik tiri, mereka perlu berdepan dengan perubahan dalam institusi keluarga mereka.

Rutin akan berubah dan pelbagai tugasan rumah baru akan perlu dilakukan. Apabila lebih ramai individu berpindah ke rumah, masalah privasi mungkin menjadi isu utama.

berkahwin lain

Ia mungkin menimbulkan kesukaran buat anak-anak untuk mempunyai ruang peribadi seperti yang dimiliki sebelum ini.

Semua pasangan mempunyai harapan yang sama agar perkahwinan baharu ini akan menjadi sesempurna yang mungkin.

Walau bagaimanapun, untuk keluarga tiri baru, ia adalah satu tindakan tidak praktikal untuk mengharapkan penerimaan anak dalam jangka masa pendek untuk terus menyayangi dan menghormati ibu atau bapa tiri.

Anak perlukan masa 

Hakikatnya, kanak-kanak perlukan masa untuk membina satu hubungan dengan ibu atau bapa tirinya. Ia akan berlaku secara perlahan-lahan. Secara umumnya, hubungan yang baik dapat terjalin dengan pantas untuk anak-anak yang lebih kecil.

Ini kerana anak-anak yang sudah agak dewasa,  yang mempunyai cara yang tersendiri, akan mungkin merasakan kehidupan mereka telah diganggu oleh individu wanita mahupun lelaki, yang kini bergelar ibu atau bapa tiri mereka.

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

https://www.healthychildren.org/English/family-life/family-dynamics/types-of-families/Pages/What-Your-Child-is-Experiencing-When-You-Remarry.aspx

https://www.apa.org/topics/stepfamily

https://www.gracepointwellness.org/1262-child-development-parenting-middle-8-11/article/38381-divorce-and-remarriage

Remarrying Well with Children

 

Versi Terbaru

15/05/2023

Ditulis oleh Asyikin Md Isa

Disemak secara perubatan oleh Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

6 Beradik Sekelip Mata Jadi Yatim Piatu - Ini Pentingnya Ibu Bapa Jaga Kesihatan Diri

Berlumba Nak Anak Sentiasa Cemerlang & Wajib Skor Straight A, Itu Semua Punca Anak Stres!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Aisyah Syahira Abdul Hamid

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Asyikin Md Isa · Disemak pada 15/05/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan