backup og meta
Info Kesihatan
Alat Kesihatan

7

Tanya Doktor
Simpan

Ini Cara Ambil Pil Perancang Yang Betul, Bukan Boleh Main Makan Sahaja!

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan · Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/02/2024

    Ini Cara Ambil Pil Perancang Yang Betul, Bukan Boleh Main Makan Sahaja!

    Anda baru berkahwin? Tidak pasti bagaimana untuk pilih atau dapatkan pil perancang hamil yang terbaik untuk kegunaan anda dan pasangan? Tahukah anda, ini adalah antara kaedah perancang keluarga yang murah dan efektif?

    Jika anda sedang mencari info yang lebih lanjut mengenai pil perancang hamil, jangan risau, anda sedang berada di artikel yang betul!

    Ikuti panduan ini supaya anda boleh membuat keputusan yang lebih bijak!

    Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Seksual, sila dapatkannya di sini.

    Pilih kaedah perancang keluarga yang terbaik

    Jika anda dan pasangan pilih untuk mengambil pil perancangan kehamilan, anda merupakan antara ribuan lagi pasangan lain yang turut menggunakan cara yang sama.

    Pil perancang merupakan bentuk kontraseptif yang paling popular. Tambah lagi, cara ini merupakan kaedah yang paling mudah dan efektif.

    Jika anda sudah berkahwin, berumur antara 20-35 tahun, dan tidak bersedia menimang cahaya mata, anda digalakkan untuk mengamalkan kaedah perancang keluarga yang sesuai dengan gaya hidup dan kewangan.

    Kaedah kontraseptif sedia ada seperti cara mengira masa subur ataupun ‘pancut luar’ tidak dapat menghalang kehamilan daripada berlaku.

    Malah, ramai yang mendapat ‘anak segera’ hasil daripada hubungan seksual yang sebegini.

    Pil kontraseptif boleh bantu wanita daripada mengalami sebarang ‘pregnancy scare’ ataupun rasa takut jika mengandung.

    Bukan semua wanita mampu untuk menimang cahaya mata. Pertambahan bilangan anak boleh menjejaskan kewangan institusi keluarga jika tidak dirancang dengan baik.

    Oleh itu, penting untuk anda pilih kaedah yang paling sesuai untuk kesejahteraan ibu dan juga keluarga. Mental ibu juga lebih terjaga jika anda amalkan pengambilan pil perancang hamil secara konsisten.

    Di mana boleh saya dapatkan pil perancang hamil?

    pil perancang hamil
    Terdapat pelbagai jenis pil perancang yang ada di pasaran.

    Pil perancang boleh dibeli di mana-mana sahaja farmasi di seluruh negara. Ia boleh dibeli secara terus tanpa sebarang konsultasi daripada doktor.

    Walau bagaimanapun, jika anda merupakan pasangan yang baru berkahwin, anda perlulah ambil tahu serba sedikit tentang cara pengambilan pil perancang yang betul.

    Selain itu, anda juga perlu tahu sama ada boleh ambil pil kontraseptif kecemasan bersama-sama dengan pil perancang ataupun tidak.

    Info yang lebih lanjut boleh didapati daripada ahli farmasi yang bertugas. Mereka juga akan menjelaskan tentang ubat yang anda beli dengan lebih lanjut.

    Tidak salah jika anda mahukan sesi konsultasi daripada doktor. Malah, doktor juga boleh mencadangkan kepada anda jenis ataupun jenama pil perancang hamil yang terbaik berdasarkan sejarah penyakit anda!

    Pil perancang hamil boleh dapat percuma?

    Jika anda mempunyai masalah kewangan, anda boleh dapatkan pil perancang daripada klinik kerajaan ataupun klinik LPPKN terdekat dengan bayaran serendah RM5.

    Harga pil perancang yang dijual di pasaran berada dalam lingkungan RM10 hinggalah RM50. Pil kontraseptif kecemasan pula boleh dibeli dengan harga bermula daripada RM5 hingga RM15.

    Bagaimanakah cara makan pil perancang?

    pil perancang hamil
    Pil perancang sangat membantu dalam perancangan keluarga.

    Tahu cara makan pil perancang?

    Cara pemakanan pil perancang kehamilan adalah mudah. Anda hanya perlu makan sebiji pil sehari. Jangan lupa makan pil kerana ia boleh membuatkan ubat tersebut kurang efektif.

    Anda tidak perlu tunggu hari pertama datang bulan ataupun hari terakhir period untuk makan pil perancang. Anda boleh mula bila-bila masa yang anda suka!

    Walau bagaimanapun, anda dinasihatkan untuk menggunakan kondom selama 7 hari selepas anda makan pil. Ubat perancang kehamilan mungkin perlukan 7 hari sebelum ia benar-benar efektif.

    Sebagai panduan, anda boleh:

    1. Ambil pil pertama mengikut hari yang betul dan minggu yang betul.
    2. Makan pil tersebut setiap hari hingga habis.
    3. Berhenti makan ubat ketika anda sedang datang bulan (7 hari).
    4. Makan ubat yang baru pada hari ke-8 setelah habis menstruasi.

    Selain itu, anda juga perlu tahu tentang jenis pil perancang yang diambil. Jika anda ambil pil jenis kombinasi, anda mungkin perlu tunggu selama 7 hari untuk selamat daripada kehamilan.

    Apa yang anda perlu lakukan jika terlupa makan pil

    Jika anda terlupa, ataupun terlambat makan pil, kaedah kontraseptif ini akan jadi kurang berkesan.

    Risiko untuk anda hamil bergantung kepada bila anda lupa makan pil dan berapa banyak pil yang anda terlupa untuk makan.

    pil perancang hamil
    Berikut merupakan antara fungsi-fungsi lain pil perancang.

    Jika anda muntah ataupun alami cirit-birit setelah makan pil tersebut, anda mungkin perlu berjumpa dengan doktor untuk pemeriksaan lanjut.

    Walau bagaimanapun, gunakan kondom sebagai langkah berjaga-jaga.

    Penafian

    Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

    Disemak secara perubatan oleh

    Dr. Joseph Tan

    Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


    Ditulis oleh Fatin Zahra · Disemak pada 07/02/2024

    advertisement iconIklan

    Adakah artikel ini bermanfaat?

    advertisement iconIklan
    advertisement iconIklan