Stress atau tekanan boleh berlaku kepada sesiapa. Tetapi apakah tanda stress pada seseorang lelaki itu ya?
Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.
Lelaki stress?
Tidak seperti kaum Hawa, lelaki amat sukar atau jarang sekali memperlihatkan perasaan mereka di khalayak ramai.
Mereka lebih gemar menyembunyikan perasaan mereka, seperti stres, disebabkan oleh faktor ego atau tidak mahu membesarkan perkara yang dianggap remeh.
Mungkin disebabkan oleh tanggapan yang remeh ini juga, golongan lelaki tidak begitu mempedulikan tanda stress fizikal yang berlaku pada diri mereka.
Tambahan pula, stres adalah satu pengalaman bersifat individu di mana perkara yang menyebabkan stres pada seseorang lelaki, mungkin tidak berlaku pada lelaki-lelaki yang lain.
Tanda stres juga berbeza antara individu dengan individu yang lain. Justeru, sebaik-baiknya adalah orang yang terdekat dapat mengenal pasti tanda-tanda jika seseorang lelaki itu sedang berada dalam keadaan stres.
Apakah tanda stress dalam kalangan lelaki?
Stres boleh dialami dalam dua keadaan, iaitu sama ada secara fizikal mahupun psikologi, tetapi kedua-duanya adalah saling berkaitan.
Kajian ada menunjukkan bahawa stres yang kronik boleh menyebabkan penurunan fungsi imun tubuh.
Ini kemudiannya akan meningkatkan risiko jangkitan dan mengurangkan kemampuan tubuh untuk melawan jangkitan tersebut.
Simptom fizikal stres
Berikut merupakan antara simptom-simptom fizikal kejadian stres dalam kalangan kaum lelaki:
- Sakit pada bahagian dada.
- Jantung yang berdegup laju.
- Tekanan darah tinggi.
- Tercungap-cungap.
- Keletihan.
- Dorongan seks (libido) yang semakin menurun.
- Sakit pada bahagian otot seperti sakit belakang dan sakit leher.
- Sakit kepala.
- Pening.
- Rasa kering pada bahagian tekak.
- Ketidakhadaman.
- Sembelit atau cirit-birit.
- Peluh meningkat.
- Kekejangan perut.
- Kehilangan atau pertambahan berat badan.
- Masalah kulit.
Simptom psikologi stres
Selain daripada simptom atau tanda-tanda stress secara fizikal, tekanan juga boleh memberi kesan terhadap psikologi seseorang individu.
Berikut merupakan antara simptom-simptom psikologi akibat stres:
- Kesedihan.
- Kemurungan.
- Menangis.
- Rasa terasing.
- Insomnia.
- Emosi yang tidak stabil.
- Kebimbangan.
- Kegelisahan.
- Kemarahan yang tidak terkawal.
- Makan secara berlebihan atau terlalu kurang.
- Rasa tidak yakin pada diri sendiri.
- Produktiviti yang semakin menurun.
- Tidak puas dengan kerja.
- Perubahan yang berlaku dalam perhubungan.
- Kerap merokok.
- Kerap mengambil alkohol atau dadah.
Kaedah-kaedah melegakan stres yang boleh anda cuba
Jika anda adalah seorang lelaki dan berasa bahawa anda sedang berada dalam fasa tekanan, anda mungkin mahu mencuba beberapa kaedah ini bagi melegakan tekanan yang anda alami.
Terdapat beberapa strategi yang boleh anda lakukan, iaitu strategi jangka pendek, strategi jangka panjang, strategi pantas dan juga coping yang berfokus kepada masalah yang berlaku.
Kami sarankan untuk anda melakukan strategi jangka pendek ini terlebih dahulu kerana ia amat praktikal untuk dilakukan dalam tempoh yang singkat.
Baca juga: