backup og meta

Punca Penyakit Mental Adalah Rumit, Faktor Persekitaran Juga Mainkan Peranan?

Punca Penyakit Mental Adalah Rumit, Faktor Persekitaran Juga Mainkan Peranan?

Otak adalah organ manusia yang paling kompleks.

Tidak sama seperti organ lain, fungsinya masih belum dapat sepenuhnya difahami oleh para doktor dan juga saintis.

Ini kerana tidak semua fungsinya adalah berbentuk fizikal yang boleh diukur dan terdapat unsur-unsur psikologi yang sukar dinilai secara objektif.

Mungkin ada yang merasakan bahawa penyakit mental adalah jarang dan tidak akan berlaku pada mereka.

Sebaliknya, data yang dimuatkan di dalam Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2015 (NHMS) menunjukkan bahawa lebih kurang 30% daripada rakyat Malaysia mengalami penyakit berkaitan emosi.

Ia adalah penyakit utama yang melanda masyarakat pada hari ini di peringkat global.

Persoalannya, apakah punca penyakit mental ini berlaku kepada individu?

Jom sama-sama kita ikuti artikel ini untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut!

Apakah punca penyakit mental yang sebenar?

Untuk pengetahuan anda, ada 3 faktor yang utama perkara ini terjadi adalah biologi, psikologi dan persekitaran.

Penyakit Mental

#1. Biologi (fizikal)

Sesetengah penyakit mental dikaitkan dengan ketidakseimbangan pada bahan kimia di dalam otak yang disebut sebagai neurotransmitter.

Bahan kimia ini berperanan dalam membolehkan sel-sel di dalam otak berhubung antara satu sama lain.

Ketidakseimbangan yang berlaku akan mengganggu fungsi otak.

Inilah yang menjadi asas kepada ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit mental.

Genetik juga mempunyai sumbangan dalam keadaan kesihatan ini.

Ahli keluarga kepada pesakit lebih cenderung mengalami penyakit yang sama.

Namun, ia lebih kompleks dan melibatkan banyak gen.

Jangkitan dan kecederaan otak turut boleh menyebabkan penyakit berkaitan emosi.

Selain itu, faktor-faktor seperti kekurangan zat dan terdedah kepada bahan toksik mungkin memainkan peranan yang penting juga.

#2. Psikologi

Faktor psikologi yang menyumbang kepada gangguan mental seperti:

penyakit mental

#3. Persekitaran

Sesetengah perkara yang berlaku di sekeliling boleh merangsang penyakit berkaitan emosi dalam kalangan mereka yang berisiko. Ini termasuklah:

  • Kematian atau perceraian
  • Keluarga yang bermasalah
  • Bertukar sekolah atau kerjaya
  • Pandangan dan persepsi masyarakat – contohnya, definisi cantik yang diletakkan oleh masyarakat memaksa seseorang untuk tidak makan atau memuntahkan semula makanan yang dimakan untuk kekal kurus (gangguan pemakanan)
  • Penyalahgunaan dadah

Semua faktor saling berkaitan menjadi punca penyakit mental

Tiada satu faktor yang secara jelas menyebabkan gangguan mental dan semuanya adalah saling berkaitan antara satu sama lain.

Interaksi antara semua faktor ini menatijahkan keadaan tersebut.

Setiap jenis penyakit mental juga mempunyai senario yang berbeza.

Faktor risiko kemurungan tidak sepenuhnya sama seperti bipolar.

Begitu juga dengan contoh-contoh yang lain termasuk kebimbangan (anxiety), gangguan obsesif kompulsif (OCD) dan gangguan pemakanan.

Apa yang disebutkan di atas adalah faktor umum bagi semua penyakit berkaitan emosi.

Sekiranya anda atau individu di sekeliling mungkin terdedah kepada punca penyakit mental ini, sila berjumpa dengan doktor segera ya!

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. http://www.thekimfoundation.org/causes.html
  2. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/mental-illness/symptoms-causes/syc-20374968
  3. https://www.mindwisenv.org/info-support/what-is-mental-illness/what-causes-mental-illness/
  4. https://www.mind.org.uk/information-support/types-of-mental-health-problems/mental-health-problems-introduction/causes/
  5. https://www.healthdirect.gov.au/causes-of-mental-illness

Versi Terbaru

19/10/2022

Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Asyikin Md Isa


Artikel Berkaitan

Realiti Penyakit Mental Dalam Kalangan Kanak-Kanak

WHO Perkenalkan Garis Panduan Baru Menguruskan Keadaan Kesihatan Fizikal Dalam Kalangan Penghidap Penyakit Mental Serius


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhamad Firdaus Rahim · Disemak pada 19/10/2022

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan