Ada masanya, individu yang anda sayangi tidak mahu berkongsi tentang trauma yang mereka alami dan anda perlu memberikan perhatian apabila mereka ingin berkongsi. Mereka mudah mengekspresikan ketakutan, kegelisahan atau reaksi negatif.
Penting untuk anda menghormati apa yang mereka rasai dan tidak memaksa mereka untuk memperkatakan tentangnya melebihi keinginan mereka. Tidak perlu memberikan mereka nasihat. Cuba untuk mendengar tanpa menghakimi atau meletakkan sebarang jangkaan.
- Bina kembali kepercayaan dan rasa selamat
Individu yang alami PTSD sentiasa melihat dunia penuh dengan bahaya dan tempat yang menakutkan. Mereka mungkin merasakan mereka tidak dapat mempercayai sesiapa, walaupun diri mereka sendiri.
Jika terdapat apa-apa yang boleh anda lakukan untuk mengembalikan kepercayaan dan rasa selamat kepada individu yang hidapi PTSD adalah sangat membantu. Luahkan komitmen kepada perhubungan anda dan kotakan janji-janji anda, konsisten dan lakukan apa yang anda katakan adalah cara yang terbaik untuk membina kepercayaan dan rasa selamat dengan individu yang anda sayangi.
- Jangkakan dan atasi kecenderungan
Individu, tempat, benda atau keadaan boleh cenderung menyebabkan individu yang anda sayangi teringat perkara trauma atau ingatan negatif masa lampau. Anda perlu mengambil masa untuk mengenal pasti dan memahami potensi yang boleh menjadi pencetus, seperti pemandangan, lagu, bau, dan tarikh tertentu atau masa atau kejadian alam semula jadi. Selepas itu, cuba untuk berbincang dengan individu yang anda sayangi tentang pencetus dan elakkan dari mengingati kenangan buruk.
- Jaga diri
Bersama dengan individu dengan PTSD boleh menyebabkan anda turut alami rasa kecewa dan keletihan. Pastikan anda tahu untuk menjaga diri sendiri dan meluangkan masa untuk diri sendiri, minat peribadi dapat membantu anda untuk pulih dan menjaga diri sendiri.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen