backup og meta

Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

Kantoi Depan Anak Tatkala Asyik Asmaradana! Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan?

Sedang asyik berasmaradana dengan pasangan, tiba-tiba si kecil menyergah kalian berdua! Terkantoi pula seks depan anak.

Ini adalah situasi yang mungkin akan terjadi jika pasangan suami isteri tertangkap melakukan aktiviti seksual di hadapan anak.

Ia bukan sahaja akan membuat anda dan pasangan panik, malah menimbulkan tanda tanya sama ada untuk berhenti atau teruskan sahaja.

Persoalannya, bolehkah suami isteri bersetubuh di hadapan anak? Jom ikuti artikel ini dengan lebih lanjut!

Untuk mendapatkan lebih banyak info tentang Kesihatan Mental, sila dapatkannya di sini.

Kantoi asmaradana depan anak, berhenti atau teruskan?

Ini adalah persoalan utama yang harus dijawab terlebih dahulu sekiranya anak terdengar atau ternampak ibu dan ayah mereka sedang asyik menjalankan projek asmara.

Buat ibu bapa, jawapan mudahnya adalah untuk berhenti dan jangan teruskan!

Ini kerana adalah tidak sesuai untuk anda melakukan aktiviti seksual di hadapan anak yang sedang dalam proses mempelajari apa itu definisi seks yang sebenar.

Bukan sahaja ia akan mendedahkan si kecil kepada perlakuan yang belum sepatutnya diketahui malah akan membuat fikiran mereka terganggu dan bercelaru.

Dalam pada itu, anda juga mungkin perlu menjelaskan kepada mereka situasi yang sebenar mengikut usia si manja anda, lakukan petua kami ini:

Kantoi seks depan anak kecil

seks depan anak

Anak kecil yang masih bayi sehingga penuntut sekolah rendah mungkin masih kecil dan belum faham tentang seks.

Disebabkan itu, mereka mungkin akan berfikiran bahawa ia adalah perbuatan ganas dan ayah mereka sedang dalam usaha untuk ‘mencederakan’ ibu mereka.

Berhentilah dari melakukan aktiviti tersebut dan ambil masa untuk jelaskan bahawa kalian berdua hanya sedang bermesraan dan tiada apa perlu dirisaukan.

Anak remaja

Anak remaja yang berusia belasan tahun sudah pasti telah tahu tentang seks namun masih belum terbuka tentangnya.

Sekiranya terkantoi di hadapan mereka, perasaan yang mungkin timbul mungkin adalah geli hati dan cuba untuk mengelak dari disoal oleh kalian berdua.

Maka berhentilah seketika dan minta mereka keluar dan berlalu pergi dari kamar tidur dengan nasihat untuk mengendahkan sahaja apa yang telah ditonton.

Baca juga:

Kantoi seks depan anak dewasa

Anak dewasa yang berusia puluhan tahun adalah ‘pakar’ tentang seks dan bersikap lebih terbuka tentangnya.

Namun jika terkantoi, sudah pasti anda dan pasangan yang akan berasa malu kerana ia akan dijadikan bahan ejekan dan usikan mereka pula kelak.

Ini tidak bermakna kalian perlu teruskan ya? Berhentilah dan cuba pura-pura anda tidak mengetahui kehadiran mereka sehingga tiada lagi gangguan.

Jadi, boleh atau tidak seks depan anak?

Untuk menjawab persoalan sama ada boleh atau tidak suami isteri bersetubuh depan anak, jawapannya adalah tidak boleh dan ia perlu dielakkan dengan tegas.

seks depan anak

Ini kerana mereka masih lagi dalam proses untuk belajar tentang seks dan jika terdedah terlalu awal, maka mungkin akan timbul masalah yang lain pula.

Menurut Dr. S. Anandalakshmy yang merupakan Penasihat Perkembangan dan Pendidikan Kanak-kanak dari Chennai, India, purata normal usia si kecil yang telah terdedah dengan seks adalah sekitar usia 8 tahun.

Pun begitu, ini tidak bermakna adalah selamat untuk anda mempertontonkan adegan hangat anda dan pasangan di hadapan mereka jika telah mencapai usia ini.

Adalah lebih baik untuk kalian sorokkan dan selindungi segala aktiviti seksual dari anak anda pada semua peringkat usia kerana ia adalah privasi kalian berdua.

Selain itu, ia juga mungkin akan menimbulkan keinginan seksual mereka terlalu awal lantas mengakibatkan masalah seksual yang membimbangkan seperti beronani.

Maka, jangan sesekali suami isteri bersetubuh di hadapan anak okay!

Ibu bapa perlu pandai curi masa elak kantoi seks depan anak

seks depan anak

Namun kami tidak kata bahawa anda dan pasangan tidak boleh terus menjalani kehidupan seks tatkala anak berada di rumah ya?

Boleh, cuma ada beberapa tip yang kalian berdua perlu ikuti:

Jika terkantoi seks depan anak, jangan teruskan dan berhenti serta boleh cuba guna petua yang kami beri di atas untuk menjelaskan situasi sebenar kepada mereka.

[embed-health-tool-ovulation]

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Answering Questions About Sex. https://kidshealth.org/en/parents/questions-sex.html, Accessed on Aug 4, 2020
  2. Healthy sexual development in young people. https://www.nspcc.org.uk/keeping-children-safe/sex-relationships/sexual-behaviour-children/, Accessed on Aug 4, 2020
  3. 6 Mistakes Parents Make When They Learn Their Kid is Watching Porn. https://www.protectyoungminds.org/2018/09/04/mistakes-parents-make-when-kid-is-watching-porn/, Accessed on Aug 4, 2020
  4. How to maintain your sex life after having children. https://www.familylives.org.uk/advice/your-family/relationship-advice/how-to-maintain-your-sex-life-after-having-children. Accessed on Aug 15, 2023
  5. Talking with Kids. https://www.childrennow.org/portfolio-posts/relationshipssex/. Accessed on Aug 15, 2023

Versi Terbaru

16/08/2023

Ditulis oleh Ahmad Farid

Disemak secara perubatan oleh Dr. Ahmad Wazir Aiman

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Amang Seksual Fizikal Bukan Hanya Menimpa Kanak-kanak, Kenal Pasti Maksudnya!

Elak Kanak-kanak Jadi Mangsa Amang Seksual, Ajar Si Kecil 7 Perkara Ini!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Ahmad Wazir Aiman

Dokter Umum · Hello Health Group


Ditulis oleh Ahmad Farid · Disemak pada 16/08/2023

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan