- Mengamalkan diet yang seimbang
- Melakukan senaman
- Mencari informasi mengenai penyusuan anak
- Belajar bagaimana untuk menguruskan bayi seperti cara memandikan bayi dan lain-lain
- Minta bantuan profesional jika memerlukan
Suapkan makanan anak anda dengan penuh kasih sayang
Ketika sedang menyuapkan anak anda dengan makanan, anda bukan sahaja akan memberikan nutrien dan tenaga kepada mereka malahan juga kasih sayang. Anda juga boleh mengeratkan hubungan emosi anda bersama anak anda ketika sedang menyediakan sajian di dapur atau meja makan. Proses belajar mengenalpasti waktu anak anda lapar dan kenyang juga dapat menjadikan hubungan emosi anda dengan anak anda lebih rapat. Walaupun kanak-kanak yang lebih besar kebanyakannya sudah boleh menyuap makanan sendiri dan makan pada waktu yang mereka sukai, anda masih boleh mengajar mereka untuk mempunyai diet yang seimbang dengan memasak makanan kegemaran mereka. Selain itu, jadikan waktu makan lebih selesa dan gembira.
Bertindak balas dengan sensitif
Anak anda akan mengekspreskan kemahuan dan keperluan mereka dalam pelbagai cara termasuklah melalui pergerakan badan, senyuman mahupun tangisan. Apabila anda sudah memahaminya lalu bertindak balas terhadapnya dengan sensitif, anda dan anak anda sebenarnya sudah membina sebuah asas kepercayaan dan empati. Anak anda memerlukan perasaan ini untuk mereka berasa lebih selamat ketika bersama anda.
Anda juga boleh membuat kelekatan anda bersama anak anda menjadi lebih kuat dengan meluangkan masa berinteraksi dengan mereka. Anak anda secara automatiknya akan menjalin satu kelekatan dengan individu yang meluangkan banyak masa berinteraksi dan menjaga mereka.
Sekitar 6 bulan pertama anak anda, mereka mungkin sangat gembira dan seronok berinteraksi bersama ndividu lain. Sekitar anak anda berusia 9 bulan pula, mereka mungkin sudah mula berasa takut akan kehilangan ibu kesayangan mereka. Ia memerlukan masa untuk anak anda berasa selesa dengan individu asing selain ibu mereka. Oleh itu, jangan sesekali memaksa anak anda untuk mudah menerima seseorang yang mereka tidak selesa.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis, atau rawatan.