home

Bagaimana kami boleh memperbaikinya?

close
chevron
Artikel ini mengandungi maklumat yang salah dan tidak tepat.
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Artikel ini tidak menyediakan info selengkapnya
chevron

Sila beritahu kami apa yang salah.

wanring-icon
Anda tidak wajib mengisi maklumat ini. Sila klik Hantar Pendapat Saya di bawah untuk terus membaca.
chevron
Hmm... Saya ada soalan!
chevron

Kami tidak boleh menawarkan khidmat nasihat kesihatan peribadi, tapi kami mengalu-alukan pendapat anda! Sila isi kotak di bawah.

wanring-icon
Jika anda mengalami kecemasan, sila hubungi pihak kecemasan atau lawati bilik kecemasan terdekat dengan kadar segera.

Keibubapaan Intensif: Stail keibubapaan 2019 pilihan ibu bapa di Amerika

Keibubapaan Intensif: Stail keibubapaan 2019 pilihan ibu bapa di Amerika

Jika anda rasa ibu bapa helikopter adalah gaya keibubapaan yang teruk, anda perlu melihat kepada gaya keibubapaan terbaharu yang menjadi pilihan ramai ibu bapa di Amerika untuk tahun 2019.

Keibubapaan intensif adalah pendekatan terkini yang menjadi pilihan kebanyakan ibu bapa di Amerika. Ia seakan-akan seperti keibubapaan helikopter, cuma keibubapaan intensif ini membawa kepada satu tahap lain dalam stail keibubapaan.

Apa itu keibubapaan intensif?

Lebih kurang seperti stail keibubapaan helikopter, intensive parenting atau keibubapaan intensif ini adalah gaya keibubapaan yang berpusatkan anak, di mana ibu bapa memberikan lebih perhatian, masa dan wang untuk membesarkan anak.

Gaya intensif ini juga merujuk kepada ibu bapa yang begitu obses kepada aktiviti anak-anak mereka termasuklah dalam aktiviti ko-kurikulum anak. Ibu bapa intensif lebih cenderung untuk menghantar anak mereka ke kelas ko-kurikulum tambahan lain selepas waktu persekolahan, seperti kelas muzik, karate, walaupun ibu bapa menghadapi kekangan dari segi kewangan. Kiranya, ibu bapa sanggup melabur banyak wang dan tidak berkira dengan wang jika melibatkan anak-anak.

Bukan itu sahaja, ibu bapa intensif juga menunjukkan perlakuan untuk ‘bersama-sama’ dengan anak sepanjang masa, seperti bermain bersama dengan anak di rumah, selalu bertanyakan kepada anak mereka tentang perasaan dan pemikiran anak-anak, serta berbincang dan menerangkan setiap sudut perangai anak yang tidak baik.

Kajian terkini tentang pilihan gaya keibubapaan

Kajian terbaharu daripada Cornell University menunjukkan keibubapaan intensif menjadi pilihan ramai ibu bapa di Amerika sebagai cara terbaik untuk membesarkan anak mereka.

Menurut Patrick Ishizuka, penyelidik dari Cornell University di Amerika Syarikat, ibu bapa kini mempunyai standard tinggi yang luar biasa apabila berkait dengan membesarkan anak-anak.

Kajian dilakukan kepada lebih 3,600 ibu bapa yang mempunyai anak-anak berusia 8-10 tahun, yang datang daripada pelbagai latar belakang dan sosio-ekonomi. Ibu bapa ini ditanya tentang tanggapan mereka mengenai ‘keibubapaan yang baik’.

Hasilnya menunjukkan bahawa 75 peratus ibu bapa yang terdiri daripada graduan kolej dan bukan graduan kolej, menilai stail keibubapaan intensif sebagai ‘sangat bagus’ atau ‘cemerlang’. Akan tetapi, hanya 32 peratus graduan kolej dan 38 peratus lagi bukan graduan kolej menilai stail keibubapaan natural growth sebagai bermanfaat.

Kaedah natural growth adalah lebih kepada hands-off, di mana ibu bapa menetapkan peraturan untuk keselamatan anak, tetapi mereka memberi kebebasan kepada anak-anak untuk bermain dengan kawan ataupun bermain sendiri. Menerusi pendekatan ini, ibu bapa tidak selalunya terlibat dalam aktiviti anak-anak dan mereka lebih cenderung untuk berunding.

Kesimpulan

Melalui dapatan kajian ini, secara tidak langsung menunjukkan ibu bapa sanggup bergelut dari segi masa, wang dan perhatian untuk membesarkan anak, terutama bagi golongan yang berpendapatan rendah dan tahap pendidikan rendah.

Bagi ibu bapa di Malaysia, anda mahu memilih gaya keibubapaan yang bagaimana?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulis
Maklumat perubatan disemak oleh Dr. Shelby
Ditulis oleh Nurul Nazrah Nazarudin
Disemak pada [date}
x