Menjadi individu terkenal sudah pasti menjadi keinginan semua orang khususnya dalam penggiat seni kerana mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk menonjolkan diri.
Anda pasti?
Menjadi individu terkenal sudah pasti menjadi keinginan semua orang khususnya dalam penggiat seni kerana mereka perlu bersaing sesama sendiri untuk menonjolkan diri.
Kematian kebanyakan artis antarabangsa akibat depresi atau kemurungan sudah menjadi satu fenomena biasa. Antara terkini yang mengejutkan kebanyakan peminat artis Korea adalah kematian Jonghyun daripada kumpulan SHINee.
Siapa sangka dalam menghiburkan peminat dan orang ramai, diri sendiri terperangkap dengan masalah depresi sehingga sanggup mengambil jalan pintas dengan cara membunuh diri. Jika diberi pilihan kedua mereka mungkin memilih untuk menjadi orang biasa yang boleh menjalani kehidupan secara normal.
Namun, keadaan ini berbeza pula dengan dunia hiburan negara apabila terdapat artis baru tempatan yang mempergunakan keadaan kesihatan depresi. Malah, baru-baru ini juga tular video mengenai pengakuannya mengenai depresi dalam satu temubual stesen radio tempatan dan menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan artis.
Petikan daripada laman sosial Facebook Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental (MIASIS), perkara itu benar-benar menyedihkan dan malang apabila orang menjadi begitu tidak bertanggungjawab yang mana mengambil banyak usaha mereka untuk membinanya. Kekecohan itu mengecewakan pesakit, penjaga, doktor dan lain-lain yang bekerja keras mengubah dunia untuk menjadikannya tempat yang lebih baik untuk generasi masa depan dan akan datang.
Menurutnya, mereka meminta supaya perkara ini tidak dipermainkan kerana ramai yang sedang mengalaminya bergelut dengan penyakit mental. Apabila perkara seperti ini berlaku ia menyumbang kepada stigma, menguatkan stigma dan pesakit terus menjadi mangsa yang kemudiannya mengasingkan diri, menderita sendirian dan kadang-kadang tidak menemui jalan untuk teruskan hidup.
Jika anda fikir ia masih menjadi “kontroversi” untuk mengumumkan kepada rakan media sosial bahawa anda berjuang dengan serangan kecemasan, anda sama ada tinggal di bawah batu atau ingin menjadi martir. Ia bukan lagi kontroversi. Semua orang terbuka tentang perjuangan mereka dengan penyakit mental. Sekiranya anda perlu mengumumkannya, jangan berpura-pura seperti anda berani dengan mengatakan bahawa anda kadang-kadang kesedihan.
Setiap kali seseorang menulis sesuatu pada laman web apa pun mengenai perjuangannya, anda kongsikannya. Contohnya, anda berkongsi mengenai “Bagaimana berdepan depresi?” atau berkongsi “Perkara yang hanya orang yang tahu mengenai depresi”. Ia adalah identiti keseluruhan anda yang mana anda sentiasa mengingatkan orang bahawa anda sakit dan berani dan dalam perjuangan.
Pada suatu hari, kemurungan bermakna anda tidak boleh bangun dari katil atau tidak boleh bergerak. Seterusnya, ini bermakna anda mahu tinggal di rumah dan menonton filem. Seterusnya, ia tidak begitu serius. Takrifan anda berubah sepanjang masa, bergantung kepada konteks dan bagaimana “sakit” yang anda mahu lihat.
Apabila sesuatu itu mudah, penyakit bukan lagi keutamaan. Kecuali sesuatu yang benar-benar menyeronokkan akan datang dan anda berjaya mendapatkannya atau ingin mengejutkan/membuat kejutan temujanji dengan berpura-pura anda benar-benar aktif dan keluar dengan gembira.
Anda tidak benar-benar cuba untuk menjadi lebih baik. Mungkin anda mengambil ubat. Mungkin anda dalam terapi. Tetapi apabila tingkah laku yang anda lakukan berulang kali, anda tidak berminat berkerja keras untuk mengatasi tingkah laku atau penyakit mental. Anda berminat untuk bercakap mengenainya, dan mengenal pasti sebagai orang yang mengalami masalah itu, tetapi anda tidak berminat untuk menjadi lebih baik kerana bagi anda itu tidak menyeronokkan.
Hello Health Group tidak menyediakan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Depression and Attention Seeking: Social Media https://medium.com/@wayward_tassie/depression-and-attention-seeking-social-media-c346bd45e73c Accessed on July 5, 2018.
9 Signs Your Mental Illness Is Made Up For Attention https://thoughtcatalog.com/alexis-caputo/2014/07/9-signs-your-mental-illness-is-made-up-for-attention/ Accessed on July 5, 2018.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen