-
Terlalu banyak kafein
Minuman berkafein merupakan antara minuman kegemaran ramai. Walau bagaimanapun, anda harus sedar bahawa pengambilan kafein untuk jangka masa yang panjang boleh menyebabkan ketagihan. Antara situasi yang biasa berlaku adalah pergantungan terhadapan kafein.
Ia berlaku apabila seseorang individu menggunakan kafein untuk meningkatkan tenaga pada waktu pagi, mengambil kafein sepanjang hari untuk menghindari ‘caffein crash’. Tabiat ini akhirnya akan mengganggu pola dan kualiti tidur, menyebabkan bangun dalam keletihan pada waktu pagi dan membuatkan mereka memerlukan kafein untuk memulakan hari. Apabila kitaran ini berterusan, ia akan mempengaruhi tahap tekanan juga.
-
Merokok
Bagi perokok, rokok merupakan alat pelepas tekanan yang baik. Malah, pada ketika berdepan masalah emosi seperti tekanan atau kemurungan, rokok menjadi sangat penting dan berhenti merokok kelihatan satu perkara yang tidak praktikal. Merokok mendatang lebih banyak kesan kemudaratan daripada manfaat, sama ada dari aspek kesihatan atau kewangan. Jadi meninggalkan tabiat tidak sihat ini pastinya satu perkara yang baik.
-
Minuman beralkohol
Ada yang berpendapat segelas wain atau minuman beralkohol boleh menjadi satu kaedah terbaik untuk merehatkan diri selepas sehari yang penuh tekanan. Saintis juga bersetuju bahawa wain merah mendatangkan manfaat kepada sistem kardiovaskular.
Walau bagaimanapun, minuman secara berlebihan boleh menyebabkan masalah yang lebih besar dan mungkin menyebabkan tekanan untuk jangka waktu panjang. Jika anda berdepan masalah untuk mengehadkan pengambilan alkohol kepada hanya satu atau dua minuman, walaupun ia merupakan kaedah meredakan tekanan paling berkesan untuk anda, mungkin cara yang terbaik adalah untuk mencari kaedah melegakan tekanan yang lain.
-
Boros
Membeli hadiah untuk diri sendiri mungkin cara yang baik untuk mengembalikan semangat diri. Namun, tabiat berbelanja secara berlebihan, mungkin akan menyebabkan lebih banyak tekanan kewangan untuk jangka masa panjang.