Bukan semua orang sedar ada kalanya mereka mengalami serangan anxiety atau kegelisahan secara tiba-tiba. Mereka berpendapat bahawa mereka hanya mengalami darah gemuruh atau cemas. Jadi, bagaimana hendak tahu jika seseorang itu sedang mengalami serangan anxiety? Ini simptom anxiety attack yang anda perlu ambil tahu. Boleh jadi juga ia simptom anxiety teruk.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.
Sedikit fakta mengenai kegelisahan
Apakah ciri-ciri anxiety attack?
Kebimbangan atau kegelisahan boleh berlaku apabila seseorang itu berasa takut jika sesuatu yang buruk akan berlaku.
Ia biasanya merujuk kepada ketakutan atau kebimbangan tentang sesuatu isu atau kebimbangan tertentu.
Pernafasan menjadi lebih laju atau seperti berasa hendak pitam merupakan antara tanda biasa kegelisahan. Kebimbangan juga boleh berlaku disebabkan oleh tindak balas kepada tekanan atau stres.
Selain perasaan takut dan bimbang, ia juga selalunya melibatkan gejala fizikal. Kita juga boleh mengalami kebimbangan tanpa sebarang punca atau pencetus yang jelas. Ini antara ciri-ciri anxiety attack.
Apakah simptom anxiety attack?
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, serangan anxiety boleh berlaku secara tiba-tiba tanpa punca yang jelas.
Gejala yang berlaku pula biasanya boleh berlangsung dan memuncak dalam masa 10 minit selepas ia bermula dan kemudian hilang tidak lama kemudian.
Antara gejala-gejala fizikal serangan anxiety atau kegelisahan ini ialah:
- Sakit pada bahagian dada
- Jantung berdegup kencang
- Kesukaran bernafas seperti hiperventilasi
- Menggeletar
- Menggigil
- Loya
- Berpeluh-peluh
- Kesemutan atau kebas pada jari tangan atau kaki anda
Selain simptom anxiety attack di atas, anda juga mungkin akan merasakan beberapa perkara lain seperti di bawah ini:
- Tekanan atau ketakutan yang teruk
- Rasa seperti tercekik
- Takut hilang kawalan
- Rasa seperti anda akan mati
- Derealisasi (tidak merasakan realiti di sekeliling) atau depersonalisasi (perasaan terasing daripada diri sendiri)
Serangan kegelisahan ini sangat tidak menyenangkan dan ia juga boleh menjadi sesuatu yang menakutkan.
Jika anda mengalami simptom serangan anxiety, adalah penting untuk berjumpa dengan profesional kesihatan seberapa segera.
Mereka boleh melakukan diagnosis dan memastikan tiada punca fizikal yang mencetuskan serangan anxiety anda.
Apakah punca atau pencetus simptom anxiety?
Apa punca anxiety attack?
Kebiasaannya, tiada pencetus khusus yang menyebabkan serangan anxiety ini terjadi. Akan tetapi, individu yang mempunyai fobia boleh mengalami pencetus berkaitan fobia yang membawa kepada serangan kegelisahan.
Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai trypanophobia (ketakutan teruk terhadap jarum) mungkin mengalami serangan kegelisahan jika mereka perlu melakukan ujian darah untuk tujuan perubatan.
Bagi sesetengah individu lain pula, ketakutan untuk mengalami serangan kegelisahan itu sendiri biasanya sudah cukup untuk menjadi pencetus kepada berlakunya serangan kegelisahan.
Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk mengambil perhatian bahawa salah satu kriteria untuk gangguan ini ialah ia tidak mempunyai pencetus yang diketahui atau benar-benar jelas. Ini punca anxiety attack.
Bila perlu mendapatkan bantuan?
Apakah cara merawat anxiety?
Berjumpalah dengan doktor atau profesional kesihatan jika anda telah mengalami gejala gangguan kegelisahan.
Doktor akan meminta anda menerangkan simptom-simptom yang berlaku, kekerapan anda mengalaminya dan berapa lama tempoh anda mengalaminya.
Doktor juga mungkin menjalankan pemeriksaan fizikal untuk menilai keadaan lain yang boleh menyebabkan gejala anda.
Kita memahami bahawa kadangkala agak sukar untuk bercakap tentang perasaan, emosi dan kehidupan peribadi masing-masing.
Anda mungkin mengalami gangguan kegelisahan jika:
- Anda alami serangan yang kerap dan tidak dijangka,
- Diikuti dengan sekurang-kurangnya kebimbangan berterusan yang berlaku selama sebulan atau;
- Kebimbangan akan mengalami serangan lain pada masa akan datang.