home

What are your concerns?

close
Inaccurate
Hard to understand
Other

Biar Betul Ketagih Online Shopping Ada Kaitan Dengan Masalah Mental? Ini Penjelasannya...

Biar Betul Ketagih Online Shopping Ada Kaitan Dengan Masalah Mental? Ini Penjelasannya...

Ketagihan online shopping vs masalah mental, apa kaitan antara kedua-duanya? Ada masa je mesti nak tengok laman web online shopping, rasa macam tak lengkap hidup kalau sehari tak beli barang.

Siapa yang lalui keadaan macam ni, angkat tangan?

Ketagihan online shopping

Pakar psikoterapi mengatakan tabiat ketagihan membeli-belah dalam talian mempunyai kaitan dengan keadaan mental dan ia boleh menjejaskan kesihatan mental dan hubungan sosial individu.

1 kajian analisis telah dijalankan ke atas 122 individu yang mempunyai ketagihan berbelanja secara online.

Ia diterbitkan dalam jurnal Comprehensive Psychiatry ini mendapati mereka mempunyai risiko kecenderungan menghidapi kemurungan dan anxiety (kegelisahan) yang lebih tinggi daripada biasa.

online shopping

Persoalan yang dibangkitkan adalah mengenai kewujudan kedai dan aplikasi atas talian serta kemudahan penghantaran ke rumah yang telah memberikan dimensi baru kepada konsep shopaholic.

Internet telah menjadikan aktiviti membeli-belah lebih mudah dari pelbagai aspek seperti tiada had masa iaitu boleh diakses 24 jam sehari dan harga yang mampu milik.

Keadaan ini bermakna remaja dan belia adalah antara golongan yang berisiko untuk mengalami buying-shopping disorder.

Masalah mental kesan ketagihan online shopping

Buying-shopping disorder (BSD) merupakan satu masalah yang telah lama dikesan.

Tetapi dalam zaman teknologi internet ini, BSD telah diangkat ke dalam fasa lain dan ia mempengaruhi satu daripada 20 individu

Individu dengan keterujaan berbelanja atas talian ini mungkin akan berakhir dengan timbunan barangan yang dipesan, hutang keliling pinggang, perselisihan faham dengan ahli keluarga dan pasangan serta hilang kawalan diri.

Menurut pakar psikoterapi di Hannover Medical School di Jerman, Dr Astrid Müller, “Sudah masanya untuk mengenal pasti BSD sebagai salah satu masalah berkaitan kesihatan mental dan memfokuskan mengenai BSD di internet.

Kesan serius

Buat masa ini, BSD tidak diklasifikasikan sebagai gangguan tetapi diletakkan di bawah kategori yang dinamakan ‘gangguan kawalan impuls’.

Namun, bagi para penyelidik dari Jerman ini, BSD memerlukan lebih pemerhatian kerana ia boleh mendatangkan kesan mental yang serius.

masalah mental

BSD dalam bentuk atas talian ini boleh mewujudkan keinginan melampau untuk membeli barangan dan menimbulkan kepuasan apabila berbelanja.

Keadaan ini seterusnya boleh membawa kepada kesukaran untuk mengawal diri, tekanan melampau dan masalah lain yang melibatkan psikiatri serta menjejaskan perhubungan.

Akhir kata

Jika anda suka online shopping, tiada salahnya. Tetapi anda harus tahu untuk mengawal diri dalam berbelanja dan elakkan daripada membeli sesuatu yang tidak anda perlukan walaupun harga yang ditawarkan murah.

Berjimat dalam berbelanja, okay?

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

Gambar penulisbadge
Ditulis oleh Asyikin Md Isa Disemak pada 25/08/2020
Disemak secara perubatan oleh Dr. Gabriel Tang Pei Yung