Komuniti merupakan platform selamat untuk anda berhubung dengan ahli lain, meinggalkan komen megenai topik yang anda pilih dan mendapatkan nasihat perubatan daripada pakar kesihatan kami.
Anxiety Muncul Tiba-tiba, Ini 7 PUNCA Lazim Yang Boleh Trigger Serangan Anxiety!
Tahukah anda, sebenarnya terdapat banyak faktor pemicu atau punca penyakit anxiety? Punca anxietydepression ini boleh berkisar daripada faktor-faktor pemakanan, fizikal dan juga mental. Berikut adalah pemicu atau punca punca anxietydepression yang biasa berlaku.
Untuk mendapatkan lebih banyak info berkenaan Kesihatan Mental, anda boleh klik di sini.
Apa itu penyakit anxiety?
Kebimbangan atau anxiety adalah emosi semula jadi yang dialami oleh hampir setiap individu.
Ia adalah respons terhadap persekitaran yang tidak pasti atau mengancam, seperti ingin menghadiri temuduga kerja atau menghadapi situasi sosial yang menakutkan.
Dalam tahap yang normal, kebimbangan boleh berfungsi sebagai peringatan dan motivasi untuk tubuh bersedia.
Akan tetapi, apabila ia menjadi terlalu kuat atau berterusan, ia boleh mengganggu kehidupan seharian seseorang.
Gangguan kebimbangan atau anxiety disorder merupakan salah satu masalah kesihatan mental yang paling biasa di dunia.
Gangguan ini meliputi pelbagai jenis kebimbangan termasuklah:
Gangguan kebimbangan boleh menjejaskan cara seseorang berfikir, merasa, bertindak dan boleh menimbulkan gejala fizikal yang serius.
Memahami punca penyakit anxiety dan bagaimana ia boleh diurus adalah sangat penting bagi menjaga kesihatan mental dan emosi.
Mari kita kenali punca punca anxiety serta cara untuk mengenali dan mengatasinya.
Punca penyakit anxiety
Tujuh perkara di bawah ini adalah faktor pemicu yang paling biasa yang mencetuskan tanda tanda anxiety:
#1. Pemakanan dan kafein
Pengambilan makanan dan minuman berkafein boleh mencetuskan kegelisahan.
Pemakanan yang tidak seimbang boleh mempengaruhi mood dan meningkatkan kebimbangan.
Misalnya, kekurangan vitamin B dan omega-3 boleh menyebabkan simptom kegelisahan muncul.
Pengambilan kafein yang berlebihan juga boleh meningkatkan tanda tanda anxiety seperti degupan jantung dan tekanan darah, yang kemudiannya menimbulkan rasa gelisah.
Mengetahui jenis makanan yang meningkatkan atau mengurangkan kebimbangan dapat membantu dalam pengurusan mood harian anda.
#2. Persekitaran sosial dan hubungan interpersonal
Lingkungan sosial yang buruk, termasuklah hubungan yang toksik atau tekanan di tempat kerja, boleh mencetuskan kebimbangan.
Kekurangan sokongan sosial atau berasa terpinggir juga boleh menyebabkan kegelisahan.
Membina hubungan yang sihat dan mendapat sokongan daripada rakan-rakan dan keluarga boleh membantu mengelakkan keadaan ini.
#3. Punca penyakit anxiety: Keadaan kesihatan fizikal
Kesihatan fizikal sememangnya berkait rapat dengan kesihatan mental anda.
Penyakit kronik, kesakitan berterusan, atau kebimbangan tentang potensi masalah kesihatan juga boleh mencetuskan kebimbangan.
7 simptom anxiety disorder.
Terdapat juga penyakit seperti tiroid hiperaktif yang boleh memicu gejala kegelisahan.
Komunikasi secara terbuka dengan profesional kesihatan dapat membantu dalam pengurusan simptom ini.
#4. Masalah kewangan
Masalah kewangan sering kali menjadi punca anxiety depression.
Tekanan untuk membayar bil, kehilangan pekerjaan, atau pembayaran hutang boleh mengakibatkan kebimbangan kronik.
Pengurusan kewangan yang bijak seperti menyediakan bajet dan menyimpan wang simpanan, boleh membantu mengurangkan stres kewangan dan kebimbangan yang berkaitan.
#5. Punca penyakit anxiety: Bahan kimia dan ubat-ubatan
Penggunaan bahan kimia termasuklah alkohol dan dadah, boleh mencetuskan atau memburukkan lagi gejala penyakit anxiety.
Ubat-ubatan seperti pil diet atau ubat yang mengandungi kafein juga boleh meningkatkan simptom kebimbangan.
Sebaiknya, anda perlu berhenti atau mengurangkan penggunaan bahan-bahan ini dengan bantuan profesional kesihatan.
Cara ini boleh membantu mengurangkan simptom anxiety daripada berlaku.
#6. Peristiwa traumatik
Pengalaman trauma boleh menyebabkan anxiety.
Pengalaman traumatik seperti kemalangan, peperangan, atau menjadi mangsa jenayah boleh meninggalkan kesan mendalam dan mencetuskan PTSD.
PTSD merupakan antara jenis gangguan kegelisahan yang agak kuat.
Terapi seperti EMDR boleh digunakan untuk merawat trauma dan mengurangkan simptom kebimbangan yang berkaitan.
#7. Kecenderungan genetik dan biokimia
Faktor genetik dan biokimia turut berperanan dalam risiko penyakit kebimbangan ini.
Sejarah keluarga yang mempunyai gangguan kebimbangan, kecenderungan genetik, atau ketidakseimbangan kimia dalam otak boleh menjadi antara faktor risikonya.
Namun, ia boleh dikendalikan dengan bantuan melalui ubat-ubatan atau terapi.
Kesimpulan
Kini anda telah mengetahui 7 punca penyakit anxiety yang biasa berlaku. Ambil perhatian bahawa kebimbangan adalah respons kompleks yang dipengaruhi oleh banyak faktor. Ia boleh meliputi soal pemakanan dan hubungan sosial hingga kepada faktor kesihatan fizikal dan genetik.
Pemahaman tentang apa yang menyebabkan kebimbangan dan tanda-tanda anxiety attack adalah langkah penting dalam mengendalikannya.
Dalam kebanyakan kes, bantuan daripada profesional kesihatan mental adalah penting dalam mencari pendekatan yang paling sesuai dan berkesan.
Penafian
Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.
Anxiety disorders. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/anxiety/symptoms-causes/syc-20350961. Diakses pada Julai 31, 2023.
Anxiety and panic attacks. https://www.mind.org.uk/information-support/types-of-mental-health-problems/anxiety-and-panic-attacks/causes/. Diakses pada Julai 31, 2023.
Common Anxiety Traps. https://www.anxiety.org/avoiding-these-common-anxiety-traps. Diakses pada Julai 31, 2023.
Anxiety Disorders. https://my.clevelandclinic.org/health/diseases/9536-anxiety-disorders. Diakses pada Julai 31, 2023.
Anxiety. https://www.mentalhealth.org.uk/explore-mental-health/a-z-topics/anxiety. Diakses pada Julai 31, 2023.
Versi Terbaru
04/06/2024
Ditulis oleh Muhammad Wa'iz
Disemak secara perubatan oleh Panel Perubatan Hello Doktor