- Tekanan atau ketakutan yang teruk
- Rasa seperti tercekik
- Takut hilang kawalan
- Rasa seperti anda akan mati
- Derealisasi (tidak merasakan realiti di sekeliling) atau depersonalisasi (perasaan terasing daripada diri sendiri)
Serangan kegelisahan ini sangat tidak menyenangkan dan ia juga boleh menjadi sesuatu yang menakutkan.

Jika anda mengalami simptom serangan anxiety, adalah penting untuk berjumpa dengan profesional kesihatan seberapa segera.
Mereka boleh melakukan diagnosis dan memastikan tiada punca fizikal yang mencetuskan serangan anxiety anda.
Apakah punca atau pencetus simptom anxiety?

Kebiasaannya, tiada pencetus khusus yang menyebabkan serangan anxiety ini terjadi. Akan tetapi, individu yang mempunyai fobia boleh mengalami pencetus berkaitan fobia yang membawa kepada serangan kegelisahan.
Sebagai contoh, seseorang yang mempunyai trypanophobia (ketakutan teruk terhadap jarum) mungkin mengalami serangan kegelisahan jika mereka perlu melakukan ujian darah untuk tujuan perubatan.
Bagi sesetengah individu lain pula, ketakutan untuk mengalami serangan kegelisahan itu sendiri biasanya sudah cukup untuk menjadi pencetus kepada berlakunya serangan kegelisahan.
Oleh sebab itu, adalah amat penting untuk mengambil perhatian bahawa salah satu kriteria untuk gangguan ini ialah ia tidak mempunyai pencetus yang diketahui atau benar-benar jelas.
Komen
Kongsi komen anda
Ayuh jadi yang pertama untuk memberi komen!
Sertai Kami atau Log Masuk untuk menghantar komen