backup og meta

Suka Tahan Air Mani Dari Keluar, Ada Kesan Buruk Ke Untuk Orang Lelaki?

Suka Tahan Air Mani Dari Keluar, Ada Kesan Buruk Ke Untuk Orang Lelaki?

Aktiviti seperti melakukan hubungan seks atau melancap menyebabkan keluar air mani. Namun, bagaimana pula jika seseorang lelaki itu tidak mengeluarkan air mani mereka? Kenapa perlu keluarkan air mani?

Normalkah? Atau ada sebarang kesan sampingan? Ikuti jawapannya di bawah ini.

Untuk mendapatkan lebih banyak informasi tentang Kesihatan Lelaki, anda juga boleh klik di sini.

Apakah punca terhalang air mani terpancut?

Terdapat beberapa sebab mengapa seseorang lelaki itu boleh mengalami keadaan di mana dia tidak mengeluarkan air mani. Sebab-sebab yang berlaku itu juga berbeza mengikut keadaan. 

#1. Sengaja tahan keluar air mani

Keadaan pertama yang menyebabkan air mani terhalang daripada terpancut adalah kerana seseorang itu sengaja tidak mahu mengeluarkannya.

Dengan kata lain, seseorang lelaki itu berniat dengan sengaja untuk tidak mengeluarkan air mani.

Keadaan ini mungkin kedengaran agak pelik dan tidak normal. Tetapi, ia diamalkan oleh sebahagian besar pengikut ajaran Taoism dan juga mereka yang mengamalkan kaedah seks tantrik (tantric sex). 

Ada beberapa sebab mengapa sesetengah individu mengelakkan diri daripada melakukan ejakulasi.

Pertama, mereka berpendapat bahawa dengan menahan diri daripada melakukan ejakulasi dapat menggalakkan peningkatan emosi dan juga spiritual.

Ada juga yang berpendapat bahawa ia mungkin memperbaiki kesuburan mereka. Selain itu, kaedah seperti ini juga dipercayai mampu meningkatkan kekuatan fizikal dan juga membina otot. 

keluar air mani
Antara tanda kemandulan pada orang lelaki.

#2. Anejakulasi

Anejakulasi juga dikenali sebagai orgasme kering. Ia boleh dikategorikan kepada dua iaitu primer dan juga sekunder.

Bagi mereka yang tidak berkemampuan atau tidak pernah keluar air mani sewaktu berejakulasi, mereka dikira mempunyai anejakulasi kategori primer.

Bagi mereka yang dahulunya pernah berkemampuan mengeluarkan air mani, tetapi kini tidak lagi mampu, maka ia dianggap memiliki anejakulasi kategori sekunder.

Terdapat beberapa punca yang boleh menyebabkan anejakulasi ini berlaku. Antaranya ialah:

  • Kecederaan pada saraf tunjang
  • Pembedahan atau kecederaan pada bahagian pelvis
  • Jangkitan
  • Sesetengah kesan ubat-ubatan seperti antidepresan
  • Gangguan sistem saraf
  • Tekanan atau isu berkaitan psikologi

#3. Ejakulasi retrograde

Ejakulasi retrograde berlaku apabila air mani bergerak ke belakang memasuki kelenjar, bukannya bergerak terpancut ke hadapan seperti yang sepatutnya.

Apabila ejakulasi seperti ini berlaku, anda masih lagi merasai nikmat orgasme tersebut tetapi mungkin hanya mengeluarkan sedikit bahkan tiada langsung air mani.

Kes ejakulasi seperti ini tidaklah membahayakan kesihatan tetapi boleh menyebabkan ketidaksuburan.

Selain itu, ia juga mungkin akan menyebabkan air kencing berwarna seperti berkeladak disebabkan kewujudan air mani dalam air kencing anda. 

Adakah terdapat sebarang manfaat jika menahan keluar air mani?

keluar air mani
Air mani yang subur mestilah mengandungi cecair yang banyak.

Kenapa perlu keluarkan air mani?

Tidak terdapat kelebihan atau manfaat khusus jika anda menahan daripada keluar air mani.

Ada beberapa manfaat yang mungkin pernah diutarakan sebelum ini. Antara manfaat yang didakwa boleh diperoleh jika menahan diri daripada berejakulasi adalah seperti berikut:

Manfaat terhadap fizikal:

  • Meningkatkan stamina di gim dan juga ketika melakukan hubungan intim
  • Meningkatkan jisim otot
  • Meningkatkan kualiti sperma
  • Mempunyai rambut atau bulu yang lebih lebat
  • Berpotensi untuk mengalami orgasme berkali-kali

Manfaat kepada mental:

  • Mengurangkan tekanan dan keresahan
  • Meningkatkan motivasi
  • Mempunyai keyakinan yang lebih tinggi
  • Mempunyai fokus dan penumpuan yang lebih baik
  • Mempunyai kawalan diri yang lebih baik

Adakah terdapat risiko tahan air mani lelaki daripada terkeluar?

keluar air mani
Terdapat sperma atau benih lelaki dalam air mani.

Anda tidak perlu risau kerana tidak terdapat sebarang risiko atau komplikasi jika anda menahan keluar air mani.

Sperma yang tidak dikeluarkan bersama air mani lelaki akan dileraikan dan diserap kembali oleh tubuh anda.

Ada yang kata, pancut air mani lebih baik dari tahan. Kenapa? 

Terdapat beberapa kajian yang mengaitkan antara kekerapan ejakulasi dan juga risiko kanser prostat.

Kajian mendapati bahawa, mereka yang kerap berejakulasi mempunyai risiko yang lebih rendah untuk mengalami kanser prostat.

Selain itu, dengan berejakulasi, ia akan membuatkan tubuh anda menjadi lebih terangsang.

Apabila tubuh anda terangsang, ia akan meningkatkan tahap dopamin dan juga oksitosin yang lebih dikenali secara umum sebagai hormon gembira dan hormon cinta.

Apabila tahap oksitosin meningkat, anda akan berasa lebih positif, yakin dan juga tenang.

Kesimpulan

Anda kini faham bahawa perbuatan tahan air mani daripada terpancut mungkin tidak akan membahayakan kesihatan seorang lelaki.

Namun, berejakulasi mempunyai manfaatnya yang tersendiri terhadap pengurangan risiko kanser prostat. 

Penafian

Hello Health Group tidak menawarkan nasihat perubatan, diagnosis atau rawatan.

  1. Ayad BM, et al. (2018). Revisiting the relationship between the ejaculatory abstinence period and semen characteristics. DOI:10.22074/2Fijfs.2018.5192. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/29043697/#:~:text=The%20weight%20of%20the%20evidence,especially%20progressive%20motility%20and%20velocity. Accessed on June 23, 2020. 
  2. Rider JR, et al. (2016). Ejaculation frequency and risk of prostate cancer: Updated results with an additional decade of follow-up. https://www.ncbi.nlm.nih.gov/pmc/articles/PMC5040619/. Accessed on June 23, 2020.
  3. Ejaculation frequency and prostate cancer. https://www.health.harvard.edu/mens-health/ejaculation_frequency_and_prostate_cancer. Accessed on June 23, 2020.
  4. Retrograde ejaculation. https://www.mayoclinic.org/diseases-conditions/retrograde-ejaculation/symptoms-causes/syc-20354890. Accessed on June 23, 2020.
  5. Retrograde Ejaculation. https://www.mskcc.org/cancer-care/patient-education/retrograde-ejaculation. Accessed on June 23, 2020.

Versi Terbaru

18/09/2024

Ditulis oleh Muhammad Wa'iz

Disemak secara perubatan oleh Dr. Joseph Tan

Diperbaharui oleh: Muhammad Wa'iz


Artikel Berkaitan

Zakar Rasa Panas Semasa Buang Air Kecil? Ini Mungkin Tanda 7 Penyakit, Hati-Hati!

Wahai Lelaki, Ini 7 Punca Air Mani Berwarna Merah Seakan Bercampur Dengan Darah!


Disemak secara perubatan oleh

Dr. Joseph Tan

Perubatan dalaman atau am · Hello Health Group


Ditulis oleh Muhammad Wa'iz · Disemak pada 18/09/2024

ad iconIklan

Adakah artikel ini bermanfaat?

ad iconIklan
ad iconIklan